Return .

Assalamualaikum dan Hai bloggers !

Intercity the best . ahaks *juling mata ke atas*


Malam ini saya akan naik bas pulang ke Port Dickson . maka berakhirlah 'STUDYWEEK' 
Isnin ni nak exam dah oih ! Uh tak sabar nak cuti sem . abang tiri dan ahkak tiri den nak kahwin . ekekeke .

Ehm Kenapa pilih Intercity ? sebab ada wifi ! sebab ada plug nak cas Blackberry saya yang cepat low batery ! dan paling penting dapat FREE botol air pendek dan roti sekeping ! 
hahahahahaha XD

Tapi lambat sikit lah , ala ala Kak Senah goyang kaki tekan minyak la kan .
takpa biar lambat asalkan selamat . kalau sampai Seremban pukul 4pagi tak ke haru den . Mano ado bas pukul 4 pagi ke Port Dickson yedak ?

nota - minta - kaki : Final exam ~ Final exam ~ Final exam~ harap dapat gondol dekan lagi ! yeyy

Nama dia UDIN .


Assalamualaikum , Hye Bloggers !

Bila umur mula nak berganjak ke dua puluhan ni . mulalah nak fikir tentang pasangan hidup *selak buku psikologi, hehe* betullah tu . tetambah pulak semalam 20 April 2013 sepupu cikbolat bertunang dan hari tu jugak hari Penamaan Calon . hermmm lalu ku bermadah .

" Nak kahwin , tapi calonnya tak ade . Penamaan calon pagi ni takde pula yang datang nak daftar . Kesian kerusi pelamin yang dipertandingkan kosong begitu sahaja . "

Bila sepupu (perempuan) bertunang . riuhlah rumah tok. kami sepupu yang menunggu giliran inilah jadinya :)


Lelaki berhitam manis sebelah cikbolat ni Udin , sepupu lelaki yang paling rapat dengan cikbolat . beza umur kami setahun je . Udin ni lahir bulan Ogosh ! orang bulan ogos ni kan pandai melawak . Udin sentiasa menceriakan suasana . tokwan yang garang dan jarang senyum pun ketawa dengan karenah Udin :)

Dari kecik kami memang rapat , dulu kan bolat duduk merantau ,asal balik kampung ja mana ada kawan sangat . jadi berkawanlah dengan si Puding ni . Kalau pi Bukit Kayu Hitam dia suka beli mainan bas/trailer bolat beli mainan 'masak masak' . Rindunya zaman tu ^_^

Amy Maizura Vs Shafiq Izzudin

Dari kecil sampai ke besar Gundam , Initial D , Naruto , kumpul replika bas dan trailer tu la minatnya . sampai hari tu pinjam laptop semata nak tengok menda alah ni semua . Bolat belajar main yoyo ,bayblade *lupa ejaan*, pelekat buku Digimon,Gasing , main bas bas , main tol tol , semua dengan dia , dia yang ajar semua! hahahaha XD

Omo ! saya kelihatan sangat BULATS .
:: bukan bulat tapi gemok . urghhh saya nak kuruihhhh *sambil mengunyah makanan .

Nampak apa kat badan dia ? Hahah Udin baru lepas eksiden . hampir lumpuh 50-50 . see ? kemain hepi dia berposing . doktor cakap semangat dia kuat . Haaa Udin ni suka sangat bercerita dan melawak . Sekarang dia asyik ulang skrip cerita Kak Limah siap mimik suara . tak laghat nak gelak . Udin oh Udin .

Masa Eksiden hari tu . bolat sampai ke wad dia  .

" Mak Lang, ni mangsa eksiden ka mangsa kebakaran ? rentungnya Udin ni

dan dekat atas tepi katil dia ada nama doktor pesakit katil sebelum Udin 'Mr Moganandas' . 

abang Udin (Ijam) cakap 'Takpayah tukar nama tu,memang padan dengan dia.' haha kesian dia kena bahan sebab hitam manis .

takpa Din , Hitam manis tu memikat hati , manakan tidak cik Wawa berkenan kan :)

I'm Home :)


Assalamualaikum . Hyeee bloggers !
Salam Ahad yang indah . indah . indah . indahh *bergema*

Itu Gunung Jerai

Bolat dah sampai Kedah . Pagi Jumaat sampai Aloq Setiaq pukul 5.30pagi . wuhh wuhh . angin bendang sepoi sepoi . ohh rindu . *bajet macam dok oversea* bahahaha . akhirnya sampai jugak Kedah setelah berhempas pulas gedabak gedebuk dekat port Dickson tu .

Okay . hari Khamis tu bolat ade spelling bee competition . hari tu jugak jatuh pada hari bolat nak balik ke Kedah . betapa dilemma nya . sama ada nak menang atau nak balik . Sampai Top 5 je bolat mampu bertahan . sebab jeling jam dah kena packing nak naik bas dah . kalau tunggu lama lagi perghh memang tertinggal bas la .

About tokwan . tokwan tu juri pertandingan spelling tu . dia ex-lecturer, bestt sangat lawak ! dia bagi words yang senang senang ke bolat sebab dia nak bolat masuk final . tapi bolat sengaja salahkan ejaan 'bombastik' hahaha sebab nak rush . tokwan tu tanya kenapa bolat taknak ! wuuuuuuu sedihnya T___T

takpala . bolat dah buat yang terbaik . top 5 pun dah cukup bermakna .

Next ! lupakan pasal spelling bee tu . nak buat cemana benda dah lepas kan . hewhew . okay bolat balik Kedah dengan classmate bolat . Nama dia Jia . dia kawan yang baik,ambil berat dan ehmmmmmmm rahsia . hehe .


dia sangat rock dan sangat hardcore ! jeyahhhh . haha

Dia orang Peghelih (Perlis) kitorang naik bas sekali . best lepak dengan Jia dan Aben . haha pengalaman baru ni kawan dengan depa yang rock lagi hardcore ni . oh ya gambar Aben tu takde . tak sempat nak snap . muka dia macam Randy Pangalila . hensem weh !

dan bila sampai kampung . babah told me something . tok dah tenat , pendarahan dalaman tok semakin parah . selama ni on call dengan mama dan abah depa cakap tok okay ja . tak sangka pulak tok dah tak okay . herm pray for my TOK !


tok kuat kan . tok kuat ! tok kata nak tengok cicit dri Amy kan ! hehe

Ikutkan bolat mybe balik Kedah hari Ahad . abah cakap ada emergency . tu kena cancel plan nak bercuti dekat Melaka pada Jumaat hari tu . hermm . takpalah takda rezeki . next time boleh pi lagi . Port Dickson dengan Melaka dekat je kan . heee :)

Ehm itu je la nak cerita . apa yang terjadi dan siapa . bolat tengah cuti studyweek ni dua minggu . haahaha saja balik awal seminggu . kelas banyak dah habis . cangakk apa lagi ( tunggu apa lagi ) balik lah ! kekekeke

oh ya seperkara lagi ! lupa lupa . ishhh . account twitter bolat yang lama kena HACK dan diDEACTIVE . jadi sesiapa yang hilang jejak . mai la kita buat jejak kasih . find me @HanyaNamaAmy . sedih kot account tu banyak kenangan .

bye ! 

Amaran

Ada sesiapa dekat sini sukarela 'tolong' tutup suis lampu bilik air ? kita geng :)

haha

Bolat ada satu hobi atau spesifiknya tabiat suka 'menuntup lampu' bilik air tatkala ada manusia sedang bersiram didalamnya . asal lalu dapur je kalau ada orang dalam bilik air . 'tapp'. tutup lampu . dan manusia kat dalam tu mengerang ketakutan dan ada yang buat taktahu . kehkeh . tak kira ahli keluarga ataupun housemate . dari abah , mama, adik, abang . peah , kesum , batu , kucing yang duk dalam tu mesti bolat tutup lampu .

Nak dijadikan entry ..

Seminggu lepas ramai yang balik kampung halaman masing masing . jadi bapa kerat je dalam rumah bolat ni . jadi diwaktu waktu hujung minggu yang tak ada aktiviti ni maka ramailah yang buat hal sendiri . main game , online , gayut , menonggeng dan sebagainya .

Masa tu malam . pukul 12 lebih macam tu lah . bolat masuk bilik air nak ambil air sembahyang . puihh baru nak solat isya pukul 12 . kahkah . okay sambung , tak tutup pun pintu bilik air . masa tengah ambil wuduk tu tetiba lampu tertutup . bolat buat tak kisah la sebab mybe kawan kawan kut nak main main . jadi buat la taktahu . tak toleh belakang pun .

bila fikir balik ada tinggal berapa orang je housemate sebab hujung minggu ramai balik . oh mungkin lampu rosak . tapi bila tengok suis tutup ? err mungkin 'ter' tutup kut . jadi buat macam biasa . Usai je solat, nak terkencing lah terberak lah semua ada . maka masuklah sekali lagi . kali ni tertutup sekali lagi .

eh lama pulak dia tutup . dah la kita tutup pintu ni . golap den ni . tadi masa ambil wuduk takpa la sebab buka pintu . haishh . lalu ku raba raba . selesai semuanya aku pun buka la pintu dengan rakus .

pergi bilik depan diorang atas katil dah tidur . pergi bilik belakang tengah main game , memang tak ah dia nak bangun kan . bila tanya diorang cakap tak berganjak pun !

housemate cakap 'dah jangan fikirkan sangat , jangan tegur , dah tengah malam gini , mungkin dia bagi hang amaran'  kahkahkah! berdekah dia gelak .

"aku syak hang yang buat , balas dendam . gudnite"  *tutup lampu*

sumpah tidak !

okay aku insaf . Assalamualaikum *tarik selimut*