Misteri Kaunter 7 .


Boleh tahan la dashboard penuh dengan entry seram .
takpun entry GA dan Segmen .
biasalah cuti sekolah .
tapi bolat bukan nak cerita pasal seram seram ni .
pernah alami bende seram seram ni sekali je .
hewhew . maap lah .

terbantut nafsu nak naikkan bulu roma kan -_-

kalau korang perasan "kalaulah" .
dekat sidebar cekbolat ade section kaunter 7 .
kat situ akak Senah Drift setia menanti .
kalau rajin "ask" lah nanti akak Senah cuba "answer"
hohohh ^_^V

Operator : Senah Drift (siang)
Kiah Hudson (malam)

tanyalah tanyalah .
nanti I jawab .

Nota - Minta - Kaki : takpayah nak komen kalau tak ikhlas .
tak usah datang kalau tak sudi . disana benci disini lagi la tak hingin .

Tersembur .


Makan malam keluarga .

Di meja bulat aku ditengah tengah mama dan abah .
sedap sedap melantak ayam percik dengan gaulan nasi beserta kicap kipas udang .
macam biasa borak mengenai isu isu jiran sebelah hingga ke isu dunia .
abah menambah nasi dagang ke pinggannya sambil mulut berceloteh .
bolat mencapai gelas laluu minum .

airkosong je pun .
dan aku pun rasa kosong tapi ...

"purrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr kohh kohh" tersembur sekali nasi nasi .

berlari ke sinki .
bersihkan hidung dan mulut .
ku lihat reaksi abah macam serik nak tambah nasi . tapi licin juga =.=
aku duduk sekali lagi utk menghabiskan air .
dan .


"purrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" tersembur air sekali lagi dengan rakus .
kali ini lebih dramatik mengenai mama dan abah dikiri dan kanan . 

dah macam pesta air dekat padang golf la pula . huahua .

"soryy abahh" ujar cikbolat sambil buat mata kelip2 .
mama gelak mengekek - ngekek sampai jatuh kerusi .
pestime dohh aku jadi macamm tu depan parents .

Nota - minta - kaki : tapi kejadian tersembur menyembur ni dah banyak kali jadi dah kat cekbolat . haha.

Aqua Mineral Oil PC


Penah tengok data data PC dalam aquarium ?
ada lampu biru biru . ada warna warni .
ingat aquarium ikan kan ?

cool kan ? mmg lah sbb cooler _ _' 

Bolat takde la arif sangat pasal mende mende ni .
tahu pun ciput ciput je .
Susulan cerita abang cekbolat punya kawan .
kaki GAMER punya orang berselirat wayar air dekat laptop dia .
pehhh . mmg gila GAME .
jenis seminggu tak tutup lappy or pc .
GAMER SEJATI .

sebab tu diorang pakai cooler ni .
tanak lappy or pc panas la kan .
cepat rosak nanti . 
entahh apa kejadahh lagi pasal ni korang tanya GOOGLE la kan .

tengok la . tengok laaaaaaaa .

tapi ni sejenis minyak bukan air . eh entahhh lahhh >,<
sesape ade info sikit pasal ni share la .

Nota - Minta - Kaki : kita minah gamer jugak. tapi bukan gamer gila gila . hohoh 

Hikayat Senah Drift

Terkini : Senah Drift kini kembali GLAMER .

Pujaan jejaka Malaya .
Model Poster / Pelakon / Pengusaha "Kiah Belacan".

Senah Drift kini tampil beraksi di pentas penuh glemer setelah lama menghilangkan diri dalam industri seni iklan poster dan lakonan . Beliau dikatakan sudah bercerai dengan Seman Parkinson setelah mendapati Senah Drift lingkup dalam perniagaan belacannya dahulu .

zaman remaja Senah Drift .

 Semasa remaja, beliau sangat aktif dalam industri model poster iklan dan berjinak jinak dalam bidang ini semenjak beliau berumur 12 tahun . 

Antara filem yang membangkitkan beliau ke antarabangsa ialah 
"Hikayat Puteri Senah Li Po" 

 Puteri Senah Li Po

Senah Drift juga menyatakan bahawa beliau masih berhubung dengan rakan rakan baiknya iaitu Jemah Hudson dan Jenab Evans . tak terkecuali akak angkat beliau Miah Kardiashian .

Senah di muka depan majalah 

Kemunculan beliau kali ini melalui lakonannya dalam "Senah Drift the Movie" gandingan beliau bersama Hero Malaya Awang Peterson sangat sangat mendapat sambutan yang hangat . Beliau selalu melayan karenah peminatnya melalui akaun Twitter beliau @Senah_Drift

*selalu jugak nampak beliau RT tweet peminat dan oh oh Twitcon beliau sangat cun !*


Nantikan kisah sambungan hidup Senah Drift .

Nota Minta Kaki Pengarang : Hak berimaginasi Hak saya . sekian :)

Hari ini Awak ..



Hari ini awak kutuk Twitter dekat Fesbuk .
Esok awak SIGN UP Account dekat Twitter .
Update status facebook : Follow la itew . itew follow awak balik hoyehhh.

Hari ini awak kutuk Blogger .
esok saya tengok dekat shoutbox saya ada nama awak .
Komen : Do follow me back okay ? kalau tak i Unfollow u . smiley muka setan .

Hari ni awak update "Please Boikot Mcd"
Esok tengok gambar awak tengah makan beger tepi ada cop McD.
Caption gambar : Uhmm dapnyeerr , jemput la makan . smiley : muka setan lagi.


Hari ini awak minta mereka klik iklan blog awak .
6bulan lepas awak komen dekat blog someone pasal Nuffnang,Churp2 . 
komen : "blog saya suci tanpa iklan" *smiley setan sungguh !*

yang last sekali tu hangpa tau sapa ?
.
.
.
.
.
























































Punggung Ali tumbut ketuat .
siapa lagi kalau bukan Cekbolat .

*angkat kain dan lariiiiiii*
periuk belanga , kasut jamban , pelita raya , spring spender longgar , berus jamban , kain pelikat bapak mentua  tetiba melayang . eh ?
Kasi tembak pakai bazoookaaa .
"pengg . pengg"

Nota - Minta - Kaki : kene batang hidung sendiri _ _'




Sneak out .


 ya pernah buat .
tengah malam .
sebab : nak beli topup punya pasaii  _ _'

anda pula bagaimana ?

Keywords .

Awas . banyak gambar 18x .
sila jangan klimaks disini . bahahaha .

Paparan dari semasa ke semasa .


lucah
dua bulan lepas .


seksi
seminggu yang lalu .


lucah
2minggu lalu .


seks
Hari ini .


tak kurang hebatnya jugak di NuffNang .

diana danielle kahwin lari

berdarah hidung guee gini .
*lap hingus*

ini SEO LUCAH ka apa ? harharhar
*berangan blog SEO*

Nota minta kaki : Nuffnang kita Rm2.00 :(

Me and GAZA



esok kenduri .
nak pakai eyeshadow tiga warna .
hijau putih dan merah .
boleh gitu ?


nota kaki kiri : menyepi seketika .


Hadiah Cekbolat .



Ececehh tajuk kemain .
hadiahh ? sapa la yang sudi nak kasi hadiah kat bolat .
dah la comel . tembam pulak tu . eh ??
muntah-darah .

maap .


doddle , craft , cute , tiny , soft , carpet

haaa . anda kenal blogger ni ?
blogger Greenpanda yang buat craft comel comel tu .
dia ada kasi hadiah dekat bolat sempena besday 5-Nov hari tu .
terharu sungguh rasa hati ini .
*lap hinguihh*
hemo hemo hemo .


wish card , birthday , creative , kreatif
kad yang dibuat pakai tangan lembutnya .
puisi dikarang penuh syahdu .

cute , craft , homemade , doodle ,angrybird craft, icecream
tadaaa . kandungan dalam surat yang telah beliau pos :)

kayu eskrem magnum lettew .
susah susah je akak makan eskem pastu kaler kaler batang .

Penanda kayu eskem tu bolat buat penanda al-Quran . 
semangat sikit baca . heheh
Doodle pink tomey tomey tu letak kat telepon cabok bolat ni .
kalau ada loceng lagi syiokk ni .
hahah . esok pi cari loceng .

haaa . yang Angrybird tu letak mana pulak ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Angrybird , keychain , lucah , beg ,
dekat beg kesayangan saya :)

Kamsahamida(Terima Kasih) akak panda .
ececehh . sejak sejak tengok drama korea ni .
berbagai perkataan dipraktikkan . hewhew .

Menarik bukan ?
tertarik ?
nak tempah ?

sila berhubung dengan beliau ---> Greenn Inspiration .

Nota - minta - kaki : SpeakerSekolah sanggup datang ke Kedah semata mata untuk meraikan hari lahir bolat . Terima kasih ya ! nanti datang la lagi .

Jaybee dan Bolat


Okayy . cukup dah kot entry sedih semalam . cecepat update baru . kehkeh .
berkabung satu hari . kita yang hidup perlu teruskan kehidupan .

dah intro .

Ayer Hitam,neelofa,pergi,mandi,naked,gila,Siti Nurhaliza,skirt


Ni cekbolat nak ceqhita la cekbolat men-jalan dan men-shopping sungguh jahanam bahasaku dekat Jaybeee .
sambil melawat Uncle Tahir sambil jenjalan .
bukan selalu nak mai JB ni . jauhh cek oii . Utagha - Selatan tuu .

JB rasanya biasa je kot ?
dapat tengok Singapore dari Danga Bay jadila tak dapat tengok Aaron Aziz kan . Oh ya makanan Jb ni sedap .
pestime jumpa Chicken Chop lima hinggit ---> Restoran Awana,Gelang Patah.
ngahahaha jakun sat !

Hari sabtu pergi melawat uncle Tahir dkat HSI lepas tu pusing2 ronda2 bandaraya Jb . sampai pening naik flyover . kalah Kay-ell.
tapi paling kemuncaknya dekat Ayer Hitam .
pehhhhh melelehhh .
rambangg mata, lagi murah dari Padang Besar,Perlis .

benda,buat,semak,rumah,neelofa,izara aishah
kat sini barangan rumah mmg FULL .

baling,pasu,pecah,kena Aaorn Aziz,cerai,rita rudaini,bola
Bak kata Pak sedara bolat barang2 yg menyemakkan rumah


pasar,tani,bear,anak patung,murah,beli,borong,neelofa,rozita che wan
Entah apa nama tempat ni . kalau keluar darai tol Ayer Hitam straighttttttt giteww
kat sini tak macam Padang Besar . takde jual beg -_-
tapi anak patung bebuluu memang banyakkkkkkk . 
berbulu mata saya . haishh .
bolat cari kepala Hello Kitty tapi jumpa bantal Hello Kitty .
Bulu dia lembutt sangat . boleh gesek2 sampai terlena .

hello kitty,bedroom,pillow,britney spears,bilik,
kepala bantal pun jadi -.-

Patutlah barang hantaran orang johor kemain cantik merelip-relap .
kat sini banyakkkkkk gila barangan utk buat hantaran . 
cantikk gila . rasa macam pi beli barang nak kawin . ehem ehem .
pastu tengok kawan kawan Johor ada Teddy Bear besar2 , 
rupanya murah kat sini siap beli satu percuma satu . pehh .

bolat nak beli tapi babah cakap mai 4orang bali 5orang ?
nak letak mana ? atas bumbung ?
Bear size XXXXXL gitu .

Nota-Minta-Kaki : Bolat masukk kedaii bear je . 
mama masuk kedai pasu dan rotan . babah ? 
tolong angkat barang . aagaagagaga . 
pi ringan bonet balik berat semacam .



Beliau yang ku sayang :)



Bolat : uncle ! uncle ! uncle kenal Amy lgi tak ????
smbil senyum nampak gigi .

Uncle : aaaa *jatuh kepala* . Amy .

Scott dan anggota yg pernah khidmat dgn beliau yang lain sungguh dia tak kenal . bangga pulak beliau kenal kita :D

mase nak balik .
Bolat : uncle . Amy balik dulu tau . jgn nakal nakal .

heheh .

Masa sihat .

Siapakah beliau ?
ya dia ialah Ceo abah bolat dulu masa dekat Tawau,Sabah .
Lt.Kol(B)Tahir Omar sebutan --> Leftenan konel ? egegege ape aku heja ni ?
Rejimen Askar Melayu ke berape tah . 7Melayu rasanya ?
10 melayu . 22 Melayu . pehhhh meleleh hingus .
gua pening bila bercerita tentang askar -__-

maap .

Sabtu lepas .


Macam tak percaya yang sedang terlantar tu uncle Tahir . dulu masa kecik kecik kalau abah bolat ada event macam Mess Nite mesti dia suruh abah hantar bolat dan abang ke rumah dia buat anak2 dia jaga bolat . memang ngamm gila la ngan uncle ni . bolat nangis takmau tidur rumah dia tengah malam buta pun sanggup hantar bolat balik .

Ahad bolat dan family dah bergerak balik . tercapai hajat sempat jumpa beliau .
Pagi tadi lepas bolat celikk mata pisat pisat terhuyung hayang cari pintu bilik air . abah cakap uncle Tahir dah meninggal !

terduduk .

Sedih . sayu . semua ada .
Semoga Arwah beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman .

Nota - Minta - Kaki : Next entry . shopping Jaybee . sambil melawat kita shopping . hewhew .

Tersilap berus gigi .


Pagi .

melangkah masuk ke bilik air .
belek belek muka di cermin . dgn harapan selagi cermin tak pecah tengok muka .
mata melihat muka di cermin tangan mencapai berus gigi berdekatan .
lalu meletakkan ubat gigi perisa oren .

"zushh zashh zushhh zashh" aku menenyeh gigi .
sambil tenyeh tenyeh mata periksa tahi mata .
adik pun masuk ke bilik air .
untuk melakukan aktiviti yang sama .
berus gigi .

"kakak pakai berus gigi adikkkkkk !" adikku menjerit .

erk .
salah lagi .

ini masalahnya kalau parent beli dua dua berus gigi kaler pink .
sebab munasasah mereka adalah kami perempuan .
cuma membezakan berus gigi kami ialah brand .
ya . berus gigiku ada cap mohor Tesco .

mujur bukan berus jamban .
kalau tak habis rabak gigi aku .
kenapa perlu tersilap ? arghhh .

gulp!

tertelan ubat gigi oren .

demmmm.






takpe sedap . oren .

Perlu ke ?


Abah : Sekarang tengah banjir . kawasan perak blaa.blaa.blaa .
Mama : Hujung bulan 12 pula pantai timur banjir .
Abah : Kelantan . 

Mama dan adik pandang aku masa tengah melahap goring pisang cicah kicap pedas.

Terhenti .

Bolat : kenapa tengok kakak ? dengan penuh kehairanan .

Tetiba guruh dan kilat cuba menjadi music latar .

Mama : Boiprenggg hang orang kelateeeeee .


Bolat : Erk ? 

Terus angkat pinggan beredar sepantas mungkin .

Motif ? ....

Nota - minta kaki : Haihh mama . baru jumpa SpeakerSekolah terus sebut depan babah ? tahu la berkenan pun .

#Terima kasih kepada yang wish besday bolat semalam mahupun dientry . Terharu  rasa . *lap hingus*

Selamat Hari Lahir Bolat :)


Sabtu .
5 November 1994 .
Pada pukul 12.45 tengah malam .

Kedengaran tangisan seorang bayi perempuan telah dilahirkan . rambutnya yang hitam pekat . pipinya kemerah merahan . dibedung dengan kain dan merengek rengek kehausan kasih sayang .

About Amer's daughter .


my superhero . Like father like daughter . 
kami LASAK !


* grrrr tahan sejuk*


kahkah . semacam je gambar ni .


kembang kempis tahan perut orang snap gambor reramai .
malu weii maluu . agagaga.



mase umur 5 tahun rasenye . stay Labuan .

Sudah 18belastahun sudah saya hidup di atas muka bumi ini . syukur sangat :)
Terima kasih mama dan abah  kerana membesarkan Amy dengan baik . tak manjakan Amy dengan kemewahan dan mengajar Amy erti kesederhanaan . 

Pehh pehh . macam tak caya je umur dah lapan bolass . rasa macam baru semalam pakai skirt tenyeh lipstik mama sorok sorok pastu pi cium pipi abang tiri bolat tengah tidur . bahahahaha . ngokk beteii -_____-

kini tiba masanya nak wish diri sendiri .
Selamat Hari Lahir, Amy Maizura bt Amer 
(^^,)

Tetiba rasa bangga dengan nama sendiri . lain dari lain . phewww ~ eh ?

Hantu bedak sejuk .


Masa tempek tempek bedak sejuk dekat muka tadi teringat al kisah tengah malam pukul doblas bulan puasa dekat kolej itu hari . *tarik nafas*

Bolat dengan rumah jiran depan suka menggosip memalam buto sambil nempek bedak sejuk kat muka memasing dengan baju kelawar bagaii .

dua hinggit shaja tapi sangat memuaskan ! besar besar lak tuh .

Lepas tu ada seorang member bolat ni dia pakai tudung labuhhhh . budak alim la tengah melipat tudung dia yang besarr 50 bidang tuh . member cikbolat sorang lagi nama dia Elmo pi pakai tudung tu . dah laaa pakai bedak sejuk . memang seramm kott nengok muka dia .. *gambar takdak sbb takut nak ambekk*

Kemudian .

Kami berpakat nak ambil gambar dia pakai macam tu duduk tepi kereta lecturer yg merangkap sebagai felo ( warden kot ) . Memang nak tergelakk gila bila kitorang sanggup wat hal seganas ini . sampai ada yang menjeritt .

" hantuuuuuuuuuu"

member bolat(Elmo) yang jadi " hantu " tu siap buat isyarat suruh diam . haha
sbb nak snap gambar . malangnya gambar itu tak menjadi . dem - dem - dem . 

:(

tapi mmg gila la , pukul 1pgi dkat kawasan luar apartment . bulan puasa katakan . mmg tak kisah laaa berani keluar . hehe . "Geng Bedak Sejuk" laa konon konon .

nah hambeekkk gua dengan bedak sejukkk . 
kihkih . takdok kijooo


kompom 44kali mengigauu kemaingg hangpa lepas ni . muahahahahahahaha

Perasaan Malu .


 Selama tujuh belas tahun 11 bulan dan lagi 3 hari ulang tahun kelahiran bolat . banyak kemaluan yang telah bolat hadapi . sungguh tak kusangka .
malu sangat bila ingat balik .

sungguh .

Salah satu perkara perkara yang buat bolat rasa malu tersangat . dan kalau diingatkan rasa nak nanges dalam peti ais sambil tadah hingus dalam tapaweyy ikan.

ialah .

Baca entry yang lama lama dan entry yg berbunga bunga , syok sendiri , cerita pasal reban ayam , paku pakis , botol air pecah , dan lain lain .

kbaii . *tgh malu sorok muka dgn selipar jepun*

Pesanan - kaki : berhati hati menulis entry , kelak anda akan malu sendiri . bahahaha. tapi bagi bolat kejap je , esok tak malu balik . muehehehee. kata orang Malu Bertempat =)

Ditulis oleh 
Gadis Bedak Sejuk yg sdg menahan malu .