Khabar Angin .


Rasanya tak perlu kot definisi khabar angin tu apa dia . hangpa semua dah besaq dan boleh tau pun khabar angin tu apa .

Khabar angin ini merupakan berita atau khabar yang dipindahkan atau disebarkannya tanpa kesahihan cerita

Ehm ni pesen manusia dia cakap pastu cerita kat orang sebelah dengan gaya dan mimik muka yang meyakinkan serta ton suara yang jelas dan padat serta jegilan mata bagi meyakinkan orang disekelilingnya untuk mempercayai .

*baling spenda koyak*

itu dalam bentuk lisan . yang dalam bentuk ber-ilmiah melebihi satu perkataan tu jangan cerita lah . memang panjang dan serta karut mengarut tambah dengan korek taik hidung calit hujung kertas .

Sebelum tu aku tak mention sesiapa kat sini . siapa yang terasa pedas tu buat buat la ambil air minum . sat lagi dok masam muka tulis status pesbuk pulak . payah pesen manusia cepat butthurt ni . kah! kah!

Okay kita amek contoh terdekat pasal kes Lahad Datu baru baru ni . macam macam khobar berita yang gempar . "ada yang kata" tentera sulu nak main aci ligan kat kampung seberang lah, "ada yang kata" tentera Sulu ni suka makan ais kacang la . "ada yang kata" tentera sulu seluar dalam ikat tepi lah . 'ada yang kata' tentera sulu patah gigi lambung atas bumbung gigi dia lah, 'ada yang kata' cekbolat ni hensem lah . eh ? macam macam lah kalau bukak cerita ni masa makan buah pelam cicah kicap memang lagi melimpah ruah khabar angin yang tak logik pun keluar !

GlosaDah (Glosari + Kedah) : Hang - awak/kau , Hangpa - Kamu semua/awak semua/kaworang.

tapi masalahnya "ADA YANG KATA" tu siapa ?

sila tampil beri penjelasan please . tinggalkan number matrik sekali sebelah komen .

Okay tak kisah la hang mungkin cuba untuk sampaikan berita berita terkini dan kononnya hang up to date la dengan perkembangan sekarang . tapi masalahnya sahih ke tidak ?

hang tau apa KESAN pada manusia sebelah hang yang dengar tu , tak pun yang sedang menatap news feed fesbuk dia yang tengah baca status khabar angin hang tu ?

jantung pendengar tu atas dahi mungkin tahap buah pelam kena jeruk , keguguran air kencing serta rosak sistem pertumbuhan bulu kaki dia bila dengar berita khabar angin yang mendebarkan itu !

Natijahnya , kepada si polan bin haji poland atau hajah peah bnti haji Arsenal nak sampaikan berita tu sila lah ikut logik akal dan selidik dahulu . takpun Wallahualam . ini tidak,makin orang tanya dan bangkang makin besar jegilan mata hang tu . ni jenih manusia yang nak kena baling taik telinga kat mulut ni . biaq kasi rasa pahitnya tu .

Nota-minta-Kaki : aku adalah antara manusia yang ketaq bulu kaki dengar tentera sulu nak serang Melaka dan Port Dickson . Kah ! Kah ! *sumbat seluar katak dalam beg*

tu khabar angin kan ?


27 comments:

  1. hahaha kann. sometimes tu, gile over diorng punya khabar angin.

    ReplyDelete
  2. Angin mana boleh bawak khabar. So beli lah surat khabar. **maaf ter-merepek di sini

    ReplyDelete
  3. selalunya khabar angin ni menggambarkan keadaan teruk sesangat padahal masih lagi terkawal. kadang2 cakap terkawal tapi teruk rupanya....hai la siapa pembawa khabar angin ni.

    ReplyDelete
  4. kdg2..akk mls nk amek port psal khabar angin smue..msuk tlinge knan..kluar tlinge kiri..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Angin apa khabar? SIhat ke? hehe

    ReplyDelete
  6. Khabar angin ke angin khabar? Ehhh haha.
    Setuju, khabar angin ni nmpk je mcm angin sepoi2 bahasa, tapi kadang2 terlebih2 pulak.

    ReplyDelete
  7. takut tetiba kalo betul sulu nak serang melaka.....

    ReplyDelete
  8. nak serang melaka... jgn harap la..hohoho... tu la xtau nak caya mana satu.. so diamkan aje n tgok perkembangan dlam berita

    ReplyDelete
  9. hahaha
    khabar angin tu memang banyak
    sumber dari ADA ORANG CAKAP
    hahaha

    nota kaki tu memang kelakar

    ReplyDelete
  10. khabar angin tu yg kekadang buat kita hangin satu badan..... tak berasas langsung

    ReplyDelete
  11. kes ni r yg slalu tukar jd fitnah sbb xde bukti... xD

    **camne tau taik tinge pahit??
    pernah rase ea? hehehee
    tp ade plak keguguran air kencing... hahahaa... nasib baik xmandul truh xD

    ReplyDelete
  12. hahahaha. tu lah. selalunya yang mula2 kata tu kadang2 macam tak wujud..hahaha

    ReplyDelete
  13. hahaha..

    hana suka dengr khabar2 angin. best betol diorang cerita kan.. tapi nak percaya tu xla..

    ReplyDelete
  14. Apa nak takut dgn tentera Sulu, mereka pun Melayu dan beragama Islam mcm kita juga, kalau kentut pun busuk mcm kita juga dan yg lebih penting mereka juga pegang IC Malaysia (kabar angin??)

    ReplyDelete
  15. khabar angin kus kus nak dgr tak? tapi siap dengan bau skali la.. ahahha

    ReplyDelete
  16. "faiz (no matrik 103556) yg kata" cik bolat ni hensem.... hehehe

    ReplyDelete
  17. dah nama pun khabar angin..kalau dah selidik or ada kesahihan dari sumber tertentu, means itu dah xjadi khabar angin la..sebab citer tu dah sahih..hahaha

    H (no matrik AA000155)

    ReplyDelete
  18. hahaha besa r tu bolat...sabo jela...kalau boleh elakkan benda2 kabar angin kentut macam ni~

    ReplyDelete
  19. sumber sahih amatlah penting kan

    ReplyDelete
  20. "ada yang kata" tentera sulu seluar dalam ikat tepi lah...

    ayat ni sumpah lawak...hehehe...

    khabar angin tu boleh didengar,,tp x boleh terus percaya dan sebar...

    dah jadi lumrah manusia akhir zaman...lg suka dengan khabar angin berbanding fakta sebenarnya... katanya,,,khabar angin lg org nk dengar berbanding fakta..

    ReplyDelete
  21. hmmmm... mcm pelik sgt ja khabar angin ni

    ReplyDelete
  22. tambah tensen kalau khabar angin tu lagi ditokok tambah segala perasa bagi menyedapkan cerita.huhuhu

    ReplyDelete
  23. tak suka dengar khabar angin..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. kadang2 cerita asal disampaikan tu betul, tapi bila dipanjang2kan.. jadi mengarut.

    cerita asal;
    mak pegi kedai

    penyampai 1;
    mak pegi kedai tak balik2 lagi

    penyampai 2;
    mak kena kidnap!

    Apa kes la mak pegi kedai ngan mak kena kidnap!ni semua masalah penyampai yang gagal BM SPM.. cuba menunjukkan dia mampu menerangkan secara lebih details kepada orang lain

    ReplyDelete
  25. hahaha ketaq bulu kaki..lari balik kampung :p

    ReplyDelete
  26. Khabar angin ni lalu kejap je, kena puting beliung sumer kena sapu bersih....

    Huhuhu....choiii sulu nk serang melaka/pd. Dekat ngan johor tuewwww!

    ReplyDelete
  27. Ada la tu kes diskandalkan ka apa tu.. Huhu

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D