Muzium Padi Negeri Kedah .


Dulu masa sekolah ka masa kat kolej ka kalau buat introself mesti bolat akan cakap i'm from 'the rice bowl of Malaysia' opkos la KEDAH ! Lepas tu dalam blik kuliah dengan kawan kawan negeri lain mesti pakat lawan bangga dengan negeri masing masing . bolat apa lagi 'Pulun Kedah Pulun' laa balon depa . haha

Hari Sabtu baru baru ni bolat ngan babah serta adik pi berjalan ke pesta kahwin kahwin kat Gunung Keriang,Alor Star tu . ingat syiok sangat lepas tu kami beralih ke Muzium Padi Negeri Kedah, alah bersebelahan ja . Dengan kepanasan hari tu meluap luap , jadi tergedik la nak masuk muzium sebab dalam tu hanya kerana aircond semata . 

Berbekalkan camera henset saya yang tak berapa nak lawa tu . saya pun telah menangkap beberapa keping gambar untuk tontonan anda . kehkeh


Punya over eksited , babah melepaskan dua orang anak dara dia masuk ke sini . adik saya jadi model tak bertauliah sebentar , punya terkinja nak masuk muzium .


Lepas mambayor tiket . Kami berdua berlari ke sini . Eksited gilak nak naik atas nak tengok view Negeri Kedah secara lukisan . wuhh tangga dia gelap sikit . kengkonon nak kasi suspen / suprise .

jemah tak kisah , jemah dah naik muzium ni mase jemah derjah 4 . wakaakaka


Ramai gila orang kat atas ni . almaklumlah pesta kahwin tak best mereka beralih dekat Muzium ni .






'Kak , amek gambaq aku . jangan lupa masukkan dalam blog hang tau . heheheeh' sambil buat muka kembang kuncup dia tu . *snap sambil jeling arah lain*


Tadaaaaa . Inilah view kat atas tu setelah mendaki tangga lebih kurang 2 tingkat . nampak macam betul betul ada atas gunung tengok kawasan Kedah la pulak . Dah la sejuk aircond atas tu , feeling bebetul la macam kita daki gunung tengok menda alah ni . sungguh cek oi . hahahaha :D



Antara lukisan dinding secara bulatan . kami duduk kat atas tu benda tu berpusing . benda tu ? 'benda tu' adalah lantai . lantai tu dia berpusing . err faham tak ?




Nak lagi ? Mai la tengok sendiri . Lagi puas kan  hahaha :D


Haaa disediakan kerusi untuk duduk dan menikmati pemandangan yang super duper ohsem ni . jadi tak payah susah susah nak berjalan keliling . sebab dia akan berpusing sendiri .


Setelah menikmati panorama lukisan kat atas tu . kami berdua turun ke tingkat bawah . Bahagian bawah ni ada pameran Padi la dah nama pun MUZIUM kan . Ada la alat alat untuk menuai padi dan jenama beras keluaran padi negeri Kedah DarulAman.

Hincik lombu yg henseng :D


 Mana Mesin Padi dengan Trekta mahupun Kebokta ? alaaa tak aci tak aci ! hahaha .

Jyeahh ini babah , babah penat menunggu anak daranya bergambar kat dalam tu :3

smile abah smile . hmm -_-

Hihiks . tenkiu En Abah bawak kakok dan adik berjalan . Terasa macam melancong ke Kedah pulaks . LOL

Tiket : Rm5/dewasa
Kepuasan : 3/5
Datanglah beramai ramai !

Nota Minta Kaki : cuti sekolah vs cuti semester . Adik tengah list tempat nak p berjalan LOL .

tok is nenek , nenek is tok .


Entah pasaipa malam tu tak jadi tidoq rumah maktok , masa tu dalam pkul 12 dah cium pipi tok dan lap air mata tok . Balik terus on the phone lepas tu tidoq <-- baguih punya cucu .

Punyalah nyenyak tak sedaq dah pkul 9 lbih , semua trbabas . Babah ketuk pintu bilik habaq kata maktok dah takdak , masa tu terpisat pisat bangun tidur dengan seluar katun katun rambut serabai gila . termanggu sat taktahu nak nangis ke apa . rasa tergamam .

menyesalnya aku !

time tu la mcam mcam rasa "awat aku tak tidoq rumah tok smalam , awat aku x peluk tok smlam , awat awat awat"

Sungguh ramai yang melawat tok pagi tu , sebelum tok menghembuskan nafas trakhir pun orang dah mai ziarah , aku cucu dia dok mengangkang tidoq tak sedaq apa dah .

Mandi mandi , iron baju kurung terus pi tengok tok , buka buka ja kain yang tutup muka maktok tu terus meleleh air mata laju kalah F1 woi . Bila depan mata baru rasa sedih , teresak esak la ku disitu . Sempat plak tu update twitter . haprak betei -,-

Dari pagi sampai petang tak makan , masa pi kubur tu masa tengah baca talkin . Badan dah mula lemah , badan pun nak terhuyung hayang , nasiblah bespren ai ado , kalau ai rebah kat situ malu la ai depan crush . hiks . So bespren ai terus bawa ke masjid brdekatan , x sempat nak siram :'(

Tahlil buat 3 malam sahaja , malam tahlil terakhir sebak sat , sunyi la rumah maktok lepas ni . Kesian kat tokwan dengan abang dok berdua . Abang cakap masa  arwah tok ada kalau balik kerja mesti pi mengomol maktok , dok urut urut ka apa ka . Ni maktok dah takda kadang kadang tersilap masuk bilik ingat maktok ada . hmm

Oh ya maktok bolat ni dulu guru mengaji , mninggal pun hari guru . mmg ramai la bekas anak murid dia dtg.

Sampai sekarang kat hidung ni masih terbau badan maktok . rindu :'(

Al Fatihah .

"Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak"

Assalamualaikum dan Hye bloggers !

Bukan senang aku nak join GA , Segmen or Contest sekalipun . Jarang nak ada kat blog ni . wadefuuu . wakakaka . so sadblog kan tanpa aktiviti ni ye dak ? sobss sobbss .

DiTag oleh skandel terbaru bolat . Ikhmal Malique ni . siap tendang menendang lagi . hamboih .



" Aku pun ingin bahagia walau tak terkentut didepan dia "

"kasih sayang saya pada awak umpama wiper kereta . saya sentiasa lap iman kita solat bersama dan melindungi awak "

" Cinta saya pada awak umpama bulu kaki dikaki saya , makin dicukur makin lebat "


Tag : Aina roseberry , Rara M Nasir .

Baju pengantin


1830 / 11 May 2013 .
Shahab Perdana , Alor Star .

Turun je dari bas , aku masuk ke tempat letak barang . Menarik 2 buah bagasi . Al maklumlah cuti sem balik sendiri . Babah tunggu dekat kereta bonet terbuka . Ku salam ku cium pipi babah . Sihat alhamdulillah :)

Sampai je rumah letak beg , terus ke rumah nenek tengok nenek nazak teruk . Tangan meracau racau,pipi cengkung sangat berbeza dengan 2 minggu lepas sebelum bolat balik ke nismilan cuti studyweek mase tu . Masa ambil exam hari tu sebenarnya nenek koma masuk hospital dekat seminggu , sedar je koma nenek dah tak kenal semorang . Mama tak bagitahu apa apa pun sebab takut emosi bolat terganggu masa periksa akhir. Orang datang menziarah tak henti henti . Penat :'(

Dalam pukul 11 malam baru dapat balik rumah , jumpa katil dan bantal . Mandi mandi rehatkan badan keluarkan barang barang keperluan sikit sikit . Sambil Bbm terus terlelap di katil dan TERJAGA .
Bolat buka pintu almari , ingat nak kemas baju baju dalam beg masukkan ke dalam almari , bolat nampak ternampak satu baju cantik sangat !

'ni baju pengantin lah !'

terus buka pintu laju laju panggil mama , mama cakap tu baju pengantin bolat . mama dah rancang nak kahwinkan bolat masa cuti semester dalam diam . Oih siapa calonnya ? terpinga pingott bolat disitu .

'Cubalah pakai , mama tempahkan khas untuk Amy'

Cantiknyaaa baju pengantin tu . Dress giteww . Walaupun agak kegemukkan tapi baju tu sesuai ngat ngat ! hewhew shukenyee shukenyee ~,~'

'Maaa , kenapa mama nak kahwinkan Amy secepat ni ? Siapa dia ? ' agak skema ye ayat aku disiteww .

*pintu diketuk kuat kuat tiba tiba .

"Amyyyyyyyyyy , bangun subuh !" jerit mama . LOL ! mama mmg suka ketuk pintu kuat mcm gempa bumi _ _'

mimpi rupanya , penat sangat . tidur pun rasa macam terjaga . Tu la berangan sangat nak kahwin muda ala ala Dena Bahrin giteww . Kahwin dulu baru kenal kenal dengan hincik suami . oh soweettnyaa 

Takut . Aku dan Gemuk

Assalamualaikum dan hye bloggers :)

Takut ?

Hmmmmm *tarik nafas*

Aku dah taktahu nak cakap pada siapa dan kenapa . Selalu mengenai pasal luah meluah perasaan ni bukan sape ambil peduli atau baca pun kan , cuma cakap 'sabarlah sabarlah' dan terus blah . Tapi kali ni aku bebetul rasa nak luah dan rasa nak LUAHHHH laaa !

hehe . maaf sebab panjang sikit . dan penggunaan bahasa tunggang melanggang _ _'

Pertama Takut soal hati , kekasih . Bila hidup single ni BOSAN . ya saya mengaku , bila seseorang rapat dengan saya , bergurau , ambil berat , mengusik , ya saya SUKA awak. tapi saya suka sebab saya sunyi tapi tak bermakna saya SAYANG , cinta bagai nak rak hidup semati . suka berkawan tapi kita rapat . kenapa perlu salah faham ? :/

Takut bila seseorang yang baru saya kenal saya melalui Wechat , Blog , Twitter , Fesbuk dan laman sosial yang lain lepas tu nak jumpa walaupun sebagai seorang kawan. Saya takut bila awak jumpa saya , awak semua tak suka sebab saya gemuk , dalam gambar nampak cantik kat luar tak cantik pun . YA memang korang akan kata 'nak tengok hati bukan rupa' tapi aku sendiri merasI pengalaman jumpa sehari lepas tu terus diamkan diri , sebab tu sekrang saya takut . Memang kita kawan , tapi saya takut bila awak jumpa saya awak dah taknak kawan dengan saya .

kadang kadang rasa LOSER gila sebab aku ni gemuk , aku nak kurus ! tapi mulut asyik mengunyah . tapi takboleh ke awak terima saya seadanya walaupun sebagai seorang KAWAN / SAHABAT ? tak kira lah kau lelaki ke kau perempuan . Pernah pengalaman ni jadi banyak kali dalam hidup aku . Jumpa lepas tu dua tiga hari dah hilang lama lama lost contact .Ye sebab aku taklawa , sebab aku gemuk ok aku faham . jadi timbullah SERIK !

Ada tu yang paksa paksa aku kurus . eh silaka kau ingat senang nak kurus ? sakitnya hati hanya Tuhan saja yg tahu ,

 'Aku ni hodoh sangat ke , Depa malu ke kawan dengan orang macam aku ? '.

Boleh tak aku nak jadi diri aku sendiri ? boleh tak ? biarkan aku dan terima seadanya . boleh tak ?

Pada kawan yang ada disekeliling , alhamdulillah . 'Mungkin' lah mereka suka sebab bolat ni perangai gila gila , suka benda merapu , cakap banyak . Dan mungkin ada kala berangin sikit . alah biasaaa manusia ada pasang surut emosi kan ?

Sakit hati dan seksanya jadi gemuk . Dulu masa form 2 siap kena ejek 'gemokk , gemokk'. nasib sekolah perempuan tapi aku terima . Dan sampai sekarang aku masih gemuk dan aku hidup sihat, selalu aku menangis teresak esak mngenangkan nasib diri . kdang kadang bila nak mulakan suatu hubungan aku akan fikir adakah dia akan terima aku . Itu yang aku takut,bila dia jumpa aku ,aku takut dia akan hilangkan diri dan aku ? *ambil pisau hiris lemak lemak .

wuwuwuw menitis air mata aku kt keyboard ni tetiba . tu je la aku nak luah . teruskan fake smile dan buat orang lain ketawa . itu lebih membahagiakan :)