HAI CEKBOLAT 2017


Oh hai , Assalamualaikum readers sekalian ! *ada lagi ka readers aku*

Gila bak hang lama gila tak menulis blog , since 2012 dah start slow bolat sambung belajaq, dah la 3 tahun wei lepas tu pulak kerja . sampai laaa ni tak reti reti lagi nak tulis . Online tu selalu tapi nak buka blog tu malas ya rabbi . kalaulah ada pingat emas untuk kemalasan dah penuh rasanya almari pingat kat rumah ni , PINGAT MALAS . KAH !

Ala bolat tulis bukan mende pekdah pun kan . Kadang terpikir jugak nak delete terus blog ni . tapi SAYANG gila dengan blog ni, dengan kengkawan blog . weh hangpa ingat bolat tak kenai ka , news feed fesbuk penuh gambaq hangpa kawen la,post gambaq anak la, travel sana sini . coihhh ingat bolat lupa lettew .
Anyway, bolat still membolat . tak kurus kurus pun walaupun ada niat nak tamatkan zaman bujeng ~~
inysaAllah doakan lah ye , bolat pun sama doakan korang semoga dipermudahkan segala urusan, Amin .

Jumpa lagi next entry . Azam tahun baru 2017, nak aktif blogging . hehehe *roll eyes*




Assalamualaikum 
XOXO


BIG HUG 2016


Well hello bloggers sekalians !

    Lamanya tak hapdet blog , berhabuk berdebus debas sana sini . Etceli kita ni online jaa tapi malas nak hapdet sebab takda idea . huhuhu

   Selamat Tahun Baru 2016 , semoga memberi keberkatan dan kemajuan buat kita semua . Eceewah . Btw, sekarang bolat dah kerja ! (hoorayyy) Tahun 2015 berlalu dengan pantas dan banyak naik serta turunnya . praktikal - konvo - kerja . kahwin ja belum sebab calon bertukar ganti . Tak minta banyak pun 2016 ni , cukuplah sihat walafiat dan dipanjangkan umur dalam keberkatan dan calon tak bertukar lagi . (eh?)

   Sekarang hari hari mengadap kanak-kanak kecil yang sangat comel-hensem-macam-bapak-dia (eh?) 
Agak agak kalau lalu highway jumpa papan iklan besar gedabak tulis tadika CIC tu . haaaa ingat ingat lah bolat yeee .
Memory with 'ajikbidin' (2015)

  Takpalah, next entry bolat cerita lagi . banyak nak share ni nak tulis sekarang rasa macam em em em jaaa . Oh ya mengenai bolat ni masih bolat dan membolat . entah bila nak cekeding . jumpa lagi.

Okbai, Assalamualaikum




Selamat Hari Raya . Selamat Update Entry :D

Assalamualaikum !
Wei lama wei tak update . Last entry pun April . Sekarang dah July !

Apapun , sekarang saya dah selamat menjalani praktikal selama 2 bulan setengah sudah . Yeay, jadi cikgu .
Semenjak jadi cikgu ni bahasa baku sangat . Kadang kadang layan orang dewasa pun macam kanak-kanak . Seronoknya dengan kanak-kanak ni dunia penuh dengan gelak ketawa dan warna warni :)

Stress ? Alhamdulillah , selalu ketawa . 
Stress pun bila masa nak melayan karenan anak murid kacau bilau . Sungguh , seronok wei jadi cikgu tadika . Mula memang garang toleh belakang gelak kukikuki . Telatah mereka comel sangat ! Aku pulak jenis suka bersahaja , suka kenakan anak murid , menyanyi , melukis . Kalau boleh semua subjek aku nak melukis mewarna je buat aktiviti kraf , kan best ? haha

Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan blogger . Maaf jika terkasar bahasa, tercakap lelebih , tak jengah blog m tak blogwalking . Maaf sangat . InsyaAllah ada masa saya update lagi . Blog susah betul nak update sekrang . Update instagram rajin pulak .

Sesejak jadi cikgu , instagram pun rajin post pasal murid dan aktiviti . hehe amboi . Rerajin meh la singgah ig kita , Maizuramer .

okbye !