Cemas .


Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam .

Mulanya ..
Mama suruh abang pi beli barang di kedai runcit berdekatan rumah. Nampak gayanya kedai-kedai kecil sekitar kampung sudah pun tutup . Abang balik rumah gegas ambil kunci kereta beliau dan start enjin . Kebetulan bolat didapur nampak abang naik kereta nak ke kedai yg agak jauh sikit di pekan Langgar . Dengan berseluar 'malam' jalur jalur baju lengan pendek rambut disanggul 'bun' cekak pokodot terus aku menerpa masuk kereta abang .

"Tak pakai tudung nak ikut buat apa" kata abang .

"Alah duk dalam keta je pun . bukan keluar lagipun tinted keta abang ni gelap sangat bukan orang nampak" balas aku . Abang mampu menggeleng dengan karenahku .

Ada jugak rasa tak sedap hati . Dahla aku pakai macam ni kalau jadi apa apa macam mana ? Dalam kereta abang mana ada tudung spare mcm tayar spare kat belakang tu .

Ahh lantak lah .

Sampai di deretan deretan kedai , abang terus pakir kereta gitu gitu je . Parking ala ala sekejap je . Bolat dalam kete tgh layan lagu . Dalam nak membetulkan seat tempat duduk yg terletaknya dibawah kusyen tetiba siku terkena gear kereta .

Arghhhhhhhhhhhhhh !

Kereta mengundur kebelakang dengan sendirinya . Alamak,kereta Autooo beb . Time tu dengan kelam kabut terus tarik handbreak tapi kereta masih berjalan ! (rupanya handbreak aku tarik setengah) terus aku ke bawah tekan pedal break dengan tangan .Dengan ilmu yg abang ajar masa belajar kereta tempoh hari . Bolat pun tolak gear ke depan . Kereta terus berhenti .

Ya berhenti tapi kat tengah jalan !!
Wuaaaaaaaaa cemana ni .

Dengan ilmu yg abang ajar masa belajar kereta tempoh hari . Bolat pun tolak gear ke depan . Fuhhh . tapi tak lega lagi ! abang pulak lambat datang . kereta belakang betul betul dekat . siap main main lampu . mulut terkumat kamit .

"mana abang ni cepatlah" 

Ikutkan nak jer tukar tempat nak drive ke depan sikit . Mana taknya kereta Honda Sivik kan panjang pastu melintang tengah jalan oih ! Cemana nihhh . Motor-motor yang lalu usha pelik ke arah aku dari cermin depan . Erkk menyesalnya tak pakai tudung >,<

Macam mana kalau masa kereta reverse kebelakang tu ada kereta ? ada moto ? ada manusia yg sedang terkedek nak ke kedai ? ada budak kecik berlarian ? ada itu ? ada ini ? takke penyet manusia tu . kalaulah ade orang kat belakang kereta masa tu mesti aku ni bertambah kelam kabut . mesti itu mesti ini .

Tapi apakan daya . aku ni mana cekap bawak kereta lagi . Kata abang kalau nak belajar kereta,pakai kereta Manual . tapi masalahnya kereta abang tu Auto . 'Orang' kata Auto tu senang . Masalahnya aku ni bendul menyendul sikit dah abang kata macam tu so takut la nak buat . Patuh arahan kenennn .

Sebaik je abang datang . Terus merembes airmata ni .

"Wuaaaa abang pasaipa lambat sangatttt" kata aku yang berpeluh peluh walaupun keadaan dalam kereta sejuk mejuk . Pastu mulalah sesi bercerita sambil teresak esak . Diam sepanjang dalam kereta .

Sampai ja rumah terus terpa mama,abah ngan tokwan yg tengah menyembang kat dapur dengan mata sembap sembap duduk bersimpuh kat mama fefeling citer hindustan gitew . Mulut terkunci masih dalam keadaan trauma giteww . Yang tukang ceritanya si abanglah .

"Blaaa.. blaa.. blaa ..Nasib baiklah dia cekap" <- ni line abang puji aku . kbai . kahkahkah

Nak tau abah kata apa ?

"Tu laa tengok lagi cerita Highland Tower tu, kan kereta bergerak sendiri " kata abah disambut gelak ketawa dari beberapa watak penting dalam hidup aku . Mama,abang,tokwan,adik .

Cis .

28 comments:

  1. Nasib baik kereta tu pandai pula berhenti, tak jalan sendiri balik rumah. Jika tidak naya abang kena tinggai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta mana tak sayang tuannya JR uih . hahaa

      Delete
  2. Dashyat betul, kalau saya tuu..dah kelaut gamoknyer..memang tak gheti langsung nak pegang stereng apetah lagi gear.. Syabas cekbolet !! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah entah ape la yg jadi ye kalau izzah klau smpai gitu skali taknak pegang pape -,- wakakaka

      Delete
  3. Lain kali kalau jadi lagi, bukak pintu, lompat je keluar hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah la sangat bernas idea kau der . kahkah

      Delete
  4. hahaha, naseb baik ad basic sikit2. kalau eda memang keta tu bejalan tnpa driver. istighfar byk2 jelaa dlm tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dapat pahala sebelum jadi apo apo

      Delete
  5. Patutnya abgbolat bedung bolat sebelum keluar kete.tangan serupa karam singh walia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa kelakar ! tangan tak boleh duduk diam . nak buat cemana . kikiki

      Delete
  6. Hahaha... Laa Cek Bolat tak reti bawak kereta lg ke?

    #independantwoman ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit . ahahahaha . baru nak belajau hanih oih

      Delete
  7. haha.. hebat cekbolat kita ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Nasib baik ada jugak ilmu bawak kereta. Kalau tidak entah apa la jadi,

    ReplyDelete
  9. eh. bru kejap td ambek cite highland tower dgn kak. hahaha :P

    ReplyDelete
  10. hahahhaha...akak gelak kat ayat abah bolat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan takut tengok citer tu terjerit jerit . sekali abah perli

      Delete
  11. haha haa kan dah kena..buat lagi.. kalo sya tu dah jerit dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tutup telinga dengan kapas klau akak jerit -,-

      Delete
  12. kena siku pun boleh terus beralih ek gear dia. gear auto kalo nak reverse/drive, bukan kena picit something dlu ke (sbg safety) baru boleh ubah gear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la . tapi mmg kene siku bolat serius kereta mngundur kebelakang .

      Delete
  13. tu la, degil.. hehehe
    dalam citer highland tower ada kereta bergerak sendiri eh? x tahu plak sbb x tengok lagi.. hheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pun dlm HT psal kete brgerak sndiri , tapi psal 'berhantu' gitu . so abah saja usik kete berjlan sndiri . hihihi

      Delete
    2. owh.. smoga dapat menjadi pengajaran.. hehehehehe

      Delete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D