Bapak .


Situasi 1
Lecturer hensem lalu sebelah .

B : bapak sir hensem gile ahh .

cekbolat : *pandang kiri kanan*

Situasi 2 
Tengah minum air traffic light .

B : bapak ah tawar gile .

cekbolat : *tinjau kepala tengok kaunter minuman*

Situasi 3
C baru melintasi meja .

B : bapak wangi ah minah ni .

cekbolat : *pandang kiri kanan lagi , depan belakang*

Situasi 4 
sedang membuat assignment .

B : bapak susah giler . 

cekbolat : *pandang kiri kanan depan belakang seolah olah mencari sesuatu*

B : kau dah kenape selalu tercari cari ni . cari sapa ?

cekbolat :  dah hang asyik sebut 'bapak bapak','bapak die' aku cari la mane 'bapak die' tu .

B : k *buka kasut*

Nota-Minta-Kaki : penjahanam bahasa , ini semua poyo .

Demam dan Tragedi .


Sakit itu cubitan sayang dari Allah .


Demam .
balik balik je dari trip dokumentari dekat Melaka terus demam .
Aummm . tapi dalam demam masih mampu untuk berjenaka .
mampu ketawa kira okay la kan ?

Tapi tengah malam tadi .
satu tragedi di kolej cekbolat .
kebakaran .

syukur alhamdulillah .
apartment blok cekbolat nyaris nyaris kena .
dah la rumah cekbolat bawah . beberapa kaki je dari tempat kebakaran .
memang kencang gila dada ni detik cemas keluar dari bilik ,

ada yang keluar berkemban .
ada yang pakai tiub je .
nasib baik cekbolat sempat tukar pakai seluar .
kalau ku keluar dengan baju kelawar tu .

tak ke malu dengan crush . heheh .



Maaf kalau ada yang tak boleh tengok . dari fesbuk ni .

Logik dan premis .


Kelas falsafah pendidikan .
Topik : cabang cabang falsafah .
8.30malam .


cekbolat : miss ! saya nak cuba bagi contoh ? *sambil angkat tangan dengan gelojoh*

Miss H : ya silakan .

Cekbolat : jika laptop adalah gadjet . gadjet ialah elektronik . maka laptop adalah elektronik .

Miss H : ya betul . blaa . blaa . blaa .

aku dah mula kembang kempis . hahahahemm astagfirullahalazim . tak baik riak .

10minit selepas itu .

Miss H : saya nak kamu semua beri satu contoh . kita mula dari depan .

sok sek sok sek classmate memikir contoh yang mahu diberikan . crush tak habis habis falsafah beliau dengan menggunakan contoh kereta . aku malas nak memikir contoh yang lain .

lalu dengan yakinnya .

cekbolat : jika laptop adalah gadjet . gadjet ialah elektronik . maka laptop ialah elektronik .

Miss H : salah . blaa . blaa blaa .

cekbolat : pftttttt @($% !

menjeling ke arah crush .
dia senyum ke arah saya .
maka saya
kembali tenang . hehe

philos + sophia = mencintai kebijaksanaan (falsafah)

Saya OKAY :)


Err . sepuluh kali fikir nak publish ke tak entry ni .
agak jiwang sikit la kan . geli pulak rasa nak menaip .
tapi sampai bila aku nak pendam weiii ! habaq sat .
nak luah kat kawan kawan seganlah . nanti depa kata cekbolat buang tebiat . kahkah

okayy aku pun ada perasaan wei _ _'

Tag abah dekat pesbuk . ngahaha sweet tak saya ?

Macam macam dugaan dekat sini .
tapi aku still senyum buat lawak hambar macam biasa .
tanpa aku dikelas . memang sunyi . kahkah .
orang pemes ginikan . ngahahahaha

macam mana bisingnya aku dekat blog ni .
sama macam dekat luar . kekadang sampai ada yang terduduk berguling guling .
waddahekk .

kira aku ni bukan ramah dialam maya sahaja . tapi realiti sama je . kehkeh .

Sebenarnya aku manusia yang tak suka menangis suka buat kering hati je .
bila aku menangis ianya pasti berkaitan hal keluarga .
tapi bila dengan kawan kawan . kena tikam belakang ke , 
kena tinggal ke dalam erti kata lain forever alone pun aku still gelak gelak .
ikut keadaan lah . kang korang cakap aku gila *memang pun*

cuma minggu pertama dan kedua ni memang hebat dugaan .
bila masuk kelas aku langkah dengan positif .
yang negatif tu tinggalkan kat luar bersama rak kasut .
kalau ikutkan hati nak karoke je dekat PD walk tu kan .
tapi masalah takkan selesai pun cuma tekanan je kurang sikit . ye dak ?

pehh ayat dah macam falsafah . boring benor . 
itu jela luahan . kahkah . harap korang faham . 

Abah satu satunya lelaki yang senang buat saya menangis . entah kenapa :')

*lambai lambai tangan*


Begitu jauh .



Pepetang usha crush main bola tampar dari atas . kehkeh . pftt~
anda nampak laut ? anda nampak spenda terbang . kehkeh perumpamaan apakah ?


View dari tingkap apartment kolej tingkat 3 .
act. rumah bolat sebelah bawah dekat dengan kafe serta koop .
nampak tak faktor kegemukkan disitu ?
orang gemuk tak boleh duduk atas . penat naik tangga .
but kenapa cikbolat di rumah atas ni ?

sebab peminat ajak datang rumah mereka .
kasi makan makan .
kehkeh .

i femes nyahhh *baling selipar*

sebenarnya dekat sini banyak kekurangan . 
tak seperti tempat belajar yang lain . 
mewah dari segala harta benda,bilik kuliah hebat hebat .
disini cuma ada kami . ada KAMI . faham ?

kahkah aku pun tak paham .

walau macam mana pun tempat ni .
jauhnya nak ke Port Dickson . 
jauhnya nak berkaroke .
jauhnya tempat nak dating .
jauhnya nak pergi beli berus jamban dekat Family Store .
jauhnya nak berovernight dekat luar .
jauhh jauhh jauhhh ..

dan lagi jauhhhhh
harapan aku untuk kurus .
pftttt~ 

healthy . kahkah
tanpa kepala . sungguh misteri . sapelah yg gemuk ni .


motif entry ? 

taknak biar tak berupdate . nampak tak betapa tak berkualitinya entry ni ?

What the CRUSH !


Group digabung kuliah .
'Crush' group B . bolat group C .
tapi kami digabungkan kelas kerana lecturer tak jumpa jalan ke kolej .
jadi ...


Crush : Amy .

Cekbolat : paddia (apa dia/kenapa) ? *sambil memandang tepat ke arah matanya yang bulat dalam hati tengah melompat lompat*

Crush : nak number boleh ?

Cekbolat : haa ?? okayy sat *mungkin psal kelas *

Crush : eh Amy !

Cekbolat : awat hang ni sabaq la aku dok tulis ni ? hang minta number kan ?

Crush : number matrik la pipi montel :) 

Cekbolat : hang pernah kena sula hidung dengan chopstik dak weiiiiii, loklaq sey (cuai) *cover malu*

padahal dalam hati 'aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kenapa awak buat begini ' okay sumpah geli

** buat apa nak cover cun nak ber-awak awak dengan crush . nanti nampak sangat aku suka kat dia . takmau aihhhhhhhhh .

sat sat aku suka cikgu matematik . bukan En.Crush lagi . kahkah . nampak tak ada perubahan disitu ? jadi sesiapa cikgu matematik sila serah jiwa dan raga pada cekbolat . bukan number matrik . huahua

k bye *lambai lambai tangan*



Dah Start dah .


Minggu pertama korang tahukan betapa busynya hidup ini . nak terkejar kesana . nak terkejar ke sini . hari pertama kuliah dah sesat cari bilik kuliah . padahal kolej ni kecik aje pun . harharhar XD

takpa . den memang suko berpoluh ni ha .

Lepass tu uolls ! ai dah bersiap punya lawa lawa . eyeliner punyaa melentik sampai ke telinga then ringtone lagu hindustan I tengok tengok kelas batal . macam tutttt je kan . *tarik nafas*


nampak tak betapa banyaknya lopong lopong tu ?

bilik kuliah dengan asrama bukan jauh pun . jalan 5minit pun dah sampai . tapi itulah kelas kadang kadang pun terlambat . nak kata ada buaya MELINTAS takde pun . buaya darat adalah . HAHA .

k tak lawak pun .

Oh ya . Assignment group bolat nanti buat dokumentari dekat MELAKA ! whoaaaa . jomm jumpak . kehkeh .

Heyyy nah gambor terbaruu . kita dah 'labuh' laa tudung ni . cekbolat pegi kelas pakai stokin woooo tak caya ? nak kene snap pic kaki ke ? haha . tapi perangaiii tu masih pfttt ~ lagi . tapaa pelan pelan kan? nak jadi cikgu kannnnnn heheh . maii nak muahh sikit .

tudung senget benget ? kesah pulak aku _ _'
janji cikgu Amy comel . haha .
lepas ni berhaboklah blog ni . *konon konon*
Muahh pipi kiri kanan . 

Nota - Minta - Kaki : sedang menghafal lagu GURU MALAYSIA . erghhhhh _ _'

*agak agak wei jodoh aku dengan pengetua sekolah tak ? haha bini no dua , tiga ? aku kan tak kesah dimadukan . cewahhhhhhhh .

Nak jugak buat entry 1 January . pfttt


Taknak taip panjang panjang . kalau boleh nak taip Happy New Year je . tapi nanti ade yang tak klimaks pulak nak membaca kan ? tak pasal je cakap cekbolat tak bagi nafkah bacaan batin . kahkah .

Okay okay .

dashboard bolat dah penuh dengan entry 2012 . azam tahun baru aku renew balik aje 'KURUSKAN BADAN' semoga dapat pakwe macam Fahrin Ahmad . yela lelaki sekarang kan memilih rupa . ketiak busuk pun takpe janji lawa kan .

ye dak ?

tulis pepanjang pun korang tetap komen 'Selamat Tahun Baruuuuu' itu aje kan . fine aku faham . berbulu aje hati ni nak publish komen . hewww~

Nota - Minta - Kaki : gambar kat ruangan 'cekbolat' tu gambar terbaru . mohon jangan tanya kenapa tak kurus lagi . makcik kafe selalu kasi nasi lebih . dia cakap bolat femes . HAHAHAHA tipuuu . booooo