Takut . Aku dan Gemuk

Assalamualaikum dan hye bloggers :)

Takut ?

Hmmmmm *tarik nafas*

Aku dah taktahu nak cakap pada siapa dan kenapa . Selalu mengenai pasal luah meluah perasaan ni bukan sape ambil peduli atau baca pun kan , cuma cakap 'sabarlah sabarlah' dan terus blah . Tapi kali ni aku bebetul rasa nak luah dan rasa nak LUAHHHH laaa !

hehe . maaf sebab panjang sikit . dan penggunaan bahasa tunggang melanggang _ _'

Pertama Takut soal hati , kekasih . Bila hidup single ni BOSAN . ya saya mengaku , bila seseorang rapat dengan saya , bergurau , ambil berat , mengusik , ya saya SUKA awak. tapi saya suka sebab saya sunyi tapi tak bermakna saya SAYANG , cinta bagai nak rak hidup semati . suka berkawan tapi kita rapat . kenapa perlu salah faham ? :/

Takut bila seseorang yang baru saya kenal saya melalui Wechat , Blog , Twitter , Fesbuk dan laman sosial yang lain lepas tu nak jumpa walaupun sebagai seorang kawan. Saya takut bila awak jumpa saya , awak semua tak suka sebab saya gemuk , dalam gambar nampak cantik kat luar tak cantik pun . YA memang korang akan kata 'nak tengok hati bukan rupa' tapi aku sendiri merasI pengalaman jumpa sehari lepas tu terus diamkan diri , sebab tu sekrang saya takut . Memang kita kawan , tapi saya takut bila awak jumpa saya awak dah taknak kawan dengan saya .

kadang kadang rasa LOSER gila sebab aku ni gemuk , aku nak kurus ! tapi mulut asyik mengunyah . tapi takboleh ke awak terima saya seadanya walaupun sebagai seorang KAWAN / SAHABAT ? tak kira lah kau lelaki ke kau perempuan . Pernah pengalaman ni jadi banyak kali dalam hidup aku . Jumpa lepas tu dua tiga hari dah hilang lama lama lost contact .Ye sebab aku taklawa , sebab aku gemuk ok aku faham . jadi timbullah SERIK !

Ada tu yang paksa paksa aku kurus . eh silaka kau ingat senang nak kurus ? sakitnya hati hanya Tuhan saja yg tahu ,

 'Aku ni hodoh sangat ke , Depa malu ke kawan dengan orang macam aku ? '.

Boleh tak aku nak jadi diri aku sendiri ? boleh tak ? biarkan aku dan terima seadanya . boleh tak ?

Pada kawan yang ada disekeliling , alhamdulillah . 'Mungkin' lah mereka suka sebab bolat ni perangai gila gila , suka benda merapu , cakap banyak . Dan mungkin ada kala berangin sikit . alah biasaaa manusia ada pasang surut emosi kan ?

Sakit hati dan seksanya jadi gemuk . Dulu masa form 2 siap kena ejek 'gemokk , gemokk'. nasib sekolah perempuan tapi aku terima . Dan sampai sekarang aku masih gemuk dan aku hidup sihat, selalu aku menangis teresak esak mngenangkan nasib diri . kdang kadang bila nak mulakan suatu hubungan aku akan fikir adakah dia akan terima aku . Itu yang aku takut,bila dia jumpa aku ,aku takut dia akan hilangkan diri dan aku ? *ambil pisau hiris lemak lemak .

wuwuwuw menitis air mata aku kt keyboard ni tetiba . tu je la aku nak luah . teruskan fake smile dan buat orang lain ketawa . itu lebih membahagiakan :)

20 comments:

  1. dearrr..jangan lah gitu..kite pom bulat tau..hehe.name timangan family adalah BONYOT..siriyes..umur dah 25 ..name bonyot tu lekat dr kecik sampai skrg..haha..chillllll

    ReplyDelete
  2. emmmmmm...cekbolat, sabar ea... (taktau nak cakap apa) ;'(

    ReplyDelete
  3. adik.. jgn pk sampai mcm tu.. yang penting kte kne yakin pada diri..YAKIN! biaq pi dorg nk kate ap...dh3..xmo sedih2 ea dik...

    ReplyDelete
  4. relak2...hidup ni penuh dugaan...harap bersabr

    ReplyDelete
  5. syg..jgn cmtu..insyaALLAH ada jodoh ada punya..

    ada yg cntik tp takde juga sapa nak..

    ada yg lama bercinta tp smpai skg tidak halalnya -- itu akk la..hihi..

    insyaALLAH..ALLAH dah tentukan yg mana trbaik kan..

    ReplyDelete
  6. sbr la ye. xde kawan, meh kita jd kawan.

    ReplyDelete
  7. Cuba elakkan mkn mlm, kalau lapar sangat, makan utk lapik perut saja. Sebelum mkn minum air kosong banyak2 bagi mematikan selera makan. Selain itu exercise secara berkala. Joging sangat baik. Ia berdasarkan pengalaman JR yg berjaya turunkan berat badan 15 kg dlm masa 3 bulan cuma dgn joging hampir setiap hari.

    Semoga Bolat selalu tabah dgn mulut laser manusia...

    ReplyDelete
  8. alosh alosh,kau kene igt mereka tu sume dengki, jellesh dgn kau.die xnak kwn dgn kau,1000 dtg bgolek nk kwn dgn kau. gemuk itu seksi oke,asalkan hati baik ;))

    ReplyDelete
  9. sabar.. ada cara nak kurus tu.

    ReplyDelete
  10. biarkan apa org nak kata.. chill bolat..kuatkan semangat taw taw!

    ReplyDelete
  11. seriusly mulut org kita xdpt nk tutup. akak yg kurus sgt pun kena peli, dlu kt skola slalu org pggil "papan" , org xrasa apa kita rasa, dorg hnya cakap ikot pndgan dorg. lgsg xpk perasaan org lain kan. sabar lah, masing2 ada kelebihan sdri :)

    ReplyDelete
  12. bolat.. janganlah macam ni. yang penting sekarang, bolat adalah seorang yang berkeyakinan tinggi. tak pernah rasa rendah diri. itu yang ada pada bolat. jadi, sentiasa positif k

    ReplyDelete
  13. sabar ok awak , lumrah dah hidup ni memang semua mcam tu .
    yg penting, be yourself ok :))

    ReplyDelete
  14. Kalau nak exercise, kena la ada partner. Macam tu baru bersemangat sikit. Tapi yang penting buat dengan gembira. Baru la menjadi dan tak rasa susah.

    ReplyDelete
  15. aku mungkin tak paham perasaan kau tapi aku rasa kita hampir sama..aku tension orang panggil aku keding..serius aku mkn bnyk sbb nak tambah isi tp malangnya tak pernah berhasil..so apa aku buat,lantak lar org nk kata apa..depa nak kawan ngan kita atau tak,pedulikan..tp bila masuk tentang hati,yea aku tau mesti kecewa bila org akan suka kita sebb luaran dulu..biasa la tu.tp who cares,just be yourself la bolat d legend.mybe kau ckp ni cliche tp hakikatnya akan ada org suka suka kau sbb kau.sbb kau seluruhnya.takde faktor lain.

    ReplyDelete
  16. ok xnak panggil kau gmuk dah..

    ReplyDelete
  17. ade yg trima kau seadanya tapi kau x pnah nak hargai pulak..acano tuh?

    ReplyDelete
  18. adikku, jgn la gitu.akak faham perasaan adik sebab akak penah jugak berisi dulu. dah la. jgn fikir byk sgt ttg org lain kata.org tak nak kat adik tu maknanya dia tak sesuai la k.

    ade jea yg berisi atau gemuk ada pasangan hidup.
    ada jodoh tak kemana k. jgn sedih2. hidup kena ceria dan positif tau tau.

    ReplyDelete
  19. bolat~ huhu sama la kita..akak pon bolat jugak. biaq depa xmaw kwn meh kita kwn dua.. yg penting jd diri bolat sendiri da cukup mnghiburkan org sekeliling dan bolat jgk rasa selesa.. :))

    ReplyDelete
  20. bolat, kita gang la, tapi dah malas nak pikir sume. lagi kita pikir lagi kita tension. lala selalu je kena macam bolat kena tu. kita kan dua2 bolat, hehe. chill la dear :)

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D