Halalkan je .


Hari tu ada emergency . Bawaklah motor aku ni pun, selagi takda emergency memang tidaklah aku nak bawak motor jejauh cari pasal . Yela aku sejak dua menjak ni gayat sikit bawak . Risau kemain dengan abang abang motor acah nak keluar simpang time gua tengah laju . k tu bukan pointnya .

Balik dari kes kecemasan tu , singgah beli kuih . Lepas beli main masuk je duit dalam beg kecik yang menyimpan purse dan hfhone aku tuh kemudian terus je bawak motor nak u-turn hujung simpang jalan sana tuh . Time nak laju duit terbang wehhh $_$

Elok ja aku u-turn jalan seberang sana ingat nak pi kutip . Aku tengok ada brader nih brhenti tepi jalan kutip duit aku weh $_$ . Pastu dia main belah je dari situ , aku pun bawaklah pelan-pelan kot dia nak kejar kasi balik ke .

aku boleh tengok dia pegi macam tu jeh ... sadis

memang lah doploh hengget je . tapi  bagi student yg tengah cuti takdak keja ni doploh hengget tu buat topup internet fhone aku sebulan pun boleh weh . nak kejar ? hmmm aku ni jenis pemalu malu kucing kalau bab duit ni . kasi halal je la, mana tau kot kot jumpa brader tu lagi jadi jodoh gua tengah single ni kan . wakakakaa :D

apa engkorang rasa bila tengok ada orang kutip duit korang pastu blah ? padahal korang ada kat situ nak pegi ambik .  apa apa apa tindakan kome sekalian ?

mmmm-kay !

Dilaporkan oleh  
Yang entah apa apa  

Tercabar .


Lately ni , abang aku suka sangat post dia masak makanan kat whatssapp aku nak habaq kata dia pandai masak . Aku sebagai adik perempuan agak tercabar sikit lah . Mama dok bising aku cuti semester takmau masak ke . kamon la mama , 'coq udang' (cucur) ja kot . Selain masak nasi , meggi dan nasi goreng diluar kepakaran aku . so talk to my hand je la mama .

Tu aku okay lagi , bila dia post kat aku dia buat mac cheese bakar . aku rasa
'hang tipu bang, hang beli' . sekali dia post video dia buat .


"mmm-kayy " .

Hari tu aku masak donut , gila gebu + lembut . tak sia sia aku call Kak Noi duk sabah mintak resepi donut lembut dan gebu macam kak noi . ehehehe , on the spot aku capai tepung buat donut tak nyempat nyempat . Homealone kot masa tu , mama tak balik lagi . seee aku terer kot *flip hair .

Bulat mcm aku . ehek !


Oh ya , tak pandai masak boleh belajar masak . bukan tak pandai untuk selamanya . ingat !
aku benci manusia yang suka perlekeh aku tak pandai masak . malas masak sbb nnti hangpa dengki . k enough .

Dahtu , sekarang ni asyik google resepi . Habis buku resepi mama dulu-dulu aku geledah kat rak buku . sambil aku faham resepi aku buka lagu Yuna - Lelaki . motif ?

Sekali tu aku buat spaghetti , aku buat sorang-sorang , aku nyanyi lagu 'Lelaki' sambil masak kuah spaghetti . rasa urban sangat . ekekekeke

"Oh lelaaakiii , tak guuuuuwuwuwnaaaaa , nak kuwuwuwu berikan semuwuwuwa "

Ralit nyanyi aku tuang tercair kuah . "oh memang tak gunaawawawa" . aku capai sos tomato maggi then masukkan segenggam gula , tabur blackpaper . Balas balik rasa masam . Aku tuang sikit atas tapak tangan buat rasa . Pehh macam chef doh . *kibas kibas angin* .

ohya ni bukan entry nak kasi resepi . spagetthi je kot . googlelah wei senang sangat .
Bukti k ana tak tifu . tututu gelang ana , ente jangan main main .
 abang : sapa lagi makan ?"
me : "haziq ngan irfan tambah tambah kot depa makan ."
 abang : "hang garang sangat, tu sebab depa makan banyak takut kena lanyak?"
me : kuajaq .

Sedap okeh , 2 orang anak jiran aku yang aku jadi babysitter tu menambah nambah . amboi riak dan takabur betul . hehe . Bukan apa , saja nak kabo aku pandai masak dari abang aku . ego k ego ! sapa tak support aku muhun gantung kain pelikat kat pintu . kehkehkeh . kata minggu ni tajuk 'Gegar Vaganza' cabar mencabar . tak kesahlah entry aku tercabar sekalipun .

Hang tau , kalau nak cari bini jangan cari yang pandai masak . cari yang RAJIN masak . macam aku . takpa asalkan laki aku tak kebuloq cari meggi sudah . kan bang ? tetiba berangan . calon pun entah kemana (habaq kata single lettew) ~~


cuba cubalah pandai puji aku siket , asyik pandai nak kondem je.
mmmm-kay bye ! :D 

Belacan ?


Cuti-cuti semester ni belek-belek Youtube nak belajar buat cupcake , kek , uli doh roti ,uli doh untuk kanak-kanak pun aku cari . almaklumler cikgu . ekekekeke.
Ntah cemana sampai dekat video 'Buku ke Belacan' . Yaa, Aku penghantu Youtube sebenarnya .

 Mengekek-ngekek aku gelak . tengok video budak ni .
Kesian pun ada kat budak tu . tapi sebenarnya aku teringat jugak .

Masa aku balik dok Kedah ni masa tu abah baru pencen dari 22melayu(22RAMD) kat Kuala Lipis .Maka dengan itu yang berlaku pada aku ialah pertukaran sekolah lagi .
Balik aloq Staq pi sekolah pakai skirt tocang dua . Masa tu darjah 2,Orang takmau kawan sebab takpakai tudung . hmmm masaaa tu naif lagi . Sobs sobs . 
Babah suka melawak . Babah buat apa ? 'makan tidoq lah' . Almaklumlah baru pencen , jadi babysitter aku lah masa tu . Kita ni budak budak melawak dengan serius mana nak tau masa tu .

Cikgu : Amy Maizura , ayah kamu kerja apa ?
Aku : Babah kerja 'makan tidoq' cikgu
Cikgu : ??? &*&$#@ 

kehkehkeh . Aku rasa masa buku latihan aku darjah 1 kat Labuan dulu lagi belacan sebab aku tertinggal buku bawah meja , senior tahun 5 kelas pagi bubuh air milo atas buku aku . lagi dajeyyy !

Itu cerita dulu . 
Kini ... 

Hari tu final exam semester . Kusyuk jawab paper buat Rancangan Mengajar . Lecturer ronda tengok Slip Exam .

En.Wea : Amy , ini slip ke belacan ?
Aku : Slip boleh belacan pun boleh . itupun kalau En.Wea dapat bezakan .

Mengekek aku dengan lecturer berdua gelak dalam dewan . 

 yaaa . ini sambal belacan . 

Okay bye ! *lambai lambai tangan* 

Misi Kucing . Cerita kucing .


Meow ~ meow ~
Ada sekor kucing dekat kafe kampus .
comel sangat, badan boleh tahan agam .
suka sangat aku pegang pipi kucing tu pastu geleng gelengkan kepala dia .
geram .
lepas tu balik rumah bersin dekat 2 hari .
merah hidung hidung . Hmmmm

Beberapa minggu lepas tu terserempak dengan kucing ni dekat depan office lecturer .
tengok kucing ni comot sangat .
kaki dia tak boleh gerak sebelah .
sedih .
jalan terjungkit jungkit .

makcik cleaner tu cakap "kucing ni tayah mandikan . nak tunggu mati je "
sedihnya .
kalau comot macam tu lagi la kucing tu sakitkan ?
Maka kami 5 sahabat bawa kucing ni dekat tempat ambik wuduk .

Nasib Ain bawa botol sabun basuh tangan yg kami 5 sahabat selalu gunakan
untuk basuh tangan dkat kafe selepas makan .
Najiha gosokkan dan sabunkan badan kucing ni .

Aku , pegang kucing ni tenangkan dia .

"shhhh jangan takut , kita mandi ye sayang" sambil usap kepala atau dagu dia . hikhik



Beberapa hari lepas tu jumpa Cik Kucing ni kat kafe .
datang kat meja duduk depan Jiha .
Cakkk .


Cik Cing ni lapar .
Jiha sponsor makan Cik Cing .
Aku belikan ikan dan nasi .
Gaul gaul sampai dak Zul perli bau ikan tangan aku . Cis .

Tengok ni . Tengok ni ! Cik Cing makan :)





Nampak sihat sikit .
Hari tu comot sangat . macam jatuh longkang pun ada .
Nak bela tapi tapi nanti aku bersin memanjang .
takpela bela dari pandangan je la kan . kehkeh

Yeyyy . misi mandikan Cik Cing dilaksanakan .
Tuu je mampu bantu dia , kaki dia ?
Harap cepat sembuh :'(




Credit :
Najiha gosokkan badan CikCing .
Ain bekalkan sabun .
Munira jurugambar . Oppo weyy . hehehe
Amy S sebagai pemerhati lalulalang .

Sekian . Dilaporkan oleh Amy M :)


toilet murah tapi mahal .

Salah satu kejadian di mall .

"Nak masuk toilet jap"

bawak 5 kupang .
masuk tandas 3 kupang .
belen 2 kupang .

jatuh dalam jamban 2 kupang .
total 5 kupang .

tak balik modal oi masuk jamban !

macam mana boleh jatuh ? gambarkan kejadian .

Menjelang terjelang dan tergejelang .


Hambar .
Hambar sehambarnya .
Baju raya kali ni takda . tak beli .
Sebelum puasa hari tu ada try baju lama yg tak pernah pakai .
Agak over la baju tu . mulut pulak pi cakap

"takmau baju raya dah la, baju ni dah ada dan tak pernah pakai lagi"

Sampai ke sudah .
Mama tak bangkitkan isu , nak beli baju raya ke dak .

" Nah duit buat beli tudung , kasut "

tapi aku beli beg . ya
handbag .

Keluar shopping , pi tengok wayang nak raya raya ni .
Barang tak beli satu hapa .
Beg duit tercicir kat mana tah , entah kenapa ayaq mata tak keluar .
Relaks katakau . orang lain yang gelabah .
Lepas berbuka dapat call dari makcik cleaner .
Alhamdulillah.

Balik muncung .
Hati seorang perempuan kan .
agak sedih sikit la baju raya tak meriah tahun ni .
takpa , bersyukur .
aku tau ada manusia nak ceramah pasal Gaza nnt .
tau dah .

Ok Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin .

JR , jemput datang rumah raya kedua .
Tinggalkan link fb ke , email ke , alamat ke .
dan pada sesiapa yang ada dekat Aloq Staq . Calling calling je la .
Jangan nak dekut sangat raya raya ni .

Loceng anak GAJAH .


'Ching .. Ching .. Ching' bunyi loceng gelang kaki .
harap maklum bukan loceng sekolah mahupun loceng kebakaran .

"dik , hang ingat comel gelang kaki ada loceng ? mula mula comel mcm anak kucing , 
   lama lama hang tau dak anoyying ?"

Arpppp . koajakk koajakk !

Wuuuuu , baru nak ek-syen gelang kaki baru kann . buat lalu depan abang adik dua tiga kali puas ! kahkah
Hmmm merajuk la sat . Sentap nok sekali dia baca ayat ni -____-

Sila tekan gambar untuk pertumbuhan besar dan sihat !



"Ingat comel macam anak kucing ? Hang tu anak GAJAH . kahkahkah" - abang saya yg dikatakan sedang merindui makanan sedut pakai straw ! tumbuk perut tu kang .
Lagipun seram dengar malam malam . kikiki

Grrr ok kena buang . Okbai !

Cut cut cut Cuti lagi !!!


Cuti semester !
tak buat apa pun .
Drawing ja tak habis habis .
Memahirkan diri dengan hobi baru .





Arpppp ..
Lukisan jari failed ! kahkahkah . muhun gelak bertenggek .
**Pakai makeup eyeshadow ataupun blusher dlm clouring pun boleh . 
So many ways to make your painting cuns !!

Ehm balik ja dri cuti sem ,
kenduri arwah maktok cukup setahun ,
tengah syok syok menolong tunjuk muka kat dapur .

"Aik cuti lagi ke , kerap balik" -cik anonymonopos !

Hello , suka hati la nak balik kampung kerap pun .
Eeeeee menyampahnya .
sekali aku bidas .

" Eh saya mmg suka balik tengok jeragat muka makcik tu,
   kolej saya suka bgi cuti saya balik jumpa makcik ni, brsyukur la sikit"

Terus senyap kena balik . 
Sem depan taknak balik wlaupun cuti seminggu .
Biarlah duduk sorang sorang kat hostel .
tu makcik makcik suka kan ? 

Eh sapa kata nak dok sorang2 ?
Balik rumah mak mertua la kt johor .
Tak best la balik asyik ngadap muka makcik makcik yg penuh jeragat tu .
wakakakakaa :D

*Mulut aku mmg pedas sikit . Tak suka ditindas tindas ni . maaf la ye .

Kucingan !


Dulu kan dalam '04-06' , arwah maktok ada bela sekor kucing ni .
Kacukan parsi . Bulu kembang ekor panjang kaler coklat putih .
Nama dia 'Rosyam Noor'
kenapa Rosyam ? Sebab dia gengster kata maktok .
Maklumlah masa tu Rosyam Noor hot gila , sana sini cekerarama muka dia .

Masa aku darjah 6 . kira thun '06 la
Aku balik kampung , aku cari Rosyam takda .
aku tengok dia tengah gaduh ngn konco konco dia kt kwasan rumah jiran .
Konon berebut kawasan la kut .
Aku pi pegang leher dia angkat . konon nk ajak balik .
Rosyam mengeram .

Sekali aku lepas terus dia 'ngap' backhand aku dekat dgn ibu jari .
Perghhh .
Dia punya 'naik minyak' sampai aku angkat tangan goyang2 kasi dia lepas
dah la berat . . last last aku jentik telinga dia baru lepas .
Balik menyonyong aku kesat air mata .
Lepas habis basuh luka , babah bwak pi klinik kawan dia .
Inject la apa lagi ! wuwuwuwu ~
Amboi uncle doktor siap bahan aku smpai skrang klau aku pi klinik dia .
cis .

Kalau dulu aku boleh cium cium pelok pelok dengan kucing .
Lepas kejadian tu aku alah dengan kucing .
acumm sana acummm sini .

Apa jadi pada Rosyam ? tokwan aku buang dia kat pasar Langgar stahun lepas tu .
Arwah Tok aku bising Rosyam kencing tak beradab .
Depan maktok kemain dia kangkang kencing dekat kusyen , kahkah padan muka .

Sampailah tahun 2013 . Hujung hujung tahun tu .
Ada sekor kucing bulu gebus , comel mai menenggek kt rumah aku .
Suara serak serak basah . Babah bagi nama Bobo .
Motif letak nama bobo ? pdahal dia betina . *if u know what my babah mean . kikiki

Selalu jugak aku tengok dia tercekik tertelan bulu sendiri .
mengekek aku gelakkan dia .
Masa cuti semester lepas , Bobo la yg paling rapat dengan aku dgn abang .
Bobo kucing pertama perliharaan keluarga aku selain hamster mati kebuluran dlu .
Kes aku lupa kasi makan , kah !

Lepas kejadian rosyam gigit aku tu .
bulat jadi alah kat kucing . bersin bersin selalu .
Takda kucing lain yg aku pegang aku tak bersin selain bobo .
See ! magic bobo ni .
Tapi lepas aku main ngn bobo , cuci tangan la .


Bulu nampak macam gemuk tapi kecik je dia . 1st time bulat mndikan dia pakai air panas . wauuu kelas kau bo . bolat rendamkan dia dalam besen . Suara ngiau kuat tapi taknak keluar dari besen . suka mandi air panas ye sayang :)



 rindu rindu rindu :)


Bobo lah kucing penyambut tetamu . kawasan dia kat luar je .
babah tak ajar dia masuk dlm rumah . kalau aku bwak masuk bobo mcm jakun .
mata liar nk jlan dlm rumah . seloq ! haha
Ada pondok kecik utk lepak petang petang tu la tempat dia .
kalau family aku balik dari pegi mana mana dia lari lari ke pagar sambut .
Selalu aku lepas turun kereta nak jalan ke pintu belakang selalu acah acah lari dengan bobo
tuu jalan dlm gmbar tu la aku lari lari ngan bobo ke pintu belakang .

Aku , adik , babah ngan abang je yg selalu main dgn bobo .
Tu kalau kami balik bobo jemput .
Kalau mama balik keja , bobo buat taktahu je kat mama .
Siap buat pandangan tak puas hati .
punya dia anti dengan mama ,
Sebab mama takmain dgn dia .  kahkah!



Last aku dengan bobo masa cuti midsem semester ni .
Sehari sebelum tu aku buat colouring dekat porch kereta .



 Hari tu bobo duduk teman kitorang sampai petang .
Main main dekat bawah meja jepun tu .
Tak sangka tu last dengan dia .
Pagi esoknya babah panggil dia nk kasi makan .
dia takda , tak pernah bobo tinggalkan kawasan rumah .

Hari tu jugak aku nak keluar dgn kwan .
jalan depan rumah terjumpa bobo tepi jalan .
mata terkeluar .
Hanya tuhan yg tahu rasanya mcm mna .
Sedih ya tuhan , hati taknak keluar nak patah balik .
tapi dah janji dengan member , dia pun pujuk keluar jugak .
Tapi air mata meleleh tak henti .

Babah tanam bobo belakang bilik aku .
Abang , babah nangis . aku taksangka babah pun boleh nangis sedih .
Pernah aku marah abang sebab nak jual bobo . teghiyakk aku .
baling barang kt abang . prnah aku marah abah jugak sbb abah nak buang bobo .
kes dia sakit muntah muntah . pastu bebel pasal makanan dia la .

Kakak bolat dengan abang ipar pun suka bobo .
Kadang kalau on the phone dgn kakak, kakak tanya bobo .
Beberapa minggu sblum bobo mati . sebenarnya bobo pregnant !
Kakak pun ada plan nk anak bobo . tapi tak kesampaian .

Aku call kakak , abg masa bobo disahkan mati .
Sedih wehhh . dulu aku selalu gelakkan orang kucing mati .
Lastly , kucing aku yg mati aku melalak :(

tapi seriusla , Bobo mcm rosyam , kaler coklat tapi rosyam badan tegap sikit .


Dalam kenangan , Bobo .
Love you .

p/s :Parut kat tangan pun ada lagi .ada 4 parut kecil . mcm Vcg kt lengan tu ,
nasib sarung cincin kahwin nnti tangan kiri , kalau kanan hmmmm .

eh kalau rindu kucing yg dah mati nak buat apa ? sedekahkan friskis kat kucing jiran ?

Music Percussion 2014



5 April .
Walaupun dah berlalu .
Nak update jugak .
Menang nombor dua dah cukup senang hati ni .
Siap tengok ulang ulang videonya . kihkih :D

Cewinya cewinya cewinya .

Berbelang weh muka aku buat natang ni .
We deserve it ! mana taknya tengah hujan kitorang berlatih .
Buat latihan kejap kena halau ngan pakcikgat botak .
eeeeee .

 Meh tengok warna warninya hari gemilang tu :D



Persembahan Group I
Group J
Group D . Group Gegels sekalian :)
Group E , Havoc gila persembahan pembukaan .
Group ni aku suka ! tema bola , semangat gila lagu FIFA 2012
Ni masa part lagu 'Ulat dan Kepompong'
My lovely dovey Group C . Simple simple je .
Tetamu cuma semester 6 ja . Semester 4 adalah dalam 400org . Konsert bertutup nih XD


Pagi sebelum masuk dewan :3


Ladies Group C dengan lecturer kesayangan Art and Music . Miss badriah . weww


Ingat dah habis ? Silap silap . mana videonya ? tapi video kitorang je la.
Sehari masa rehearsal percussion ni bolat demam , malam tu nasib sahabat kasikan Antibiotik terus tdur pkul doblas bangun layan ariana rose . kahkah
Sem ni dua kali demam maybe takdpt ubat yg ckup sbelum tu .

Alhamdulillah dapat tempat kedua walaupun props , baju biasabiasa ja .
Sebab keseragaman kami je hihi :D
Dalam video tu kalau dengar suara suara latar 'ewah' 'eh eh' 'aum' 'tatan' tu suara bolat la

Ehm cari la mek bolat dalam tu ada bahagian botol kacang dekat bahagian belakang tepi gendang tongsampah . InsyaAllah jumpa . 

*maaf video kualiti kurang . Rakaman pun pkai phone . 

Sakura Sakura


Loceng tamat sekolah berdering .
Kelas sejarah waktu akhir sangat bosan !
Pantas berkemas pulang .
Terkedek melintasi pondok pakgat .
Melambai arah classmate tengah beratur beli keropok lekor van bergerak depan sekolah .

Teruskan perjalanan ke seberang jalan .
Menunggu bas MaraLiner .
Batu dua,Jalan Langgar .
Dibawah pohon sakura .
Buku teks kemas dipinggang .

Bunga berguguran .
Penuh bunga atas buku teks yg aku pegang .
Macam winter pun hado .

"Amy , hang melamun apa . Bas dah sampai lo" sergah Zhe Rou budak cina kelas sebelah .

Peluang naik bas la cuci mata sikit .
Yela sekolah perempuan semua berkain biru je .
Bosan .
Nak tengok En.Crush seluar hijau pulak .

kadang kadang lah . Ehm rindu zaman sekolah :')





Minggu depan balik Aloq Setaq !
nak main main sakuraaaa . hihi
yeyeyey . Percussion Band dah habis .
nnt balik kampung bolat update youtube dgn entry psal Percussion Band .
Sini wifi lembab noharom nomampos .

Oh ya , kelas bolat dapat no 2 pertandingan Music Percussion tu . hihi
tak sia sia muka aku berbelang hitam  .

Irama dan lagu


Semester ini .
Penat lebih dengan subjek Art and Music .
Mula sem banyak Art . itu la ini la setiap minggu buat Alat Bantuan Mengajar .
Until money runs out bak kata babah .
Ok .

Tengah tengah dan nak sampai penghujung ni .
dah start dengan Music .
Mula dengan lagu lagu biasa . medley kekonon .
Minggu ke minggu lagu koir  , koir tepuk berirama, choral speaking
dan lastly Percussion Band .
Instrument semua dari bahan terbuang ape ke menda tah .
Sampai patah besi palang katil buat ketuk tong sampah untuk hasilkan bunyi .

Aku and the gang botol kacang .
"kechi - kechu - kechi - kechu" bunyi botol kacang menghangatkan lagu .
Tema semua lagu kanak-kanak .
Gubah lagu . taknak lagu asal .
Hindustan , china dolls ?
Semua bedal . Asalkan gubah .

Baru aku tahu hasil gubah lagu sendiri .
dan betapa nilainya dan sayang serta semangat bila orang suka lagu kita kan ?
Rentak .
ade group lain cuba ciplak ,
Lagu group lain pun depa ciplak . Amboi .
Sejibik wuuuuu .
Sakit hati duhhhhh .
Kita penat perah otak . turun padang .
Depa senang kangkang dok ciplak lagu orang .

Takpa .
Aku tunggu hari persembahan semua group Percussion Band .
Aku nak 'boo' group mana yg ciplak .
Peduli apa .
Buat palo sendiri .
suara manja aku  kemana hilang , habis aku mengaum . *suara dah la kuat nokrom
kang gegau dewan kang .
siap kau *sinti lengan


 Eceh .

# Kalau sempat renew domain . sempatlah . kalau tak sempat tengoklah bebila kalau poket penuh , Tu pun kalau hangpa semua rindu saya . kbai . muwah muwah . 

Kemaghauu :3

Kemarau .
Ayaq tasik depan hostel aku ni pun dah kering .
Dari kulit plawlessshhh aku putih pak pak terus jadi tam tam ade jerawat :3
eeeeeeee gelinyaaa dengar . hakhakhak .
ramai tegoq aku dah hitam lecturer pun cakap aku hitam  - ..-
*bajet mcm putih gila nokrom .
ehem pakai lah collegen pluss youlsss :D

Kemarau .
tasik depan kering . sengaja aku ulang .
aku tiap2 hari beli mineral botoi besaq sibijijk dua ghinggit .
bukan nak tuang kat tasik tu . tapi minum sndiri .
bibir pun kering . pakai lipbalm cepat jaa kering . loh ?
Sampai Demam , panas sangat .
Call abah .
konon nak ngadu . aiceh .

"Abah . kakak demam "

"Tangan ok dak ?" tanya abah

"Ok , awat pulak ngan tangan ?" aku tanya balik .

"Mulut boleh bercakap , tangan boleh suap . Kira ok lah tuu boleh makan" Jelas abah .

"k"

hmmm ... 

Tahun baru ! Heyy


Assalamualaikum everibadi !

Happy New Year *tabur bling bling* hahaha tak terlambat lagi kan . Adududu sibuk natang apa ntah . buat buat sibuk je lebih sebab taktahu kenapa . Hakhakhak !

Tahun baru semester baru . Macam tak caya tahun depan nak konvo dah . omaigod omaigod saya dah besar . Bakal jadi cikgu , tapi perangai macam budak budak . Turun caltex still suruh mama belikan gule gule kapessss ~ hahaha

 Anyway , cewah . semester ni subjek memerah otak aku dengan kreativiti . Ni lah semester pertama buat buku cerita sorang sorang, selalu buat buku cerita ramai ramai . nak tengok tak ? kikiki .



Buat ala ala 3D . kahkahkah ! Tengok la aku lukis macam mana . Macam kanak-kanak jugak , tak retis sungguh nak melukis , kalau korang nampak tu roket kira jadi la tu . kalau nampak natang lain aku taktau la ~,~


Hasil kerja anak murid bernama Amy maijuraa amer . kakakaka kbai


 Tahun baru azam baru ? Azam aku still sama , nak kurus tapi tak terkurus kurus lagi . Haihh cemana ni . Takpa perlahan lahan . asalkan muka cuteee *tempek tanaka* Aku kan muda lagi . 20 dah , muda kaaa ? Ayoyomachii .



Lots Of Love.
Maizura Amer :)