Pilihan Terakhir .

Assalamualaikum .

Menghitung hari nak balik kolej . Baju korporat order semester lepas masih ketat dipinggul ni . Geleng kepala geleng kepala .

So nak sedapkan cerita , adalah beberapa hari dan minggu yang lalu aku gigihnya jogging pepetang sekitar kampung . Boleh cuci mata tengok bendang gitew . Sementara menganggur cuti sem baik aku kuruskan buang lemak lemak .

Ya . Tu si bolat yang tengah menaip ni . Bukti gua jogging . kehkeh

Maap terpaksa censored , malu aku sekalian menatap bumper yg comel .

Ya seronok jogging dalam kampung , habis semput menyemput aku dibuatnya . Entah berapa kilometer aku berlari lari anak . Tapi kalau aku sorang takdaknya nak berkilo kilometer . Hopkos jemah ditemani 'Trainer' iaitu cilok bestfriend sendiri jadi trainer . Kemain dia tarik tangan aku saat aku nak berhenti duduk kejap . kahkah

 Sekarang kami berdua tidak lagi dibenarkan pergi jogging kawasan kampung . Alasan mama dan mama trainer aku bahaya . Sebab kawasan aku jogging tu la kawasan 'Tiga beradik ditemui mati , kakaknya mati separuh bogel dan dua adiknya ditemui lemas di saluran air sawah padi' berita yang menggemparkan kita baru baru ini kan ?

Yayaya . ikutkan aku nak je jogging . ikutkan berani aku ni memang redah je tapi once BigMama say no . it means forever NO !

Disebabkan nak jogging dah takboleh . Oh bukan takboleh jogging tempat lain, tapi aku dengan bespren ni malas nak start moto merempit pi taman rekreasi . Ah bazir masa nak pergi sana baik jogging kampung sendiri best . Bendang jauh terbentang . Pemandangan sunset yang cukup indah . Mana nak dapat ? haha

So .


Lazat ? Hotak dia . Masam nak mampuih .


Ya ubat diet . ubat kurus .

Ekceli takut jugak nak guna cara Auto dari Manual .  Setakat ni minum pagi selepas sarapan dan minum sebelum tidur. 48 kali darap dua belas aku dating dengan encik 'Toilet' . Toilet cangkung ada orang aku berlari toilet duduk, Dua dua toilet penuh aku jerkah siapa dalam tandas keluar cecepat, kahkah . Asalkan boleh lepaskan sisa sisa lemak aku ni . Lemak ke ?

Sampaikan tengah mimpi sesedap pun perut terpulas pulas pukul 3 pagi . Takpa nak cantik kan ? kena lah tahan . Gua sabar . sabar . Harap harap hasilnya aku dapat pakai baju muslimah tanpa ragu ragu yg masih nampak ketat . Hahaha .

Bye :) 

29 comments:

  1. Jom ikut saya joging di Taman Rimba, putar2 keliling padang golf 6 round, lebih kurang 6 km..Tapi kena hari2 buat baru dapat hambat lemak yg menjajah tempat2 strategik tubuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .

      InsyaAllah , nanti kalau jadi bolat contact contact la Jr :)

      Delete
  2. Wehehe harap ibu bolat cepat kurus ^_^ janji dah tertutup insyaallah cantik la di mata Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha iyee la anakku sayang . insyaAllah :)

      Delete
  3. Ubat tuk buang toksik rasanya tu..hehe! jaga makan dik. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. toksik tak toksik . rasanya masam sekali

      Delete
  4. all the best bolat.. semoga jadi ramping macam kite wakakaka. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahh yela . mohon kau pinang aku lepas kurus . wakakakaaka

      Delete
  5. hahhaa, kemain heksited die makan ubat kurus bagai. kau jgn makan sebarangan, biar je lah lemak2 tuh bermaharajalela, hahah. kau kene exercise even kau makan ubat kurus, kalau tak cemen lemak tu nak pecah,hah

    ReplyDelete
  6. mehla try tradisionla je yunk..amlkan pmknn ja.takde ubt..hihi

    ReplyDelete
  7. Well, bila mak mak kata NO its mean forever no. Hehehe :)

    ReplyDelete
  8. Haha adik aku ada minum jugak mende yang ka minum tu

    ReplyDelete
  9. sya pun lama dah ni tak jogging..kurus2 pun kne joging gak utk kesihatan tapi malas betul haha

    btw sya ade jual blouse muslimah. meh la dtg blog tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr nk jogging tu lemah semangat kan . haha

      Delete
  10. awak... hati2 kat kampus nanti na.. heeee

    ReplyDelete
  11. lama gila tak singgah sini.. hehhe

    ReplyDelete
  12. singgah dan follow blog ni,,,
    follow back me okey!

    salam blogger

    ReplyDelete
  13. seronoknya jogging kat bendang...
    oh yg 3 beradik tu? memang sedih baca citer dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok la jugak . hehe . haah sedih , 3 sekali pergi :(

      Delete
  14. tgh bayang muka cik bolat minum.. eeeeee.....~~ xdpt bayang buruknya berkerut2.. hahahah

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D