Halalkan je .


Hari tu ada emergency . Bawaklah motor aku ni pun, selagi takda emergency memang tidaklah aku nak bawak motor jejauh cari pasal . Yela aku sejak dua menjak ni gayat sikit bawak . Risau kemain dengan abang abang motor acah nak keluar simpang time gua tengah laju . k tu bukan pointnya .

Balik dari kes kecemasan tu , singgah beli kuih . Lepas beli main masuk je duit dalam beg kecik yang menyimpan purse dan hfhone aku tuh kemudian terus je bawak motor nak u-turn hujung simpang jalan sana tuh . Time nak laju duit terbang wehhh $_$

Elok ja aku u-turn jalan seberang sana ingat nak pi kutip . Aku tengok ada brader nih brhenti tepi jalan kutip duit aku weh $_$ . Pastu dia main belah je dari situ , aku pun bawaklah pelan-pelan kot dia nak kejar kasi balik ke .

aku boleh tengok dia pegi macam tu jeh ... sadis

memang lah doploh hengget je . tapi  bagi student yg tengah cuti takdak keja ni doploh hengget tu buat topup internet fhone aku sebulan pun boleh weh . nak kejar ? hmmm aku ni jenis pemalu malu kucing kalau bab duit ni . kasi halal je la, mana tau kot kot jumpa brader tu lagi jadi jodoh gua tengah single ni kan . wakakakaa :D

apa engkorang rasa bila tengok ada orang kutip duit korang pastu blah ? padahal korang ada kat situ nak pegi ambik .  apa apa apa tindakan kome sekalian ?

mmmm-kay !

Dilaporkan oleh  
Yang entah apa apa  

Tercabar .


Lately ni , abang aku suka sangat post dia masak makanan kat whatssapp aku nak habaq kata dia pandai masak . Aku sebagai adik perempuan agak tercabar sikit lah . Mama dok bising aku cuti semester takmau masak ke . kamon la mama , 'coq udang' (cucur) ja kot . Selain masak nasi , meggi dan nasi goreng diluar kepakaran aku . so talk to my hand je la mama .

Tu aku okay lagi , bila dia post kat aku dia buat mac cheese bakar . aku rasa
'hang tipu bang, hang beli' . sekali dia post video dia buat .


"mmm-kayy " .

Hari tu aku masak donut , gila gebu + lembut . tak sia sia aku call Kak Noi duk sabah mintak resepi donut lembut dan gebu macam kak noi . ehehehe , on the spot aku capai tepung buat donut tak nyempat nyempat . Homealone kot masa tu , mama tak balik lagi . seee aku terer kot *flip hair .

Bulat mcm aku . ehek !


Oh ya , tak pandai masak boleh belajar masak . bukan tak pandai untuk selamanya . ingat !
aku benci manusia yang suka perlekeh aku tak pandai masak . malas masak sbb nnti hangpa dengki . k enough .

Dahtu , sekarang ni asyik google resepi . Habis buku resepi mama dulu-dulu aku geledah kat rak buku . sambil aku faham resepi aku buka lagu Yuna - Lelaki . motif ?

Sekali tu aku buat spaghetti , aku buat sorang-sorang , aku nyanyi lagu 'Lelaki' sambil masak kuah spaghetti . rasa urban sangat . ekekekeke

"Oh lelaaakiii , tak guuuuuwuwuwnaaaaa , nak kuwuwuwu berikan semuwuwuwa "

Ralit nyanyi aku tuang tercair kuah . "oh memang tak gunaawawawa" . aku capai sos tomato maggi then masukkan segenggam gula , tabur blackpaper . Balas balik rasa masam . Aku tuang sikit atas tapak tangan buat rasa . Pehh macam chef doh . *kibas kibas angin* .

ohya ni bukan entry nak kasi resepi . spagetthi je kot . googlelah wei senang sangat .
Bukti k ana tak tifu . tututu gelang ana , ente jangan main main .
 abang : sapa lagi makan ?"
me : "haziq ngan irfan tambah tambah kot depa makan ."
 abang : "hang garang sangat, tu sebab depa makan banyak takut kena lanyak?"
me : kuajaq .

Sedap okeh , 2 orang anak jiran aku yang aku jadi babysitter tu menambah nambah . amboi riak dan takabur betul . hehe . Bukan apa , saja nak kabo aku pandai masak dari abang aku . ego k ego ! sapa tak support aku muhun gantung kain pelikat kat pintu . kehkehkeh . kata minggu ni tajuk 'Gegar Vaganza' cabar mencabar . tak kesahlah entry aku tercabar sekalipun .

Hang tau , kalau nak cari bini jangan cari yang pandai masak . cari yang RAJIN masak . macam aku . takpa asalkan laki aku tak kebuloq cari meggi sudah . kan bang ? tetiba berangan . calon pun entah kemana (habaq kata single lettew) ~~


cuba cubalah pandai puji aku siket , asyik pandai nak kondem je.
mmmm-kay bye ! :D