#2 Surat Berantai


Saya kene tag ! oleh budak tecik tapi bersuara besar ->> Hincik Hlovate
Beliau telah mengaum di kotak 'Luahan Mangsa Sula' . ishh ishh ishh .
Biasalah musim cuti sekolah . aktiviti contest mengontes , segmen beromen beremen juga giveaway . banyak dianjurkan . say HUYOOOOOOO .

25 Perkara Fakta tentang Cekbolat ? hermmmmmm .

1. Impian nak berjumpa dengan akak cekbolat iaitu Amy Mastura . ahaks ! *akak ? muntahh- muntah

2. Tak suka tidur siang .

3. Suka pakai mouse and hate to use tetikus .

4. Suka ketawa .

5. buat muka tak bersalah bila buat sesuatu yang salah .

6. tak suka pink tapi dikelilingi dengan barang PINK . eh ?

7. Minat HELLO KITTY. hahaha <-- boleh terima ?

8 . Dulu sekolah perempuan so aku gatal sikit dengan perempuan . haha boleh gitu ?

9. banyak baju malam dari baju keluar rumah . hewhew .

10. pemakai tegar bedak sejuk cap kak tun kedai depan .

11. pehhh banyak gila nak sampai 25 . pftttt .

12. terus berfikir .

13. suka subjek yang susah dari yang senang . dan kdg2 benda senang tak boleh solve kan . lulz

14.  dah besar tapi still pakai barangan baby .seperti losen baby , baby bath , baby shampo .eh?

15. bila tidur malam pasti ada botol air dekat sebelah . takut tengah malam terjaga dan dahaga . kehkeh

16. cerewet apabila hal yang berkaitan bilik air .

17. suka lelaki yang lebih tua 3 4 tahun . *tetiba .

18.  tak kisah kalau dimadukan <--- konon la .

19.  suka warna MERAH . mungkinlah . sebab majoriti barang warna Merah .

20.  suka bermain sambil belajar .

21. suka sejarah walaupun Sejarah SPM cuma B .

22. ape lagii nak carut niii ?

23. ehmm berfikir .

24. Hoyehhhhhhh . saya tahu !

25. okayy dah habis _ _'

Nota-Minta-Kaki : Tag aje pada sesiapa yang sudi . haha *malas* <---- kedebushhhh

Wak Gelas pengganti Tommy Pocket ?

Wak Gelas pengganti Tommy Pocket cekbolat ?  nonononono .
hakikatnya dua dua dah kahwin . kihkih .

ehem ehem . kembali pada tajuk Utama . WAK GELAS 1ST GIVEAWAY !!

Kali ni nak join contest . okayy tetiba rasa janggal pulak . sebab tetiba aku join kan . susahla cekbolat montel ni nak melibatkan diri contest mengontes ni kan . hahaks . okay okayy . cukup .

dan kali ini anjuran contest dari abang blogger cekbolat ! wahhh Wak Gelas tuu .




dan sebenarnya teringin nak tukar henpon cabok cikbolat tu . Samsung Cham *ahhhh malunyaa nak gitau* ahahaha..


Tengok tu Wallpaper mahal tuuu . gambar cekbolat mase tecik tecik . kehkeh

Sejarah henfon ni kan dah seratus kali jatuh . paling tinggi dari tingkat katil dabel deker kolej cekbolat . penah masuk longkangg plus kene siram air ketika nak ambil result sem 1 baru baru ini.

Dengan henfon ni jugak cekbolat bertwitta . tu pun Via text . hahah poor bolat . ngahahaha takpa janji boleh dengar suara mama dengan abah . hehe :)

nak harap duit dekan ? ahh entah bila dapat kan . jadi cuma menaruh harapan akan contest ini . tolonglah cekbolat ye wak *kenyit mata*

Syarat syarat nya ialah

 1. Mestilah blogger warganegara Malaysia dan menetap beralamat di   Malaysia
 2. Buat entry bertajuk "Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod" - dan biarkan entri sehingga tarikh tutup
 3. Paste Banner Di atas dalam entry itu ye (pastikan entry boleh
dikomen yee) 
4. Mesti follow blog wak (wajib), dan masukkan dalam blogroll atau bloglist kawan2 (kalau ada - optional). 
 5. Copy URL Entry yg kawan2 dah buat diblog memasing di kotak Comment Entry INI sahaja. 
 Pemenang akan dipilih secara rawak. Hanya satu hadiah utama (Secondhand iPod touch 32GB, bukan iPhone5) dan 5 hadiah saguhati.


Babai sayang *lambai lambai tangan cium pipi*

Syukur :)

Cekbolat taip entry ni dengan penuh teruja .

Hai Assalamualaikum :))

Alhamdulillah cekbolat dah sampai Port Dickson . dah berlanding landing dekat katil dabel deker yang penuh dengan masam masam pahit masin garu punkoq dan bau kan . ni nak cita ni nak cita ni ! kejadian amek slip result semester 1 tadi . hahaha *eksited siak

Okay mula mula kan .

berdebaq dalam hati ni memang tak kata la . berpeluh ketiak ni haa . dah sampai kolej cekbolat pun masuk dewan dengan tenang . menggalas beg laptop dan berbaju kurung bertudung merah  . kad matrik tali Angrybird di leher .

pandang kiri pandang kanan orang lain ade parents . tgok result sesama dengan parents . hmmmmm ayaq mata ni nak menitis . mengenangkan nasib diri . *lap air mata dari jatuh ke keyboard*

skip skip .
jadi bolat pun melangkah la ke kaunter slip peperiksaan .

Abang kaunter slip peperiksaan : Tandatangan sini sekali tarikh ye dik . nombor talipun sekali ye *k ni tipu*

cekbolat pun cecepatlah tandatangan , dalam hati sebak sebab mama dengan abah takde . nasib baik abang ni hensem . hakhak . jadi abang tu pun tanyalah lagi .

Abang kaunter : Group apa ? intake apa ?

k macam nak hempukk ja abang ni . dah sah sah dah dekat borang aku tu dah tulis . saje nak cakap dengan aku lettew . hakhak . *k meluat*

Abang kaunter : nah . tahniah dik :))

aku terpinga pinga .

cekbolat : apadiaa yang tahniah nye bang ? *sambil tahan air mata*

tutup mukaa dengan penyapuu . blushing gila weii .  jakunn siakk . hahaha sem satu je pun .




maaplah kertas terkonyok sikit . eksited sangat . hahaha *menyamah*



sayangnya subjek kegemaran Psikologi Kanak Kanak dapat B+ 
masa exam punya tampal penuh didinding nota nota macam nak pecah kepala hotakk weii .
takpala takde rezeki . bersyukur :))

Nota Minta Kaki : ingat nak jadi cikgu ni senang ke ? fuhhh satu halangan dah lepas . satu tapak yang baik :)

** bila masa waktu main kita main . bila belajar saya belajar . 
** takde nafsu nak bercinta sekarang . muahahaha boleh pakai alasan ni ?

Bye Kedah .



Tak payah nak sedih sedih sangat la kan . bukan nak pi Istanbul atau Amarika pung .

Tiga bulan cuti sampai naik beku otak . sekolah cuti dua bulan je aku cuti sem sampai tiga bulan . gila bapak bangang gila la kan otak ni . gemuk tu takyah cakap la . baju sem lepas pun dah sendat so terpaksa pi oter balik bagi besaq . hakhakhak

okay tak kelakar pun _ _'



lawa bak hangg .



Cantik kan kampung cekbolat ! *hangguk kepala lekaihhhh*

Haa ni kalau waktu pagi dalam 7-8pagi cantikk tauu view dia .
teringin nak naik basikal dengan hasben kat batas ban tu .
alaaaa jalan tepi yangg tuuu ( rujuk gambar ) . hikhik *amboii hang gataii*
Laa ni dok kalut countdown balik kolej siap tanda pangkah dekat kalender setiap kali nak tidoq .
tolak pi tolak mai tak sampai seminggu .
banyak benda nak kena buat selain melepak dekat twitter . hekhek *garu garu kepala*

Sedih tu tak terkira la nak tinggalkan Aloq Staq . tak boleh dah ahh usha abang beger jalan Langgar . dia selalu bagi mayonis lebih dengan tisu 3helai selit dalam plastik . hat tu yang mahal tu . paling sedih tahap cipanzi bontot kena sula . kahkah .

iskk iskk iskk . *lap hingus dan calit di dinding*

" masa cuti hang bosan gila . la ni nak balik kolej hang sedih macam tapir kena cubit paha kiri. adoiii gajah pulak yang terasee. hakhak . "

k aku pun tak paham _ _'

nota minta kaki : motif sebenar nak cakap pasal 'saya sedih nak tinggalkan Kedah' lulz . macam budak terencat pulak yang menulis entry ni . erkk ?


2012 Tahunku yang Cantik


Cantik . glemer , febulos , berlabuci bagai .

2012 tahunku yang cantik . ya cantik . bukan kacak . cuma hensem kekadang . eh ?
eh nak cita pasal blog ke hidup ? oyehhh mari kita korek dua dua .

2012 Hidupku yang Cantik.

Semuanya bermula apabila dapat result SPM . Meninggalkan alam persekolahan putih dan biru serta tak akan bergaduh lagi dengan pengawas sekolah yang kerek dan suka rampas kerongsang cekbolat ,selama 5tahun sekolah perempuan tetiba kekok bila dalam kelas ada lelaki . takley nak membising . kan kan ! haha

2012 juga mengajar saya erti kasih dan sayang antara dua insan jarak jauh . hanya handfhone dan gambar menemani hati  yang sunyi *ececeh*. bercinta dengan SpeakerSekolah selama 11 bulan 15hari . 4kali pertemuan yang bahagia kami diakhiri dengan perpisahan . mungkin dipisahkan sekarang . mana tahu dikemudian hari , bukan ?

2012 juga saya mendapat jemputan kenduri kawan baik saya sendiri . dan saya sendiri yang mendengar lafaz akad nikah dari mulut suaminya , alhamdulilah . Dulu kalau keluar kelas cari cikgu mesti lalu dekat kantin . almaklumlah suaminya anak tokei kantin . ahaks :p

2012 saya sedar akan abah menyayangi saya . mama cakap abah tak pernah menangis masa hantar abang atau kakak tiri di Ipt mereka . tapi abah menangis ketika pulang dari hantar saya di kolej buat pertama kalinya . dan 2012 saya dan keluarga bertambah erat . memang sangat bermakna bagi saya walaupun bagi kamu semua ini cuma perkara biasa . tapi tidak bagi saya . iskk iskk tetiba berjurai ayaq mata ni

*lap hinguihh meleleh sat , calit kat dinding . kahkah


iklan hantu gigi . sekian . *drama melayu*

2012 Blogku yang Cantik .

ahaks cantik ke blog ni ?

Mengenai blog ni . cekbolat start bloging pada bulan 7,2011 . dah setahun lebih dah blog ni bak kata blogger mana tah kalau ada anak mesti dah tumbuh gigi . hohoohh . entry menggedik je semua . yang tak menahannya ialah KEYWORDS yang masuk ke blog cekbolat ni 80% lucah . lulz -,-

hang buat lawak ka pa ? =.=

Blog cekbolat ni 90% pasal diri sendiri , keluarga dan kawan kawan . cerita mengenai hidup sendiri . susah la nak jumpa cekbolat rajin join contest dan segmen . kalau join pun biar segmen atau contest tu ada 'isi' bukan setakat tempek gambar segmen/contest pastu publish . kepada blogger yang tak suka kisah kisah cekbolat .

sila angkat kaki macam blogger tutt dan tutt . haha .
"dalam hati teriyakk mcm anak kucing mati sekoq "

sat sat !
2012 blog ni juga ada DOMAIN . Www.Cikbolat.Com .
hadiah Spm bolat yang tak seberapa dari abang blogger kesayangan saya .
dot com tu weiii . bulan 2 ni cek kena start bayaq ahh . setahun dah pakai domain .
lulz -,- *ni yg leceh wei pakai domain*

oh ya . bolat penah buat satu segmen . "10 perkara pelik tentang saya"
dari segmen tu bolat kenal erti 'baca dan komen' hehe . berak smbil bawak lappy pun hadoo . sapa la tu ye . ishh ishh *geleng kepala*

haa satu lagi CARIAN GOOGLE . " SIAPA KEKASIH CEKBOLAT? " pehhhh tetiba rasa macam ada pemes gila weiii , neelopak pun tak sensasi gini . *kipas kipas* harharhar . sila bagi penampar sekali . ni dah kenapa aku boldkan semua . nak nunjuk lettew -,- 

kau hadooo ??

ada beberapa blogger yang penah bolat jumpa seperti blogger ReenaShukri , AdilaSaddam,Choco Choco Story,dan blogger katak comel .

maka berakhirlah al kisah 2012 tahunku yang cantik lagi gojes dan menawan sperti tuan belog ini . ahak ahak ahak *ketawa gedik* <--- sila bagi penampaq lelaju !

Anjuran : encik pudin kita Syaifudin Alias .
Penaja : CikTom , Mk Syahir , Fauzi Blues , Eizil Network , Lepak.com , NurMishan , LeadFamir , Arrazi , PenMerah , PuanBee .

lama tak tempek gambar bajet control ayu ayu hensem gitew -,-
oh tolonglah . aku nak kurus . ahaks *muntah*

Nota minta kaki : tak lama lagi 2012 nak melabuhkan tirai labucinya . amboii pas nii penuhh pulak dashboard dengan entry azam tahungg baru . uhh uhh *mengigil mcm sin chan*

*gila panjang entry ni . muhun korang selera nak baca :'(

Bosan #2


"rauttt wajahh , mempersonaa , dan sesuciiii..." 
menyanyi nyanyi lagu ombak rindu .
sambil bancuh milo 3 in 1 didapur .
feeling buat ayaq untuk suami la konon konon .
padahal nak cicah biskut smbil layan astro ceria .

sunyi .
cuma saya dan adik .
terdengar pintu bilik air ditutup .
bunyi air pancut jelas kedengaran .

ku jalan dengan perlahan melintasi bilik air .
*tikk* ku tutup suis lampu .
berlari hati hati dengan balang biskut kemas dalam dakapan .
tangan kanan memegang cawan milo panas .

"aaaaaaaaaaa ! bukak laaaa" jerit adik sambil menangis ketakutan .

ku capai remote tv .
tom tom bak dah start !
sambil cicah biskut dengan milo .

hikhik ;P

Video hangguk hangguk . errr


Boring sambil menternak lemak .
Youtube lah peneman setia cekbolat .
kerja cekbolat menyubcribe vlog orang .
kadang kadang layan "konapun" kadang kadang "Nerdy Nummies"
kalau dah bosan sgt tngok Ellen Show layankan keletah Sophia Grace and Rosie .

saya ?

ehem mmg takkan ada vloglah .

Bolat nak share satu video ni .
rasanya ada yang tahu la kot .
tapi video ni buat cekbolat tertarik tgok beratus kali .
terhangguk hangguk . ahaks .

SeikoDogg ! Jyeahhhhhh .

Kevin dan Gerald mmg terbaik .


Bomm boom boom . ni video paling syiokk ah . hiks :p
jum la layan sekali . hilangkan stress .

nota - minta - kaki : tadak idea nak update blog @_@

** nasib baik layan video menan masak masak , kalau layan cerita 'cikgu suraya' ?

Saya menyesal hingga kini .


Serius saya menyesal hingga sekarang , tak tenteram sungguh rasanya .

Last puasa hari tu . kita raya hari ahad kan ?ni kejadian khamis sebelum raya .
Masa tu saya pi Terminal One, Seremban . sesaja nak pi shopping barang barang raya . kebetulan kawan saya nak balik kampung . saya temanlah dia .

Lepas shopping dekat term 1 tu ,kami bertukar haluan masing masing . sorang balik kampung sorang lagi balik kolej .

jadi .

bolat pun naik bas Seremban - Port Dickson . punyalah ramai gila berebut rebut naik bas . gesek gesek segala bau ada kan . tetambah negeri Sembilan ni banyak orang india . pahamilah apa baunya please !

tolak pi tolak mai . akhirnya dapat jugak naik dan tempat duduk . tempat second last dekat belakang !! yela tempat kat belakang ni banyak lelaki kan . seganlah sikit tapi terpaksa .

Bas pun CityLiner . alah bas kontot tuu . punyalah sendat macam tin sardin . dan sebelah cekbolat ni ada sorang apek cina tua . pakai sluar pendek bertongkatkan payung . yang membuatkan cekbolat gelisah ialah beliau BERDIRI .

korang tahukan adab bila ada orang tua ni .
kita yang muda kenalah bagi tempat duduk kan ?

tapi cekbolat duduk buat taktahu . sebab kaki sakit sangat akibat berjalan tadi . dah la puasa ! ehmmmmmmmm dalam hati kesian ada kesal pun ada . nak bangun tapi tempat sempitt . brtambah susah nanti . dengan barang2 cekbolat lagi . apakan daya , cuma berharap ada yg kasi tempat untuk apek tua tu . malangnya tak ada ! -,-

bolat buat buat tidur macam iklan budi bahasa Adlin Aman Ramli . buat buat tak nampak . dalam hati menyesal sangat .

tapi masa yang sama setan dalam hati cakap
"alahhh dia apek cina, cina mana puasa , biaq pi kat dia la , peduli apa"

dah la jalan Seremban ke Port Dickson ikut Lukut memang macam Roller Coaster . pastu driver India bawak pula macam hawaq (kurang ajar/penyamun) kesian apek tu pegang handel kuning bulat bulat (pemegang)

sampai Port Dickson . apek tu dah takda . bolat pun teruskan perjalanan 
Port Dickson - Kolej .
Tamat .

** macam ni perangai bakal cikgu ? macam ni ke BOLAT !!
**beradab lah sikit walaupun kita berlainan bangsa . kenapa hang ni !

Nota minta kaki : sedang menangis di tepi telaga berharap korang baca dengan teliti .

Luahan anak berkain Batik .

tak kan aku nak pakai kain pelekat kot ?
kang depa soh aku bersunat . namauuuu (takmahu) aih !

Dua tiga hari lepas .
sedang menyanyi nyanyi sambil menyidai kain .
ku dengar suara garau lelaki memberi salam .
oh abang Osman Posmen rupanya .

kenapa tak letak dalam peti surat merah je ?
tak nampak ke bang ? siap lekat no 8 lagi kat peti tu . kahkah .
sesaje nak kacau dan nyembang lettew kan abam posmen ni .

okay2 sambung .

Ada tertera nama cekbolat binti bulat .
eh bukan . nama betul bolat la kan .
saya teka teka . rupanya dari kolej .

ok2 paham ?

"story baru nak start ni tadi iklan"

daftar semester 2 tu pada 26.12.2012 .
kali ni bolat pi sorang sorang .
daftar semester buat pertama kali sorang sorang <--- nangis tersedu sedu .
cemana ? cemana ? *kamera difokuskan dri jauh jauh dan jauh* walamak cem filem dowh =D

abah saya kata
" buat malu anak askar je tak reti berdikari , abang hang dulu travel alone Sabah ke semenanjung okay je "

kerling ke arah mama minta dikasihankan . mama saya siap iyakan kata kata abah saya . sampainya hati takmau kawan dah . huh

Dear Abah,
tak semua anak askar manja dan berdikari .
dan lagi satu abahku sayang .
abang tu lelaki dan saya ni perempuan .
wuwuwuwuwuw *lap hingus*

kenapa harus disamakan ? kenapaaaa ? whyy ? deyy ? otokkhe ?

anak kembar cekbolat yg terpisah sekian lama -,-

saya pasrah .
saya terima .
doakan saya baik baik sahaja angkut barang okay :)
moga moga beg ubat kurus dan anak anak saya tak tertinggal .

nota - minta - kaki : orang lain pun ade bapak askar jugak tapi perlu ke sampai macam ni ? 

*tenangkan diri , tahan napas dan kentut . kbai *lambai2 tangan*


Berangan .


Bunyi riuh diluar sangat sangat menaikkan semangat .
Aku mencapai mikrofon bling bling kaler pink .
menuju ke pentas dengan bangga .

jeritan peminat peminat mengiringi langkah .
aku tersenyum melihat gelagat mereka .
Akulah DIVA . jyeahhh *sambil depakan tangan*

aku menari nari mengikut rentak musik .
terloncat loncat bagai orang gila .
menyanyi dengan spenuh hati .
bimbang akan kecewakan peminat peminat .
aku membuka jaket dan membaling ke arah peminat .

ada yang pengsan kerana terlalu eksited .
mungkin bau jaket kot ? ntah .

tiba tiba .

"tukk tukk tuk " bunyi ketukan .

" oihhh , cepat sikit mandi ! nak terkencing ni

dem . baru nak berimaginasi . *letak balik botol shampu yg kononnye mikropon*


Bantuan jarak jauh dengan TEAM VIEWER .


okayy . korang tahu tak Team View ?
hmm rasanya ada yang tahu ada yang tak .
lelaki mesti tahu kan ? mungkin lah .


haaaa . apa team view ni ??

ianya lebih kurang 'Remote Control' dalam jarak jauh .
boleh control lappy kita menggunakan lappy lain .
atau handfhone ke lappy .


haaa macam ni .
selain itu juga ,boleh file transfer dengan cepat .

Cekbolat pun baru tahu .
sebab hari tu lappy cekbolat ada problem sikit .
dan En.EhemEhem cekbolat ni dia taknak bagi arahan panjang panjang .
kesian konon kat cekbolat kena faham ayat ayat programmer ni kan .
so dia yang buat . terkejut cekbolat tengok "mouse" bergerak sendiri .
ingat hantuuu *aaaaaaaaaa <-- gitulah jeritannya .

sesuai la pada couple couple nak check lappy pakwe makwe diorang kan .
kot kot ada gambar perempuan lain or curang kan . kehkeh . saja nak suggest 
*lari sebelum dilempar kasut*

takpun nak mengajar seseorang dari jarak jauh . heeee :D
lebih kurang share screen lah . tapi ni power lagi . hohohh .
nak tahu lebih lanjut ? Google la sendirik . kehkeh .

Rajah 1


** Download TEAM VIEWER
senang je pakai Team View ni . lepas install -> buka -> letak psswrd dan id partner seperti di rajah 1 -> dah bolehh menjalajah lappy mereka . selamat mencuba !

Note-Minta-Kaki : saya dan speakersekolah dah takda apa apa :')

Perutusan Raja Sehari Farid Kamil dan pasangan .


Guess what ? guess what ?
aii dapat jemputan wedding beliau hokeyy . ahakss *sambil kipas kipas muka eksited*
pehh . dalam otak sekarang nak buat baju merlik merlik ( berkilauan ) siap ade reben besar atas kepala . ohmaigawhhhh . *bulatkan mata sambil muka eksited*

see see . wangii okayy .

Masa dapat dapat kad ni mmg lompat bintang la cekbolat . kalau getah spender putus pun tak kisah . sanggup ikat tepi . kahkah .

Ehem . sebenarnye mak sedara cekbolat yang dapat , ade dalam peti surat rumah dia sebab mak sedara cekbolat ni satu taman dengan family Farid Kamil . hewhew .  cekbolat dengan mak sedara ni memang rapat lah . anak perempuan dia pun sorang . so dia ajak mama , adek dan cekbolat join ler . nguahahahhaa . eksyen je lebih cekbolat ni =__=

btw , Farid Kamil memang jemput rakyat Kedah ni berkompol dekat Tasek Darulaman yang cantik . kebetulan ade kad jemputan ni mmg eksited sikit la nak pegi . huahua . wei sapa taknak WEDDING TEPI TASIK . aummmm *ops terCaps Lock*

sweet okay ! sweet *berdarah hidung*

Nota - Minta - kaki : cekbolat lupa yang si Farid ni anak jati Kedah . mula mula buat tak tahu je skrg kemain lagi . hohohh ^^V

** Pulun Kedah Pulun !!! <--- semangat

Download Video Youtube dgn MUDAH .


"Macam mana nak download video dari youtube tanpa pakai Download Manager yang lembap silaka itu" tanya kiah Hudson .

Cara pantas dan mudah ialah KeepVid . tapi sebelum tu pastikan korang ada "Java"
kalau tak ade jangan gelabah . masa buka KeepVid ni dia ada link download java bila first time lah . hoho .

jom kita download sama sama .

Langkah 1 : berlari ke Youtube dan search lagu apa yang hangpa suka . dan copy video URL .





Langkah 2 : Click ke KeepVid .




Langkah 3 : pastekan link video youtube tadi dan click "download" dihujung .




Langkah 4 : wait a second . dia timbul menda ni . click accept dan run




Langkah 5 : pilih mana satu yang sayang sayang sekalian suka . most video kan ?




Langkah 6 : SAVE dan download bermula !




dannnnnn lasttt ......
motif nak tunjuk lagu Harimau Malaya . hehe

Rujukan .
Download FLV 240 = Kualiti dan saiz video yg rendah .
Download FLV 360 =  kualiti dan saiz video yang sederhana .
Download FLC 480 = kualiti dan saiz video yang tinggi .
Download MP4 = Kualiti tinggi dan saiz video sederhana .
Download WebM 360 = Video paparan laman web kualiti sederhana .
Download WebM 480 = Video paparan laman web kualiti tinggi .
Download 3GP 240 = Video untuk handphone .
Download MP3 = Musik tanpa Video .

ada banyak kaedah , bagi cekbolat ini terbaik untuk manusia yg tak suka benda yang melecehkan macam saya . ia cepat dan pantas .

Nota - Minta - Kaki : cekbolat download pakai Maxthon tak pakai Google Chrome. kalau korang tak boleh pakai Google try pakai Mozilla Firefox okayy .


harap berguna , muah sikit :*