Amaran

Ada sesiapa dekat sini sukarela 'tolong' tutup suis lampu bilik air ? kita geng :)

haha

Bolat ada satu hobi atau spesifiknya tabiat suka 'menuntup lampu' bilik air tatkala ada manusia sedang bersiram didalamnya . asal lalu dapur je kalau ada orang dalam bilik air . 'tapp'. tutup lampu . dan manusia kat dalam tu mengerang ketakutan dan ada yang buat taktahu . kehkeh . tak kira ahli keluarga ataupun housemate . dari abah , mama, adik, abang . peah , kesum , batu , kucing yang duk dalam tu mesti bolat tutup lampu .

Nak dijadikan entry ..

Seminggu lepas ramai yang balik kampung halaman masing masing . jadi bapa kerat je dalam rumah bolat ni . jadi diwaktu waktu hujung minggu yang tak ada aktiviti ni maka ramailah yang buat hal sendiri . main game , online , gayut , menonggeng dan sebagainya .

Masa tu malam . pukul 12 lebih macam tu lah . bolat masuk bilik air nak ambil air sembahyang . puihh baru nak solat isya pukul 12 . kahkah . okay sambung , tak tutup pun pintu bilik air . masa tengah ambil wuduk tu tetiba lampu tertutup . bolat buat tak kisah la sebab mybe kawan kawan kut nak main main . jadi buat la taktahu . tak toleh belakang pun .

bila fikir balik ada tinggal berapa orang je housemate sebab hujung minggu ramai balik . oh mungkin lampu rosak . tapi bila tengok suis tutup ? err mungkin 'ter' tutup kut . jadi buat macam biasa . Usai je solat, nak terkencing lah terberak lah semua ada . maka masuklah sekali lagi . kali ni tertutup sekali lagi .

eh lama pulak dia tutup . dah la kita tutup pintu ni . golap den ni . tadi masa ambil wuduk takpa la sebab buka pintu . haishh . lalu ku raba raba . selesai semuanya aku pun buka la pintu dengan rakus .

pergi bilik depan diorang atas katil dah tidur . pergi bilik belakang tengah main game , memang tak ah dia nak bangun kan . bila tanya diorang cakap tak berganjak pun !

housemate cakap 'dah jangan fikirkan sangat , jangan tegur , dah tengah malam gini , mungkin dia bagi hang amaran'  kahkahkah! berdekah dia gelak .

"aku syak hang yang buat , balas dendam . gudnite"  *tutup lampu*

sumpah tidak !

okay aku insaf . Assalamualaikum *tarik selimut*

23 comments:

  1. perghhh kuat betul semangat cekbolat.. kalau ena time lampu terpadam, dah menjerit macam kne santau dah... hewhewhew...

    ena dlu selalu kacau parents ena la.. org lain tak pernah buat lg.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehee. kita geng ! hana pun suka tutp lampu, konon nk usik org la,. last2 org tu wt lek je. time kita lak, jerit cm nnmpk hantu jah~

    ReplyDelete
  3. haaaa... tu la. kenakan org lg. hehehe...

    ReplyDelete
  4. JR pun pernah kena mcm tu masa bujang2 dulu. Tapi bila pikir dlm dunia ni bukan kita saja makhluknya, tak kisahlah dia nak tutup lampu ke nak buka lampu ke. Yg penting tiada yg mai buka kain depan kita, itu dah kena report polis....

    ReplyDelete
  5. petanda dari langit tu :p

    ReplyDelete
  6. Risau pulak nanti cikgu bolat buat perangai pergi tutup lampu time student tengah uh uh.. Haish

    ReplyDelete
  7. klo btol2 ad hantu p tangkp die taw..p simpn dlm botol kicap

    ReplyDelete
  8. Tu la... Kacau orang lagi. Kan dah kena... Silalah insaf..

    ReplyDelete
  9. hahahha..kita gelakkan budak nih..kang dah kene..ekekekke


    ok tarik selimut jugak sbb tersa seremmmm .. :)

    ReplyDelete
  10. hahahaha...CiM pown suka tup tap tup tap switch lampu. biasalah bila tinggal dgn 3 jejaka idaman malaya ni, diorg suka switch on lampu kipas ekon segala bagai suis, tapi dah tak ada katntmpt kejadian wat dono jer. bazir letrik okay!

    kira CiM okay skit laa jimat karen tak mcm cik bolat, pendengki. kan dah kena!

    ReplyDelete
  11. sama mcm hubby sis.suka kacau bila sis duk dalam bilik air.huhu

    so jgn buat lagi yea,. insaf la...hahaha

    ReplyDelete
  12. kahkahkah... aku la yg tutup...
    nk nengok mcm mn hg kalau dalam gelap.... hehehe

    ReplyDelete
  13. ahahaa dlu time asrama slalu gak wat mcm tu

    ReplyDelete
  14. lain kali jerit jer.."woi sape tutup lmpu eh"..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. huhu sipakah itu
    lepas ni nk tutup lampu lgi ke x? hehe
    hana pun dah jadi rutin tutuplampu bilik air masa kat rumah.tapi pastikan xda orag dalam bilik air

    ReplyDelete
  16. aku harap amaran ni cukup kuat untuk menakutkan kau ;D

    aku suka jugak buat macam tu kat rumah hehe tapi setakat 2-3 saat je, bila orang dalam tu jerit "woii ada orang laaa" aku hidupkan lampu tu balik hehe

    kalau aku kena pulak aku lebih suka buat² cool dan tak jerit. kadang² tu sampai ke sudah lampu tak hidup, siap kunci pintu belakang rumah lagi haha

    ReplyDelete
  17. aiyokkkk.. hah.. jaga2.. ada memerhati.. =P

    ReplyDelete
  18. agaknya benda tu nengok bolat main suis tu macam seronok je..dia pon nak main sama la :)

    ReplyDelete
  19. hahahha.hamekkk kauuu! apo masalah ekau suko bona men tutup2 suiss ni

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D