Pulang


Esok 1045 pagi bas intercity bertolak ke Seremban . Akulah salah satu penumpangnya . Daftar semester ke 3 kali ni bolat daftar sendiri . Family tak hantar . Aku tanya abah, abah cuma jawab

'anak askar kan , berdikari sendiri la'

Macam takda alasan lain dari dulu . awat orang lain anak askar jugak . Ni bagi arahan macam Komander kalau Sarjan okay lagi . Notice board kat dapur aku tenung ja . tak puas hati k . tak puas !



 Lemahnya rasa nak packing barang . Taip entri pun curi curi sambil lipat seluar katak dalam beg . Masih lagi banyak barang yang perlu dibeli . Dan terasa serabut dan tensionn . Dengan selsema , batuk nak balik Port Dickson dalam keadaan jerebu yang dasyat ni . Abah tak kesian kat aku ke ?

"yayaya abah kesian" *hulur mask untuk persediaan hadapi Jerebu *

Oh abah sukarela pulak nak hantar 'pengantin baru' tu ke rumah baru depa . Aku ? pftttt *sumbat baju dalam beg sambil tarik muka, merajuk tak mau cakap ngan abah*

"Takpa Abah bekalkan gas pemedih mata dan doa,semoga dekan lagi ye nak"








hmmm saya okay dan saya dah besar >w<

Sambut Orang Baru .




Pagi Sabtu . 15 Jun 2013 .

"Apa abah rasa masa abang Fendy nak akad nikah ?" tanya bolat pada abah yang tengah duduk di meja batu depan rumah maktok .

" Biasa ja . Alhamdulillah " jawab abah bersahaja .

"Biasaaa je bah ? lain lain rasa ? " bolat tak puas hati . nak jugak jawapan lain !

"Lainlah kalau anak perempuan abah . rasa tak senang duduk, sayang abah ke anak anak perempuan abah lain masa akad nikah dari anak anak lelaki abah tapi semua abah sayang" abah dengan penuh perasaan sambil merenung ke arah jalan yang penuh dengan kereta .

Ooooo . Kalau anak perempuan lain la eh ? Ogos ni pulak akak bolat yang ketiga pulok nak kahwin . Abang Ngah bila nak kahwin buat kali kedua pulak ? Menduda dah lama kan ? Lepas tu Cekbolat lepas tu Adik bongsu hahah . Ish Ish . Ntah ntah bolat hujung tahun ? Haaa mana tahuu .  Jodoh kan rahsia Allah . hikhik .

Yaaa ini Pengantinnya , Abang sulung ai Ranol Effendy dan Nor Ashikin

Abang , Kak Shikin dan Boboy (anak kak ipar)

Sekarang gua jadik 'Mak Cik Amy' segera . Bahahaha okay takpe . Siap kau budak aku kerjakan . Makcik Tiri ? hah peduli hape . Bolat bukan baik sangat dengan abang sulung siap la kau budak . *muka bengis* 

wakakaka ;D

Dalam 5 orang adik beradik , bolat lah paling gemuk yang lain semua kurus kurus . lepas tu pakat bahan bolat . saya mencik semuaaaaa wuuuu !!! *tarik muncung pat belas inci setengah*

Nota-Minta-Kaki : cuti semester nak habis lagi seminggu . hmm bye bye Aloq Setaq :'(


Persiapan Perkahwinan .


Cuti semester sebulan gua sibuk . Sibuk ngat ngat . Bolat terjah aje blog blog hangpa , kdg2 saja tak tinggal komen . Komen dalam hati . hihik . Sibuk dengan persiapan perkahwinan . Tema perkahwinan dan barang hantaran bolat yang uruskan . Fuh majlis akan berlangsung seminggu lebih dari sekarang :D

Uhh tak sabarnyee itewwww .

sumber google

Tak sabar nak melaram . Majlis tak besar sangat pun hanya keluarga terdekat gitew gitew aje . Keluarga terdekat pun dah ramai rasanya penuh dua khemah ke ntah . Hahahaha . Baju pengantin dah siap . Barang hantaran pun hampir siap . Doorgift pun separa siap . Fuhh *lap peluh*

Btw bukan bolat yang kahwin . Abang sulung bolat anak abah dengan isteri beliau yang dulu senanya yang nak kahwin . Ekeekeke . Oh ya lepas je abang bolat kahwin ni ai jadi Mak Sedare 'Segera' . Dapat anak buah seorang dengan 'Segera' !!  hahahahaks . U know what I mean ?

Nota - Minta - Kaki : Tengah cari jawapan  siap siap untuk soalan 'Amy bila nak langsung?' masa kenduri nanti, ehemm . calon pun tak menentu lagi  (T^T)