Bosan .


Nak keja tak bagi .

apa nak buat ? kitaaaa pun ....



KAROKE .
itu keja bolat sekrang .
melalak sensorang .
kat rumah cuma ada bolat dan babah .
mama keje , adek sekolah .
fesbuk , twitter , dan blog menjadi makanan utama .
lappy pulak personal .

nampak tak betapa privasinya .
privasinya nak menyanyi .
nak menari .
nak berjimba .
nak melompat macam Dora The Explorer .
nak gelek macam Britney Sperm .
nak menonggeng . kahkah ini jilaka . hahahahemm

nampak tak betapa bosannya .
sampaikan entry pun tah apa apa *kalau betul kasi jatuh u punya kepala*
nampak tak Hello Kitty icon semua ? *jatuhkan kepala lagi*
nampak comelkan ? *sila sepakk sekarang .
okayy motif nak nunjuk jugakk lappy kita yang comehh mcm tuan dia .
hahahahemm .

nampakkkk !!
nampak sangat kejakunan  cekbolat.
dan bolat juga nampak .
 -____________- (muka bosan korang yg tgh baca) .

Fine .

*******


Lakonan Cekbolat . mohon lihat ! kahkah .

Assalamualaikum ! *lambai lambai tangan*

asal muka ketat je ni ? spender baru ketat ke hapa . kahkah . mohon tarik tarik kasi longgar baru pakai wokeyyy !

okay . bolat nak cita ni . kenangan masa sem 1 . projek last assignment subjek Pedagogi . kena buat lakonan er teater er drama . ahh yang berkenaan macam tu la . masa tu bulan puasa . seminggu lagi nak raya . kitorang semua mood raya so videonya buat ala ala kadar . ntah kenapa aku bold kan . kehkeh

bukan apa . banyak sangat director !

kalau hangpa nak tahu . lakonan ni memerlukan 5 kategori budak masalah pembelajaran . seperti pekak , buta , hiper , terencat dan lain lain .

dan tak sangka . aku watak utama . jum bolat bawak hangpa mengenal kengkawan bolat yang cun cun nih -.-


kenalkan ni bapak dan mak bolat . 


ini kejadian nak menghantar anak yg normal dan terencat ke sekolah -.-


gua tarik muncung sebab bapak gua tak dibenarkan belajar bersama .
mencikkk >,<

bolat special watak , bawak bear pombom pi kolah . yeww -.-


ni classmate bolat . pegang watak budak hiperaktif .
mentang mentang aku terencat kemaingg ngusik . dem


kantoi mak gua tengah ngendap . mampuihh *berpeluh peluh*


cikgu aku pun gagap -.-


kahkah . adengan aku kene buli tapi aku buli balik . nampak gua tengah berlari ?
#buatbuatNampak


ni dah nak akhir akhir . tgh melalak lagu Burung Kakak keTuat  


Jalan cerita mengisahkan seorang budak terencat (Bolat) dihantar ke sekolah . dan telah dibuli oleh kawan kawan baru . 

point sebenarnya bagi kesedaran tentang special kids ( budak budak istimewa) yela bolat kan belajar pasal budak budak . pheww~

nota - minta - kaki : nak upload video tak reti (jujur) kahkah . padahal malu -.-
tak pasal Maria Elena , Mathluthfi tak buat video dah disebabkan lakonan gua .

RAYA SEMBELIH .

Oqhang (orang) kata biaq gambaq yang berkata kata . hekhek





herkk *tutup muka dengan penyapu* <-- malu ececehh


Sekian terima kasih dari Cekbolat dan suami . eh ? hawhawhaw
maap la kamera kita tak lawa macam depa . 

dan bolat nak persembah muka gila gila non cover cover cun . hat (yang) gambaq tadi ja kontrol ayu . egegegegegege

nah ambekk pi sembelih lekaihhh (lekas).


Mai la rumah kita . mama cheq (saya) buat "Sup Petak Petak ( soto )"

buat blogger JR ( Bila Jari Menari ) sila tinggalkan alamat rumah ,  payung , penyapu , dan kain buruk juga selipar jamban yang dah reput . kita nak pi serbu rumah depa . hewhew

dan bloggerian sekitar Aloq Star <-> Kuala Nerang . terhad .

InsyaAllah bolat rempit pi .

Sungguh .

Tiup batang keluar belon . eh ?


Kadang kadang aku rasa aku okay . tapi kadang kadang aku rasa tak . hewhew .
adakah ini cinta ? hahahahemmm ini jilaka .

mase tu aku dekat kedai pak ajis jambul dua juntai . tengah menghirup kopi janda anak beliau . anak beliau yang janda bukan pak ajis . pak ajis tu harapkan belalai je . hawhawhaw . sungguh lucah disitu -.-

aku terpandang satu budak . eh budak ? bukan seorang ke ? jadah hantam sajala . tengah main tiup sumting . macam batang tapi hujung dia lekit lekit pastu bila tiup dengan terann sikit mula timbul . kehkeh agak kebiruan disitu . kira bahasa mudahnya tiup batang keluar belon sebutir . eh ?

apa lagi kalau bukan menda ni .


Tipula kalau tak pernah main . 

mula mula picit mende pink dkat batang straw tu . pastu gentel gentel kasi tutup lubang tu untuk menghasilkan belon yang cantik dan besar . dan tiup sekuat mungkin . fuhhhhhhhhhhh

Nota - minta -kaki : alah macam tak biasa entry bolat muda muda dulu . agak jilaka sikit bahasa kan .herher
eh kejap, asal agak kebiruan entry ni ? ahh korang mesti pikir bukan bukan . buka sikit minda tu .nak ngutuk bolat letteww . 

Jinak jinak bulu kucing .

Tajuk macam haremm beteii la kan . takdak kena mengena langsung . haha, maap la ye *salam - cium pipi*

Ini al kisah pagi tadi, blogwalking senyap senyap tanpa meninggalkan sebarang kesan tapak kaki di blog anda semua . bajet nak komen dalam hati mcam blogger sape name tah . lupa *ketuk kepala sendiri*
Lepastu jumpa la blog ABU - Ashgive tu. entry pasal CubeCraft . alahaii tomey tomey . teringin nak buat . search punya search . ini la hasilnya

ada buat cerita ni , boleh nengok satu persatu dekat album pesbuk cekbolat. hekhek Klik

Hello Kitty. aumm aumm 

Tetiba teringat Eron Aziz . hewhew apa la kaitan yek ? kehkeh

Cinta Tiga Segi . Oh Tragisnya *kesat air mata*

Jeng jeng . terus print dan buat . betapa eksitednya .


Rase macam dah ketagih la pulak . tapikan yang superman tu kan agak qhenyahh (susah) sikit nak buat . mula mula buat tu garu garu bulu jugak la kenapa terjeghluihh ( terkeluar ) yg lipatan tu  . rasa fed up nak konyok konyok campak pun ada. kahkah . akhirnya siap juga =)

nota-minta-kaki : Google jah  CubeCraft dan anda pasti jumpa terus print .
* dah jumpa beg yang berkenan, next entry okay ! *

byee *lambai lambai tangan*

Daftar BurungChurpChurp 

Tak besar dan tak kecil . yang sedang sedang

"Harap faham "

Tak terlalu kecil . tak terlalu besar gedabakk .
yang pasti tak banyak orang pakai .
nak yang cantik tapi nak yang nampak elegan .
tak terlalu branded tak terlalu murah .
tak panjang dan tak pendek .

Oh sakitnya kepala bila fikir fikir .
terbayang dan bayang .

Tepi almari dah penuh sesak .
nak tambah lagi satu . ya cuma satu . MUNGKIN .
tensyennya rasa .

saya perlukan handbag . kehkeh . memang banyak di pasaran .
pasar malam pun ada . tapi susah nak cari yang betul betul berkenan di hati . 
sekali lagi . macam ni 
|
V
kalau dapat yang ni . aku janji tak minta apa dah .

sore eyes~sore eyes~sore eyes~sore eyes

nak pau babah tu mudah tapi nak cari tak mudah !

nota - minta -kaki : kena tambah penyangkut beg lagi . humaigaihh 

p/s : sesiapa ada link online shopping beg sila kongsi kongsi hoyehh . heheh . bolat gila bag dan pengumpul bag penuh bilik sebenornye . mueheheehehe


Gara gara tertangguh.

 adakah ini satu ejekan atau kesedaran untuk aku ?


"Awas ! sedang diuji"

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

tong sampah pun ada lesen . puihh !


ya . bolat masih lesen L . dah hbis satu sem . sila gelak ! -.-
tertangguh .

 boleh kira betapa banyak sticker L dekat rumah aku ni . kehkeh 
nak kata tak reti bawak , habis satu Alor Star ni aku tawaf dan rempit .
langgar lampu merah dekat 3kali . kahkah 

nota - minta - kaki : selagi tak cukup setahun aku tak akan pergi . mohon tempat memandu sediakan abang sehensem Tommy Pocket . bye !

Price and Place

Hari tu hari sabtu . 
Bulan puasa 2012 .
Kedai "Ehem Ehem" di Port Dickson .

"Aloo tokeyy . tikus ada jual ?" 

" Alaaa manyak . lu mau mana satu ? makan sini or bawa balik ? Spicy or Original ? 

" guwa mau yang montok . bontot dia ala ala faoziah nawawi . yang pastii pandaii naik kudaaaaa  "

" itu stok dah habis . belum kaaaaasii simbilih lagi . tapi guwa adaa barang baruu . manyak cantik lagi anggunnn kalau pakai pasti tamau yang lainnn"

" Pehhhhh . guwaa angkatt inii . kasii angkat kain semua . bungkus ikat tepi "

" okayy okayy . kasi bungkus "

" berapa ?"

" tak manyakk punn . RM25 sajeeeee"

"aiyakkk kasi kurang tak bolehh kaa ? "

"wa kasi kurang lima linggit . 20 bolehh ?"

"kurang lagi tak boleh ka ? 15 ?

" siapa tokeyy sikarangg ? lu ka wa ?"

" err.. okayy okayy . kasi angkat"


sejak hari itu . 

bolat semakin rapat dan semakin sayang . sebab dia mampu beri kemenangan dalam setiap game cekbolat . andai kata boleh buat suami . dah lama aku nikah . kehkeh 

Rm20 shaja . boleh didapati di kedai kedai komputer berhampiran . 

nota - minta - kaki : awak tak tanya tapi saya nak jawab . kan blogger Yousof . agak agak ni pelan ke berapa ? C atau D ?

Kereta Cekbolat

 Perubahan . takde berubah ketara sangat pun . pink sentiasa walaupun hati biru   kadang kadang otak pun biru . eh ? entah kenapa nak tukar tema blog rasa macam  takut . takut ? abaikan . sila puji . kehkeh

 ya kereta . kepohh bila pelancaran Kereta Pertamaku bila diumumkan dengan  bayaran bulanan yang rendah . cehh bolat yang sem satuu pun boleh belii la . ingat  sem akhir je ke ? *jeling tajam*

 hingat bolat takde keta ke apa ? bukan babah bolat hadiahkan tapi diri sendiri hadiahkan . erk ? tapi baru baru ni tayar kereta bolat terkeluar masa tengah pecutt 140 km/j nasib baik tak terbalik cuma rasa ngiluu gigi sebab besi bertemu jalan . eh apa kena mengena dengan gigi ?

 okay tipu .


 semasa kejadian . tayar dan rim terkeluar . tiada mangsa yang terkorban  dilaporkan :)


ececeh . belagak gila bila dah keluar wad .  lampu pun pasang tinggi caitt ! *bagi lampu balik, silauu ni*


pandangan sisi . pehh 


pandangan belakang . mengancam . slurpp slurpp . kahkah


tahukah anda kegelisahan hati bila melihat kereta tercabut tayar . tak boleh main gamee ! arghhh . kehkeh . bolat pun hantar ke bengkel babah .

" babah . tayar keta kakak terkeluar . hukhuk " dgn nada sedih

" erk ? tayar pun jadi hal -.- "

tima kasih babah sebab merawat tayar bolat .

dah boleh main GAME
yeyyeyyy .

Mimpi dan Dendam .

kalau dah mimpi pasal ular . semua pasal "meminang" kalau perempuan . itulah yang di sampaikan oleh orang tua tua . tahukah kawan kawan . ular itu bermaksud kejahatan .

bagi aku . ular tu syaitan . takpun Voldermort . kehkeh :D

" jika kita bermimpi tentang ular...itu menandakan bahawa ada orang yang berniat jahat dengan kita..kejahatan itu berada di sekeliling kita...."

ya . entry lepas bolat ada cerita kan pasal mimpi ular . bukan nak percaya seratus peratus . tapi memang . housemate bolat yang bolat pernah gaduh tarik tarik rambut nak buat laporan polis . GILA . paham tak GILA .

aku serik dapat housemate pengotor macam dia . baju malas basuh . longok longgok dalam bakul . cium cium baju tu pakai balik buat jumpa boyfriend tercinta . okayy ini aib dia . dan kita tak baik buka aib orang . tapi mana tahannnn bhaiii . pemalas gila . pentingkan diri sendiri . sorok barang aku . mintak maafnye tidak .sapa tak marah ? 

now satu batch tak suka dia . budak budak laki semua meluat gila dekat dia . kecuali boiferengg tercinta dia . yang bodoh . ya bodoh . habiskan duit untuk dia . belanja tiap tiap hari . keluar tiap tiap hari . okayy itu hak dia . aku tak kesah .

malam sambut besday member aku dekat belakang block . dia dekat kafe . terkinja kinja dengan boifereng dia dan geng gedik dia . aku tak ambek tahu pun . tapi lecturer aku nampak diorang .masa tu pukul 12.30malam . kafe nak tutup . gelap . kebetulan aku lalu . ade depan tangga . perempuan tu tuduh aku tangkap gambar diorang peluk peluk tunjuk dekat lecturer . fine . aku memang rapat dengan lecturer tapi malam tu jumpa lect. pun tidak . memang hangin la aku .


lepas tu . putar belit cerita . aku report dekat lecturer aku lagi yang merangkap sebagai felo . pasal member baik dia main mercun . dah la main mercun tepi telinga aku . lepas tu tuduh aku pula . dah salah buat cara salah . ramai lagi yang benci kau . nak tuduh aku pula . aku tanya dia depan depan kenapa tuduh aku lagi ? dia cakap  bukan dia . babi tak?


dia buat member roomate aku jadi gila . masa tu bulan puasa . dia cakap dia tak larat . so member aku walaupun tak suka dia tetap tolong . tolong bawakan . on the way balik bazar nampak dia tengah jalan dengan pakwe dia . sekali lagi BABI TAK ? 

lagi .

aku satu kumpulan dengan dia buat forum . aku jadi pengerusi majlis . dua minggu sebelum tu aku dah kasi soalan dekat dia . aku suruh dia get ready jawapan bila aku tanya . lepas dua minggu . malam latihan forum . sampai giliran aku tanya dia . dia cakap soalan apa ni . menyirap gila . aku cakap dah bagi soalan tu dekat dia buat salin . dia cakap aku tak bagi pun .  sedangkan masa aku bagi tu dia cakap OK dan dia sendiri pulangkan kertas soalan tu . member bolat terus masuk tidur malas nak mengamuk . memang taik !


 sampai satu tahap kesabaran aku memang zero . tarik tarik rambut . dia tarik tudung aku . nasib dia la tak ikat rambut . aku hayun kepala dia hentak dekat katil . kahkah . PUAS GILA .

sejak tu .

member member rumah aku cakap cakap belakang kalau tak puas hati dengan dia . apaapa bagitahu aku . aku sound dia direct . lintas langsung . takde tapis tapis . perli perli . memang cukup resepi . tapi dia ? hati batu . tetap .

nak cuti sem hari tu ambil barang . family aku datang . dia tak balik lagi . tahu pula tunduk bila depan mama aku . ya mama aku taktahu kejadian hentak hentak kepala dan adengan tarik rambut . tapi mama tahu aku ada masalah sikit dengan dia . yala . aku pestime dok jauh mestila report sumting kan apa yang tak puas hati . kalau luah dekat kawan boleh percaya ke ? tapi kalau mama aku tahu pasal ni memang aku sedih gila . sedih bhaiii <-- tak taff dh . aku hancurkan harapan mama and babah hantar study tapi kat sini aku buat hal . kalau korang ? *sigh*

bila dalam masalah ni . aku tahu . member member aku mesti taknak masuk campur .takut . takpa lagipun ni masalah aku dengan dia . aku tak kisah . berani kerana benar .  
tipu la kalau aku takde rase gentar kan .  mungkin dia sengaja ugut aku . ergh bencinya - . -


Sejuk sejuk bulu tanpa air - cond

BERKUAP .

Berkuap okay . bukan menguap . okay intro mengantuk *menguap* tekan pangkah atas hujung sebelah kanan . ya sebelah kanan . kihkih

Gua mincik bilik / rumah berkuap . bila keluar dari pintu terasa beza angin luar dan dalam . tak kira la rumah atau bilik . ini boleh buat mood tak best . tak da rasa angin  or  sejuk sejuk kipas .  tak semua kita mampu pakai ekon kan . KAN . *angguk*

bagus .

Tips agar tak bilik / rumah tak berkuap dari cekbolat . sejuk sejuk bulu tanpa air cond katakan -.-

1. buka tingkap pagi pagi . kalau bangun lambat pun apasalahnyya buka juga tingkap tu . ini adalah untuk proses pengudaraan . bolat dulu penah menyebal sebab babah tutup tingkap bilik bolat . grrrr tensyennya . kita buka sebab nak udara fresh lepas balik sekolah !

2. bersih dan lapang . kalau barang banyak susun la cantik cantik . ruang kecil pun boleh rasa luas tau .

3. cat . ya cat pun mempengaruhi suhu bilik . pilihla kaler yang sejuk . macam biru cair . hijau lembut . pitch ke . ini tak . sekali masuk bilik maroon . pastu kuning terang ang ang *sakit mata*. coklat gelap . kalau pakai air cond tak pa . ish . *tetiba emo*

4. lampu . lampu warna malap malap pun boleh panas . tak kisah la kalau nak buat tidur pun . lampu blik air kaler kuning gua mincik . tak rasa feel nak gosok gigi . kahkah

credit to Hencik Google


5. sampah . kalau perempuan sila pastikan "cuci bersih" dan tutup tong sampah . kalau tak bilik bau darah . euwwww

6. baju . ya baju kotor . gua serik dapat roomate malas basuh baju . longgok longgok . ciom ciom baju then pakai buat jumpa pakwe . erk ?  baju kotor buat bilik busukkk . udara tak fresh . okay !

7. merokok . lelaki la kan dituju . macam abang bolat . bolat kalau masuk bilik abang pakai mask . gila bau rokok . kalau kena perintah kemas bilik beliau gua surrender . *pengsan* macam mana hidup pun aku taktau . ish  .

bolat mengaku . kadang kadang kita tak sempat tapi kalau tiap tiap masa ? tiap tiap hari ? tak ke bawa cilaka pada hidung orang lain . kahkah . gua pun penah style campak campak baju sebab kelam kelibut . tapi balik tu get ready la kemas balik . tuih .

kalau pakai air cond tak retis kemas . pengotor . pun tak kemana . bilik kita melambangkan diri kita . kehkeh


bilik tidur idaman bolat . kahkah pwinces pwinces gitew


 nota - minta - kaki : mimpi nampak ular macam macam . besar kecik . adakah ini makna tilam bolat terlalu empuk hingga bermimpi giteww . kahkah

PMR cari SAYA



Assalamualaikum .
saya Amy Maizura bt Amer . 15 tahun .
esok saya akan menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . 
mohon doakan saya jawab dengan cemerlang dan banggakan ibu bapa saya .
saya taktahu kenapa PMR cari saya . saya tak cari PMR pun . dan saya pun taknak .
apa apa pun saya terima .  
dengan itu saya akhiri dengan tasbih kafarah dan surah al Asr .

hihi . bye ! 

CikCekCikCekBolatt BACK

Pagi pagi pegi kedai,
pegi kedai membeli gula,
final exam sudah langsai,
kini tiba berhoneymoon pula :D

pehh pantun gua dah tak sepower sjak2 dah tamat kelas..klau tak dalam kelas bising berpantun,umur dah besar blajar pun bukan sekolah lagi tapi bisingnya kelas hanya lecturer yang tahu.. phewww~

final exam dah lepas,course DPS/1 intake mei sudah melabuhkan tirai labucinya dengan manik manik karat,iaitu batch gua bermasalah sikitt.. haihhh..*busukk bhaii busuk !*  bak kata pepatah kerana cabut bulu ketiak kiri,ketiak kanan terasa ngilu.. demm demm..



Haaa ni assignment "Mobile Big Book" dalam bahasa jawanya buku gergasi,mmg pening dan pusing otak bagi yang tak kreatif macam bolat, menyebal-nyebal buat buku ni terpaksa overnight siapkan buku ni.. kuakuakua..

 This one,individual assignment untuk carrymark,peghhh gua tekap dan kaler saja bhaiii.. tapi x sangka bolat buleh buat.. herherher :D *simpan buat anak-anak nanti*


Gambar-gambar atas ni baru untuk subjek Pedagogi,subjek untuk siapkan diri berhadapan dengan kanak-kanak.. nak tarik perhatian dan sebagainya.. assignmeny guru dan alam bolat tahu kene buat ape ? hahaha ngajar budak berumur 4-tahun.. *pengsan*
 baruu sem satu doooo.. sem satuuuuu.. ade lagi lima semmmmm,, *berdarah hidung*


 Oh maafla,bilik kuliah tak secantik kamu-kamu semua.. mula-mula dulu belajar dalam kabin kontena u knowww ! ahhhhh tensyen makk =="

eghrrr,dri tadi gambar pasal kelas and assignment,mana bolatt ? bolattt ?? *shout*

 .
.
.
.
.
.
.
.

 saya memang bulatt tataw lagi kaa?? *pangggggg* last paper final exam subjek Psikologi Kanak-kanak.. Subjek kegemaran bulat ..hari hari exam gua pakai mekap,tacap bagai tapi tak lawa-lawa pun..kata cekgu bolat duluuuu ni untuk semangat dan bagi kita rasa yakin.. erkkkkk.. =.="



dan last sekali ni housemate bolat, C-G-02 dan C-G-04 harap maklum bolat ada dua rumah.. semua orang berebut orang comel dan bulat macam bulat...wagagagagaga.. gua pemes dan gua tahuuu ..*dusshhh dushhh*


 nota-minta-kaki : makan meggi orang kata otak lembap ehh ? asal gua boleh maintain result tapi mmber bolat x makan meggi tapi result.. err.. err.. ahhhh jgn salahkan meggi andai kata tak  reti nak manage masa..

#HONEYMOON_TIME
#blogging time ! bloggingtime !