dari jari ke kaki . what the fuuuuu bolat !


Pagi Jumaat nan indah . Alarm berbunyi telah ku snoozekan 10 menit . sambil meleleh air liur . bunyi bising roommate kelam kabut kelewatan bangun .

terpisat pisat cekbolat .
alamak . aku pun lewat . ku pandang bawah ada botol air bolat yang terjatuh dari katil . dalam hati

"lompat jelah . pakai tangga lambat"

dan lompat .

kaki lending atas botol air dan .

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" mengerang kesakitan yang teramat sesangap sesangat .

Okay time ni tak nangis lagi .



Berjengket lah bolat ke kelas . gara gara silap lending .

Mula pagi tu bolat jalan still boleh kover lagi . laju pulak tu . mai petang masa hantar assignment dah mula sakit sakit ngilu . balik dari hantar assignment . buka je pintu rumah . landing atas katil . buka pesbuk . youtube . twitta porntube segala jadah .

tetiba *nak klimaks ni*

menangis teresak esak macam kanak kanak laibina mengesat hingus bertakung atas bibir . meronta ronta macam orang sawan . roommate pegang kaki dengan tangan bolat macam pesakit kena rasuk . bolat siap gigit teddy bear sebab tahan sakit . nasib tak putuih tangan teddy tu !

still taknak pergi klinik ;D 
punya degil .
hari ni dah okay sikit kut . 'kut' la kan . doakan kaki saya cepat sembuh . nak mencangkung sakit oih ! haha acano nak yayak ni . agagagagaga . kalau tak surut bengkak kaki ni memang klinik la jawabnye .

sem lepas jari kena kipas entry INI . sem ni terjun katil lending atas botol air . sem seterusnya ? arghhhh

Nota-minta-kaki : takley blah menangis macam bebudak . lepas nangis terus tertidur . LOL !

Khabar Angin .


Rasanya tak perlu kot definisi khabar angin tu apa dia . hangpa semua dah besaq dan boleh tau pun khabar angin tu apa .

Khabar angin ini merupakan berita atau khabar yang dipindahkan atau disebarkannya tanpa kesahihan cerita

Ehm ni pesen manusia dia cakap pastu cerita kat orang sebelah dengan gaya dan mimik muka yang meyakinkan serta ton suara yang jelas dan padat serta jegilan mata bagi meyakinkan orang disekelilingnya untuk mempercayai .

*baling spenda koyak*

itu dalam bentuk lisan . yang dalam bentuk ber-ilmiah melebihi satu perkataan tu jangan cerita lah . memang panjang dan serta karut mengarut tambah dengan korek taik hidung calit hujung kertas .

Sebelum tu aku tak mention sesiapa kat sini . siapa yang terasa pedas tu buat buat la ambil air minum . sat lagi dok masam muka tulis status pesbuk pulak . payah pesen manusia cepat butthurt ni . kah! kah!

Okay kita amek contoh terdekat pasal kes Lahad Datu baru baru ni . macam macam khobar berita yang gempar . "ada yang kata" tentera sulu nak main aci ligan kat kampung seberang lah, "ada yang kata" tentera Sulu ni suka makan ais kacang la . "ada yang kata" tentera sulu seluar dalam ikat tepi lah . 'ada yang kata' tentera sulu patah gigi lambung atas bumbung gigi dia lah, 'ada yang kata' cekbolat ni hensem lah . eh ? macam macam lah kalau bukak cerita ni masa makan buah pelam cicah kicap memang lagi melimpah ruah khabar angin yang tak logik pun keluar !

GlosaDah (Glosari + Kedah) : Hang - awak/kau , Hangpa - Kamu semua/awak semua/kaworang.

tapi masalahnya "ADA YANG KATA" tu siapa ?

sila tampil beri penjelasan please . tinggalkan number matrik sekali sebelah komen .

Okay tak kisah la hang mungkin cuba untuk sampaikan berita berita terkini dan kononnya hang up to date la dengan perkembangan sekarang . tapi masalahnya sahih ke tidak ?

hang tau apa KESAN pada manusia sebelah hang yang dengar tu , tak pun yang sedang menatap news feed fesbuk dia yang tengah baca status khabar angin hang tu ?

jantung pendengar tu atas dahi mungkin tahap buah pelam kena jeruk , keguguran air kencing serta rosak sistem pertumbuhan bulu kaki dia bila dengar berita khabar angin yang mendebarkan itu !

Natijahnya , kepada si polan bin haji poland atau hajah peah bnti haji Arsenal nak sampaikan berita tu sila lah ikut logik akal dan selidik dahulu . takpun Wallahualam . ini tidak,makin orang tanya dan bangkang makin besar jegilan mata hang tu . ni jenih manusia yang nak kena baling taik telinga kat mulut ni . biaq kasi rasa pahitnya tu .

Nota-minta-Kaki : aku adalah antara manusia yang ketaq bulu kaki dengar tentera sulu nak serang Melaka dan Port Dickson . Kah ! Kah ! *sumbat seluar katak dalam beg*

tu khabar angin kan ?


Lewat.



Semenjak dua tiga menjak ni senang bangun subuh , tapi suka tidur lepas solat subuh dan nikmatnya tidur lepas usai solat subuh sampai susah nak bangun .

nampak tak kemalasan dan kerajinan di perenggan atas .

Hari rabu . English class .

bunyi deringan lagu dota terngiang ngiang ditepi telinga . tengah bermimpi main dota barangkali . tapi siapalah aku sebagai perempuan nak main dota . lalu terjaga dan mengangkat telefon . ohh telefon rupanya . oh sekali lagi .

Munir ( classmate ) : Amy , kenapa kau tak datang lagi ?

dengan suara lembut lagi ayu cekbolat menjawab,nasib munir ni perempuan, kalau lelaki tak ke terangkat ? ahehehem astagfirullahal azim . sambung .

bolat : aku tengah mimpi . awat ?

Munir : kelas miss Sab woii ! sekarang . miss kasi 5minit utk kau .

berderai taik taik mata . sepantas kilat terjun dari katil atas . mencapai ubat gigi dan pencuci muka .
tanpa mandi . demi Miss Sab . takpa . kelas dia sejam je .

Hari rabu .  English class . beberapa minggu kemudian .

classmate Nadia datang rumah . selalu kami pergi berdua ke kelas , memandangkan rumah diaa depan rumah bolat . kali ni dia datang fikir bolat dah siap . tapi sebaliknya . dia kejutkan bolat bangun .

terpisat pisat mata .

hmmm . aku lupa . aku snooze alarm sampai stop . tak sedar masa berlalu .

masa berlalu .

berlalu .

lalu .

kali ni aku sempat mandi . sikat rambut . pin tudung dan sarung kad matrik .

Nota-minta-kaki : nasihat disini . jangan tidur lepas solat subuh . tapi , aku buat jugak . kbai



Projek Model Tadika 10.987436juta

Assalamualaikum !
Hyeeee *lambai lambai sepanduk*
nampak tak kebongkakkan tajuk tu ? nampak benor menipu . harharhar XD
takde juta-jutanye pun _ _'

entry yang sebelum ni bolat ade tunjuk rangka model tadika kan ? 
seperti yang dijanjikan bolat dah siapkan model tadika tersebut . tapi malangnya ..


mengambil masa 4hari.

Okay model di atas ni adalah model dari rangka yang bolat tunjukkan hari tu . masa bawa ke kuliah . pelbagai halangan ditempuhi . malangnya model tadika ini roboh akibat ketidak-kuatan dindingnya .

sobs sobs T___T

maka dengan itu .
bak kata encik pedal a.k.a mr shrek - 'membazir itu amalan syaitonnn'
kami terpaksa membina model baru bagi menggantikan model kelas yang telah roboh .

disiapkan dalam masa satu hari.

Ini model baru yang lebih rapi susunannya dan lebiih kemas .tapi warna lantainya kami menggunakan warna lembut . dan dindingnya tidak begitu tidak padat seperti model lama .



cekbolat sayangkan model lama yang meriah itu . tapi apakan daya . masa takkan kembali bak kata p.ghamlee. hewhew *habis jahanam nama org tu*

lagipun yang baru meriah juga . fuhh *lap peluh*

yang terlibat dalam menjayakan projek 10juta ini ialah : bolat and the gang

Model tadika dibina mengikut konsep tokoh falsafah John Dewey . Bagi pendapat beliau kanak-kanak belajar mengikut 'Learning by Doing' dan p&p berpusatkan murid . Maka dengan itu,kami telah membina ruang permainan dan kawasan lapang untuk kanak-kanak bermain . Selain itu,penggunaan warrna juga mempengaruhi kognitif dan emosi kanak-kanak. fuhhh .

Doakan kami berjaya :)