Kucingan !


Dulu kan dalam '04-06' , arwah maktok ada bela sekor kucing ni .
Kacukan parsi . Bulu kembang ekor panjang kaler coklat putih .
Nama dia 'Rosyam Noor'
kenapa Rosyam ? Sebab dia gengster kata maktok .
Maklumlah masa tu Rosyam Noor hot gila , sana sini cekerarama muka dia .

Masa aku darjah 6 . kira thun '06 la
Aku balik kampung , aku cari Rosyam takda .
aku tengok dia tengah gaduh ngn konco konco dia kt kwasan rumah jiran .
Konon berebut kawasan la kut .
Aku pi pegang leher dia angkat . konon nk ajak balik .
Rosyam mengeram .

Sekali aku lepas terus dia 'ngap' backhand aku dekat dgn ibu jari .
Perghhh .
Dia punya 'naik minyak' sampai aku angkat tangan goyang2 kasi dia lepas
dah la berat . . last last aku jentik telinga dia baru lepas .
Balik menyonyong aku kesat air mata .
Lepas habis basuh luka , babah bwak pi klinik kawan dia .
Inject la apa lagi ! wuwuwuwu ~
Amboi uncle doktor siap bahan aku smpai skrang klau aku pi klinik dia .
cis .

Kalau dulu aku boleh cium cium pelok pelok dengan kucing .
Lepas kejadian tu aku alah dengan kucing .
acumm sana acummm sini .

Apa jadi pada Rosyam ? tokwan aku buang dia kat pasar Langgar stahun lepas tu .
Arwah Tok aku bising Rosyam kencing tak beradab .
Depan maktok kemain dia kangkang kencing dekat kusyen , kahkah padan muka .

Sampailah tahun 2013 . Hujung hujung tahun tu .
Ada sekor kucing bulu gebus , comel mai menenggek kt rumah aku .
Suara serak serak basah . Babah bagi nama Bobo .
Motif letak nama bobo ? pdahal dia betina . *if u know what my babah mean . kikiki

Selalu jugak aku tengok dia tercekik tertelan bulu sendiri .
mengekek aku gelakkan dia .
Masa cuti semester lepas , Bobo la yg paling rapat dengan aku dgn abang .
Bobo kucing pertama perliharaan keluarga aku selain hamster mati kebuluran dlu .
Kes aku lupa kasi makan , kah !

Lepas kejadian rosyam gigit aku tu .
bulat jadi alah kat kucing . bersin bersin selalu .
Takda kucing lain yg aku pegang aku tak bersin selain bobo .
See ! magic bobo ni .
Tapi lepas aku main ngn bobo , cuci tangan la .


Bulu nampak macam gemuk tapi kecik je dia . 1st time bulat mndikan dia pakai air panas . wauuu kelas kau bo . bolat rendamkan dia dalam besen . Suara ngiau kuat tapi taknak keluar dari besen . suka mandi air panas ye sayang :)



 rindu rindu rindu :)


Bobo lah kucing penyambut tetamu . kawasan dia kat luar je .
babah tak ajar dia masuk dlm rumah . kalau aku bwak masuk bobo mcm jakun .
mata liar nk jlan dlm rumah . seloq ! haha
Ada pondok kecik utk lepak petang petang tu la tempat dia .
kalau family aku balik dari pegi mana mana dia lari lari ke pagar sambut .
Selalu aku lepas turun kereta nak jalan ke pintu belakang selalu acah acah lari dengan bobo
tuu jalan dlm gmbar tu la aku lari lari ngan bobo ke pintu belakang .

Aku , adik , babah ngan abang je yg selalu main dgn bobo .
Tu kalau kami balik bobo jemput .
Kalau mama balik keja , bobo buat taktahu je kat mama .
Siap buat pandangan tak puas hati .
punya dia anti dengan mama ,
Sebab mama takmain dgn dia .  kahkah!



Last aku dengan bobo masa cuti midsem semester ni .
Sehari sebelum tu aku buat colouring dekat porch kereta .



 Hari tu bobo duduk teman kitorang sampai petang .
Main main dekat bawah meja jepun tu .
Tak sangka tu last dengan dia .
Pagi esoknya babah panggil dia nk kasi makan .
dia takda , tak pernah bobo tinggalkan kawasan rumah .

Hari tu jugak aku nak keluar dgn kwan .
jalan depan rumah terjumpa bobo tepi jalan .
mata terkeluar .
Hanya tuhan yg tahu rasanya mcm mna .
Sedih ya tuhan , hati taknak keluar nak patah balik .
tapi dah janji dengan member , dia pun pujuk keluar jugak .
Tapi air mata meleleh tak henti .

Babah tanam bobo belakang bilik aku .
Abang , babah nangis . aku taksangka babah pun boleh nangis sedih .
Pernah aku marah abang sebab nak jual bobo . teghiyakk aku .
baling barang kt abang . prnah aku marah abah jugak sbb abah nak buang bobo .
kes dia sakit muntah muntah . pastu bebel pasal makanan dia la .

Kakak bolat dengan abang ipar pun suka bobo .
Kadang kalau on the phone dgn kakak, kakak tanya bobo .
Beberapa minggu sblum bobo mati . sebenarnya bobo pregnant !
Kakak pun ada plan nk anak bobo . tapi tak kesampaian .

Aku call kakak , abg masa bobo disahkan mati .
Sedih wehhh . dulu aku selalu gelakkan orang kucing mati .
Lastly , kucing aku yg mati aku melalak :(

tapi seriusla , Bobo mcm rosyam , kaler coklat tapi rosyam badan tegap sikit .


Dalam kenangan , Bobo .
Love you .

p/s :Parut kat tangan pun ada lagi .ada 4 parut kecil . mcm Vcg kt lengan tu ,
nasib sarung cincin kahwin nnti tangan kiri , kalau kanan hmmmm .

eh kalau rindu kucing yg dah mati nak buat apa ? sedekahkan friskis kat kucing jiran ?

10 comments:

  1. cik bolat macam tau2 je kita skodeng dia., tetiba muncul komen.. hahaha..

    btw, tak lah manjakan kucing tapi taklah tak suka. kucing still tak boleh masuk rumah.. hee~~ sama macam cik bolat walaupun jenis suka bagi makan ke kucing..

    yang pasal mak tu sebijik jugak mak ahkak.. hahaha

    ok, sedih kan hilang yang kita sayang.. sob2x

    ReplyDelete
  2. Memang sedih....teringat kucing kesayangan anak saya Si-Oren yg mati 3 tahun lepas kerana kanser perut. Sebelum mati dia menunjukkan banyak perangai pelik, rupanya dia buang tabiat...

    ReplyDelete
  3. huhu sabar bolat.
    nanti cari pengganti bobo lak k

    ReplyDelete
  4. Biasa lah tu makhluk tuhan mesti akan mati. #ustazpilihan

    ReplyDelete
  5. geram tengok ekor.. kembang.. hehe

    ReplyDelete
  6. alahai Bobo & Bolat :'(
    lama xjenguk sini, best entry ni :)

    ReplyDelete
  7. sedihnya bobo dah xde..
    kucing umie dah 2 ekoq da :((
    sedihnya hanya pencinta kucing yg tahu

    ReplyDelete
  8. comelnya bobo..sy pulak mmg kureng skit dgn kucing, xtau kenapa..hehe

    ReplyDelete
  9. alahai sedihnya..kucing saya cik putih pun mati sbb accident..terburai perut huhu, cik bolat jom jenggah kedai online saya...

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D