Steady Tokwan !


Assalamualaikum . Hye peeps !

Ada kan entry sebelum ni kite cakap tokwan kite nak kahwin kan ? yayaya Alhamdulillah dah selamat diijabkabulkan pada 25 Disember baru baru ni . hiks .

Tokwan sebelum Akad nikah , brgambar dgn cucu paling banyak cakap
 Akad nikah tokwan kereta yg berlarak ke masjid hampir 14 buah bijik kereta ! Tu baru tokwan . kalah cucu dia . hmm mmm mm


Pukul doblas tengah hari dok kat masjid Sg Durian ni . Punya lama tok kadi bagi khutbah . Aku selaku jurugambar tak bertoliah dari duduk bersila,tungging tebalik . Penat tunggu !



Maktok kite berbaju putih . Die malu bergambar . Sampai hari keberapa dah jadi isteri tokwan aku takdapat snap picture depa berdua . Hmm.

Takdan kempiskan perut . awwwuuuuuu ~

Super tokwan with gegelicious !


Adik saya with Maktok . tuu la maktok kiteww . tuu laa  .


Saya dan Adik ! Sorg kuruih sorang gemoik =3


Gambar aku buat tatapan kalian . muah muah . wakaka



Yeahh . Gambar tokwan dengan maktok baru tak banyak mana . Gambar aku yg penuh sebenarnya . Selaku gegelicious penyeri majelis kan . hakhakhak ! 

"Hang kalau dapat janda hang kalah dengan tokwan" - kata tokwan pada abang sulung bolat yang sekarang yakni duda pujaan ramai .

 sebab tokwan dapat anak daraaa ! hiks

 Amboi tokwan, laa ni pakai baju masuk dalam seluar kemas dengan tali pinggang . Aku ni keja menyakat tokwan dengan maktok baru sekarang . Gelak kuk-kik-kuk-kik tengok tokwan sweet mewit . aww :3

p/s : Semester baru bermula . 2014 Please be nice to me :D

Pilihan Terakhir .

Assalamualaikum .

Menghitung hari nak balik kolej . Baju korporat order semester lepas masih ketat dipinggul ni . Geleng kepala geleng kepala .

So nak sedapkan cerita , adalah beberapa hari dan minggu yang lalu aku gigihnya jogging pepetang sekitar kampung . Boleh cuci mata tengok bendang gitew . Sementara menganggur cuti sem baik aku kuruskan buang lemak lemak .

Ya . Tu si bolat yang tengah menaip ni . Bukti gua jogging . kehkeh

Maap terpaksa censored , malu aku sekalian menatap bumper yg comel .

Ya seronok jogging dalam kampung , habis semput menyemput aku dibuatnya . Entah berapa kilometer aku berlari lari anak . Tapi kalau aku sorang takdaknya nak berkilo kilometer . Hopkos jemah ditemani 'Trainer' iaitu cilok bestfriend sendiri jadi trainer . Kemain dia tarik tangan aku saat aku nak berhenti duduk kejap . kahkah

 Sekarang kami berdua tidak lagi dibenarkan pergi jogging kawasan kampung . Alasan mama dan mama trainer aku bahaya . Sebab kawasan aku jogging tu la kawasan 'Tiga beradik ditemui mati , kakaknya mati separuh bogel dan dua adiknya ditemui lemas di saluran air sawah padi' berita yang menggemparkan kita baru baru ini kan ?

Yayaya . ikutkan aku nak je jogging . ikutkan berani aku ni memang redah je tapi once BigMama say no . it means forever NO !

Disebabkan nak jogging dah takboleh . Oh bukan takboleh jogging tempat lain, tapi aku dengan bespren ni malas nak start moto merempit pi taman rekreasi . Ah bazir masa nak pergi sana baik jogging kampung sendiri best . Bendang jauh terbentang . Pemandangan sunset yang cukup indah . Mana nak dapat ? haha

So .


Lazat ? Hotak dia . Masam nak mampuih .


Ya ubat diet . ubat kurus .

Ekceli takut jugak nak guna cara Auto dari Manual .  Setakat ni minum pagi selepas sarapan dan minum sebelum tidur. 48 kali darap dua belas aku dating dengan encik 'Toilet' . Toilet cangkung ada orang aku berlari toilet duduk, Dua dua toilet penuh aku jerkah siapa dalam tandas keluar cecepat, kahkah . Asalkan boleh lepaskan sisa sisa lemak aku ni . Lemak ke ?

Sampaikan tengah mimpi sesedap pun perut terpulas pulas pukul 3 pagi . Takpa nak cantik kan ? kena lah tahan . Gua sabar . sabar . Harap harap hasilnya aku dapat pakai baju muslimah tanpa ragu ragu yg masih nampak ketat . Hahaha .

Bye :) 

Cemas .


Kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam .

Mulanya ..
Mama suruh abang pi beli barang di kedai runcit berdekatan rumah. Nampak gayanya kedai-kedai kecil sekitar kampung sudah pun tutup . Abang balik rumah gegas ambil kunci kereta beliau dan start enjin . Kebetulan bolat didapur nampak abang naik kereta nak ke kedai yg agak jauh sikit di pekan Langgar . Dengan berseluar 'malam' jalur jalur baju lengan pendek rambut disanggul 'bun' cekak pokodot terus aku menerpa masuk kereta abang .

"Tak pakai tudung nak ikut buat apa" kata abang .

"Alah duk dalam keta je pun . bukan keluar lagipun tinted keta abang ni gelap sangat bukan orang nampak" balas aku . Abang mampu menggeleng dengan karenahku .

Ada jugak rasa tak sedap hati . Dahla aku pakai macam ni kalau jadi apa apa macam mana ? Dalam kereta abang mana ada tudung spare mcm tayar spare kat belakang tu .

Ahh lantak lah .

Sampai di deretan deretan kedai , abang terus pakir kereta gitu gitu je . Parking ala ala sekejap je . Bolat dalam kete tgh layan lagu . Dalam nak membetulkan seat tempat duduk yg terletaknya dibawah kusyen tetiba siku terkena gear kereta .

Arghhhhhhhhhhhhhh !

Kereta mengundur kebelakang dengan sendirinya . Alamak,kereta Autooo beb . Time tu dengan kelam kabut terus tarik handbreak tapi kereta masih berjalan ! (rupanya handbreak aku tarik setengah) terus aku ke bawah tekan pedal break dengan tangan .Dengan ilmu yg abang ajar masa belajar kereta tempoh hari . Bolat pun tolak gear ke depan . Kereta terus berhenti .

Ya berhenti tapi kat tengah jalan !!
Wuaaaaaaaaa cemana ni .

Dengan ilmu yg abang ajar masa belajar kereta tempoh hari . Bolat pun tolak gear ke depan . Fuhhh . tapi tak lega lagi ! abang pulak lambat datang . kereta belakang betul betul dekat . siap main main lampu . mulut terkumat kamit .

"mana abang ni cepatlah" 

Ikutkan nak jer tukar tempat nak drive ke depan sikit . Mana taknya kereta Honda Sivik kan panjang pastu melintang tengah jalan oih ! Cemana nihhh . Motor-motor yang lalu usha pelik ke arah aku dari cermin depan . Erkk menyesalnya tak pakai tudung >,<

Macam mana kalau masa kereta reverse kebelakang tu ada kereta ? ada moto ? ada manusia yg sedang terkedek nak ke kedai ? ada budak kecik berlarian ? ada itu ? ada ini ? takke penyet manusia tu . kalaulah ade orang kat belakang kereta masa tu mesti aku ni bertambah kelam kabut . mesti itu mesti ini .

Tapi apakan daya . aku ni mana cekap bawak kereta lagi . Kata abang kalau nak belajar kereta,pakai kereta Manual . tapi masalahnya kereta abang tu Auto . 'Orang' kata Auto tu senang . Masalahnya aku ni bendul menyendul sikit dah abang kata macam tu so takut la nak buat . Patuh arahan kenennn .

Sebaik je abang datang . Terus merembes airmata ni .

"Wuaaaa abang pasaipa lambat sangatttt" kata aku yang berpeluh peluh walaupun keadaan dalam kereta sejuk mejuk . Pastu mulalah sesi bercerita sambil teresak esak . Diam sepanjang dalam kereta .

Sampai ja rumah terus terpa mama,abah ngan tokwan yg tengah menyembang kat dapur dengan mata sembap sembap duduk bersimpuh kat mama fefeling citer hindustan gitew . Mulut terkunci masih dalam keadaan trauma giteww . Yang tukang ceritanya si abanglah .

"Blaaa.. blaa.. blaa ..Nasib baiklah dia cekap" <- ni line abang puji aku . kbai . kahkahkah

Nak tau abah kata apa ?

"Tu laa tengok lagi cerita Highland Tower tu, kan kereta bergerak sendiri " kata abah disambut gelak ketawa dari beberapa watak penting dalam hidup aku . Mama,abang,tokwan,adik .

Cis .