Misi Kucing . Cerita kucing .


Meow ~ meow ~
Ada sekor kucing dekat kafe kampus .
comel sangat, badan boleh tahan agam .
suka sangat aku pegang pipi kucing tu pastu geleng gelengkan kepala dia .
geram .
lepas tu balik rumah bersin dekat 2 hari .
merah hidung hidung . Hmmmm

Beberapa minggu lepas tu terserempak dengan kucing ni dekat depan office lecturer .
tengok kucing ni comot sangat .
kaki dia tak boleh gerak sebelah .
sedih .
jalan terjungkit jungkit .

makcik cleaner tu cakap "kucing ni tayah mandikan . nak tunggu mati je "
sedihnya .
kalau comot macam tu lagi la kucing tu sakitkan ?
Maka kami 5 sahabat bawa kucing ni dekat tempat ambik wuduk .

Nasib Ain bawa botol sabun basuh tangan yg kami 5 sahabat selalu gunakan
untuk basuh tangan dkat kafe selepas makan .
Najiha gosokkan dan sabunkan badan kucing ni .

Aku , pegang kucing ni tenangkan dia .

"shhhh jangan takut , kita mandi ye sayang" sambil usap kepala atau dagu dia . hikhik



Beberapa hari lepas tu jumpa Cik Kucing ni kat kafe .
datang kat meja duduk depan Jiha .
Cakkk .


Cik Cing ni lapar .
Jiha sponsor makan Cik Cing .
Aku belikan ikan dan nasi .
Gaul gaul sampai dak Zul perli bau ikan tangan aku . Cis .

Tengok ni . Tengok ni ! Cik Cing makan :)





Nampak sihat sikit .
Hari tu comot sangat . macam jatuh longkang pun ada .
Nak bela tapi tapi nanti aku bersin memanjang .
takpela bela dari pandangan je la kan . kehkeh

Yeyyy . misi mandikan Cik Cing dilaksanakan .
Tuu je mampu bantu dia , kaki dia ?
Harap cepat sembuh :'(




Credit :
Najiha gosokkan badan CikCing .
Ain bekalkan sabun .
Munira jurugambar . Oppo weyy . hehehe
Amy S sebagai pemerhati lalulalang .

Sekian . Dilaporkan oleh Amy M :)


8 comments:

  1. Amboi cikbolat. lama x update... sekali update pasal kucing... hihi.. bagus la cikbolat and the gang nie.. =D

    ReplyDelete
  2. bgusnya korang..suka ada yg prihatin mcm ni..

    mkck clenar tu mmg tak ptut ckp cmtu.huh

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kpd geng sister yang berbuat baik kpd kucing. Bertuahlah kucing itu mendapat kakak angkat yg baik2 dan comel2 belaka...

    ReplyDelete
  4. Miza kat matrik roomate bela kucing. Actually bila kat rumah selalu dengan kucing, tapi kat tempat kita belajar takda seriously rasa sunyi. Nasib la ada juga kucing yang sudi singgah ke bilik kami XD huhu

    ReplyDelete
  5. bagusnya smua. smoga Allah membalasnya. seronok kucing tu. hehe

    ReplyDelete
  6. ramai orang suka anak kucing.. kesian kat kucing tua... takder orang nak... hahahaha

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D