Remeh . ' Ya hayyum ya Qayyum '

Assalamualaikum :')

Hari 6 November kan ? Semua tahu hari ni mulanya SPM bagi batch '96 . Semoga dipermudahkan bagi adik-adik yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia . Bolat tengan cuti cuti semester ni . Rajin pulak rasa nak update . Jom #Throwback sat .

Oh ya sebelum tu terima kasih birthday wish semalam di twitter , fb , blog dan lain-lain :)

Teringat masa tahun 2011 bolat yang ambil SPM . Punya gementaq , stay back dekat sekolah sampai pukul 6petang , Pi sekolah awal awal pagi balik selewat lewat petang, sehari suntuk dekat sekolah , Dua bulan nak SPM baru nak stay back dengan duduk dengan kawan kawan kelas depan semata minta tolong atas kekurangan diri ini . Alhamdulillah keputusan tak dapat dijangka . walaupun biasa biasa tapi puas sebab atas titik usaha sendiri .

Masa tu solat 5 waktu tak tinggal . Semangat bangun pagi , breakfast dalam kereta nasi lemak alas dengan fail, sudu masuk dalam poket sebelum masuk kereta semata takmau terlewat bacaan Yassin pelajar tingkatan 5 setiap hari , Gigih bawak telekung sumbat dalam beg kertas nak solat jemaah zuhur dengan kawan-kawan kat surau 5 bintang sekolah . Banggalah sat sekolah menang surau 5 bintang . Hari cuti pun pi sekolah . Hahaha .

Mama pesan baca 'Ya Hayyum Ya Qayyum' selalu . Betulkan niat masa masuk pintu pagar sekolah .

alhamdulillah,iktibar,cerita,throwback

Mama selalu pesan . selalu .

Masuk kolej . Masa semester satu rajinlah ke surau . Rapat dengan akak-akak Pembina . Kalaulah diri ini istiqamah lama sikit mesti sekarang bolat dah pakai tudung labuh . Silap . Silap . Silap . Silap Diri ini menjauhkan diri dari surau . 

8 bulan menjauhkan diri . Sekejap ada sekejap tak . Apa yang mama pesan dulu masuk telinga kiri keluar telinga kanan . 

'Ya mama, kakak ingat . Ya ma . Ya ma' itu la yang bolat cakap, angguk . tapi takingat pun . Bolat anggap benda remeh . Alah macam tak ingat . senang je pun . Punya riak .
Sampailah satu masa nak lafaz 'Ya Hayyum Ya Qayyum' pun lupa ! Astaghfirullah .
Sedih . Pedih . 

Rindu saat mencapai kemanisan itu dulu . Rindu ketika menyebut rindu Rasulullah hati ini hangat mengalir air mata . Sekarang mengapa keras hati ini . Hati keras untuk mengalir airmata untuk menginsafi khilaf diri . Habis sudah kah air mata ni . Kering sudahkah hati ini .

Bacalah 1000 kali setiap hari selepas solat isyak,khasiatnya seperti ;-
  • Orang akan mematuhi kata-kata kita dan mengikut perbuatan kita.
  • Kaya dengan wang dan kebijaksanaan.
  • Kita menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan kita.
  • Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi,banjir,kemalangan,terkandas ketika pelayaran di laut.isteri terkandas, anak-anak tak menurut kata ataupun masalah perniagaan atau kewangan serta sebagainya.
  • Di hindari ditipu,diperguna dan dielakkan musuh.
  • Di sukai orang
Mungkin pembaca tahu , tapi bolat nak sampaikan jugak . memang ayatnya ringkas . tapi kalau biarkan , seperti benda remeh . agak - agak anda ?

Semoga bermanfaat =)
Bacalah selalu ya sahabat .

4 comments:

  1. Apa2 pun kalau dah ketagih, kita akan buat dan jika tercicir akan ligan sampai dapat. Mcm tu juga dgn surau, kalu dah ketagih mesti akan sampai juga ke sana bila tiba waktunya, hujan ribut pun tak kisah. Tapi bila dah mula tinggal surau, lama2 hilanglah ketagih dan kita balik ke perangai asal (catatan berdasarkan pengalaman sendiri, hehehe..)

    ReplyDelete
  2. wah besday november jugakka.. sama!

    nice info. thanks :*

    ReplyDelete
  3. nice info bolat..akak pun skang cuba2 utk berubah sikit2..

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D