'kod 19'

Assalamualaikum .

Ada apa dengan kod 19 ?
Bukan umur bolat tau . hahaha

Haaaa . seperti yang semua sedia tahu Al-Quran adalah sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan kita kerana isi kandungan nya yang begitu lengkap merangkumi pelbagai bidang sosial,ekonomi,undang-undang,sejarah dan sains, bukan ?

*Ececeh skemanya perenggan satu .

Haaa ni baru nak masuk pasal kod 19 tu .
Masa thun 1974  satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat suci Al Quran ! Dr. Rashid Khalifa ni seorang doktor Phd dlm bidang kimia . Haaa Dr. ni laa yang jumpa 'kod 19' tu .

Beliau menjumpai satu corak matematik yg seolah olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dengan nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19 . hmm ? acena tu acena tu ?

Jom usha fakta ringkas . *gaya ala ala pengacara tv kanak-kanak*
hahahaha

okay okay sambung .


  •  Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.
  • Jumlah surah dalam Al- Quran ialah 114 = 19 x 6 .
  • Jumlah ayat dalam Al Quran ialah 6346 = 19 x 334 ( 6234 ayat bernombor dan 112 ayat tidak (Bismillah) 6234 +  112 = 6346 ) perhatikan 6 + 3 + 4 + 6 =19.
  • Bismillah muncul 114 kali,walaupun hilang dari surah 9 ( ia muncul sebanyak 2 kali dlm surah  27). 114 = 19 x 6.
  •  Dari bismillah yg hilang pda surah 9 hingga ke bismillah ekstra pda surah 27 dgn tepatnya terdpat 19 surah .
  • Surah 96 pertama dlm susunan kronologi trdri drp 19 ayat .
  • Surah terakhir ( surah 10 ) trdiri drpda 19 perkataan .
  • Perkataan Allah yang muncul dlm Al Quran ialah 2698 = 19 x 142
  • Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57= 19 x 3.
  • Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dri 19 huruf.
  • Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al Quran juga 19 . 
*tutup mulut yg ternganga . Wahhh

Tapi kenapa nombor 19 ?

Beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah SWT kpd umatnya pun dikodkan dgn huruf 19 . Kejadian alam pun mnunjukkan nombor 19 ni . contoh lagi ?

Ops jangan menguap !


  • Matahari ,bulan dan bumi brada selari stiap 19tahun.
  • Komet Halley pulak melalui sistem solar kita setiap 76 thun = 19 x 4
  • Tepat tempoh mengandung pulak 266 ( 19 x 14 ) hari atau 38 minggu ( 19 x 2 ).

 Kira no 19 ni signature Allah trhdap ciptaannya la kan ? kan ?

Sebab 19 mmpunyai nilai matematik yg unik kerana no ganjil dan merupakan nombor pertama ( 1 ) dan terakhir ( 9 ) yg seolah olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermksud " Dialah yang Awal dan Yang akhir...".

 Haaa lepas tu pulak penemuan kod ni tahun 1974 (1393) thun hijrah waktu tu bermakna bilangan tahun islam dari turunnya (13 thun sblum hijrah) so 1393+13 tahun = 1406 thun . Ha pastu tgok pulak 1406 = 19 x 74 .

Kira no 19 ni dlm Quran surah ke 74 ada hubungkait 19x74 thun islam dan 1974 thun solar tak hrus diendahkan trutama no 19 hnya disebut dlm surah 74 !! *tarik nafas*

Tak mungkin satu kebetulan semua ni . Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa .

Wallahualam .  Fuhhh menaip dengan penuh tekun ! Terasa otak ni berjalan sebab fikir psal kod 19 dengan fakta fakta tu .


Klik gambar untuk SUMBER
Klik gambar untuk SUMBER

'Secantik mana pun Al'Quran yang kita ada . Kalau tak baca tak guna juga'  

Kalau terjumpa yg sebiji mcm ni, belikan satu buat saya boleh ? (^^,) hiks
Teringin juga . Semangat sikit , satu hari satu juzuk pun takpa . hehehe . 

Qasidah .


Assalamualaikum :)




Tekun membaca , terjawab sudah kenapa airmata ni susah sangat nak keluar bab-bab gini . Rujuk ENTRY sebelum ini . Kalau bab gaduh ngan pakwe boleh pulakk meleleh banjir satu kampung .

 QASIDAH .

Qasidah bukan kak rashidah mahupun kak Dah karipap jiran sebelah ye . Terpana lah kejap apa menda Qasidah ni . Macam mana dan apadia ? Pernahlah dengar berqasidah ni tapi taktahu apa menda . Dengan rasa diri ini sunggu faqir dengan ilmu google dan youtube la . Turut menyumbang kawan group ilmu dekat facebook Ukhti cahaya menerangkan mengenai Qasidah ni dan contoh beberapa video lagu qasidah :)

 Maksud Qasidah ni syair atau puji-pujian terhadap Allah SWT mahupun habibuna Rasulullah SAW . Salah satu cara meluahkan rasa rindu dan kagum terhadap Allah dan Rasulullah SAW .

Ini antara video Qasidah yang bolat tahulah . Share la yang termampu . Maaf ye :')

Ya Badrotim , ini versi Bahasa Melayu . Sayu ja rasa dengar .


Ya Hanana . Seperti sedia tahu antara kita semua , Ya Hanana mmg antara qasidah yang popular kan ? ;)


Oh ya ada hari tu ada buat MALAM CINTA RASUL kan dekat Kuala Lumpur ?
Haa ni full Qasidah . Sesuai lah kot buat 'noobers' yang baru nak mengenal Qasidah ni .


Sapa-sapew yang tahu Qasidah ni habaq mai la share la sikit dengan kita . InsyaAllah dengan Qasidah ini bertambah - tambah cinta dan rindu kita terhadap rasulullah :')

Maaf atas kekurangan . Sama sama memperbaiki . Ayuh rapatkan ukhwah .

Kalau .


Assalamualaikum .

istighfar,taubat,kalau,tulisan,ayat

Selamat hari SABTU :D

Remeh . ' Ya hayyum ya Qayyum '

Assalamualaikum :')

Hari 6 November kan ? Semua tahu hari ni mulanya SPM bagi batch '96 . Semoga dipermudahkan bagi adik-adik yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia . Bolat tengan cuti cuti semester ni . Rajin pulak rasa nak update . Jom #Throwback sat .

Oh ya sebelum tu terima kasih birthday wish semalam di twitter , fb , blog dan lain-lain :)

Teringat masa tahun 2011 bolat yang ambil SPM . Punya gementaq , stay back dekat sekolah sampai pukul 6petang , Pi sekolah awal awal pagi balik selewat lewat petang, sehari suntuk dekat sekolah , Dua bulan nak SPM baru nak stay back dengan duduk dengan kawan kawan kelas depan semata minta tolong atas kekurangan diri ini . Alhamdulillah keputusan tak dapat dijangka . walaupun biasa biasa tapi puas sebab atas titik usaha sendiri .

Masa tu solat 5 waktu tak tinggal . Semangat bangun pagi , breakfast dalam kereta nasi lemak alas dengan fail, sudu masuk dalam poket sebelum masuk kereta semata takmau terlewat bacaan Yassin pelajar tingkatan 5 setiap hari , Gigih bawak telekung sumbat dalam beg kertas nak solat jemaah zuhur dengan kawan-kawan kat surau 5 bintang sekolah . Banggalah sat sekolah menang surau 5 bintang . Hari cuti pun pi sekolah . Hahaha .

Mama pesan baca 'Ya Hayyum Ya Qayyum' selalu . Betulkan niat masa masuk pintu pagar sekolah .

alhamdulillah,iktibar,cerita,throwback

Mama selalu pesan . selalu .

Masuk kolej . Masa semester satu rajinlah ke surau . Rapat dengan akak-akak Pembina . Kalaulah diri ini istiqamah lama sikit mesti sekarang bolat dah pakai tudung labuh . Silap . Silap . Silap . Silap Diri ini menjauhkan diri dari surau . 

8 bulan menjauhkan diri . Sekejap ada sekejap tak . Apa yang mama pesan dulu masuk telinga kiri keluar telinga kanan . 

'Ya mama, kakak ingat . Ya ma . Ya ma' itu la yang bolat cakap, angguk . tapi takingat pun . Bolat anggap benda remeh . Alah macam tak ingat . senang je pun . Punya riak .
Sampailah satu masa nak lafaz 'Ya Hayyum Ya Qayyum' pun lupa ! Astaghfirullah .
Sedih . Pedih . 

Rindu saat mencapai kemanisan itu dulu . Rindu ketika menyebut rindu Rasulullah hati ini hangat mengalir air mata . Sekarang mengapa keras hati ini . Hati keras untuk mengalir airmata untuk menginsafi khilaf diri . Habis sudah kah air mata ni . Kering sudahkah hati ini .

Bacalah 1000 kali setiap hari selepas solat isyak,khasiatnya seperti ;-
  • Orang akan mematuhi kata-kata kita dan mengikut perbuatan kita.
  • Kaya dengan wang dan kebijaksanaan.
  • Kita menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan kita.
  • Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi,banjir,kemalangan,terkandas ketika pelayaran di laut.isteri terkandas, anak-anak tak menurut kata ataupun masalah perniagaan atau kewangan serta sebagainya.
  • Di hindari ditipu,diperguna dan dielakkan musuh.
  • Di sukai orang
Mungkin pembaca tahu , tapi bolat nak sampaikan jugak . memang ayatnya ringkas . tapi kalau biarkan , seperti benda remeh . agak - agak anda ?

Semoga bermanfaat =)
Bacalah selalu ya sahabat .

5 November . Awal Muharam .


"Happy Birthday to me"
"Happy Birthday to me"
"Happy Birthday to ME"
"Happy Birthday to me"


yeayyy . *tapp tutup lampu , tarik selimut . night .
Sadlife .

Tahun baru , genap 19 tahun .

Hijrah tu nampak susah .
Bila dah baru sikit okay .
tapi Istiqamah itu lebih susah dari hijrah :'(

Salam MaalHijrah .