Belacan ?


Cuti-cuti semester ni belek-belek Youtube nak belajar buat cupcake , kek , uli doh roti ,uli doh untuk kanak-kanak pun aku cari . almaklumler cikgu . ekekekeke.
Ntah cemana sampai dekat video 'Buku ke Belacan' . Yaa, Aku penghantu Youtube sebenarnya .

 Mengekek-ngekek aku gelak . tengok video budak ni .
Kesian pun ada kat budak tu . tapi sebenarnya aku teringat jugak .

Masa aku balik dok Kedah ni masa tu abah baru pencen dari 22melayu(22RAMD) kat Kuala Lipis .Maka dengan itu yang berlaku pada aku ialah pertukaran sekolah lagi .
Balik aloq Staq pi sekolah pakai skirt tocang dua . Masa tu darjah 2,Orang takmau kawan sebab takpakai tudung . hmmm masaaa tu naif lagi . Sobs sobs . 
Babah suka melawak . Babah buat apa ? 'makan tidoq lah' . Almaklumlah baru pencen , jadi babysitter aku lah masa tu . Kita ni budak budak melawak dengan serius mana nak tau masa tu .

Cikgu : Amy Maizura , ayah kamu kerja apa ?
Aku : Babah kerja 'makan tidoq' cikgu
Cikgu : ??? &*&$#@ 

kehkehkeh . Aku rasa masa buku latihan aku darjah 1 kat Labuan dulu lagi belacan sebab aku tertinggal buku bawah meja , senior tahun 5 kelas pagi bubuh air milo atas buku aku . lagi dajeyyy !

Itu cerita dulu . 
Kini ... 

Hari tu final exam semester . Kusyuk jawab paper buat Rancangan Mengajar . Lecturer ronda tengok Slip Exam .

En.Wea : Amy , ini slip ke belacan ?
Aku : Slip boleh belacan pun boleh . itupun kalau En.Wea dapat bezakan .

Mengekek aku dengan lecturer berdua gelak dalam dewan . 

 yaaa . ini sambal belacan . 

Okay bye ! *lambai lambai tangan*