Selamat Hari Raya . Selamat Update Entry :D

Assalamualaikum !
Wei lama wei tak update . Last entry pun April . Sekarang dah July !

Apapun , sekarang saya dah selamat menjalani praktikal selama 2 bulan setengah sudah . Yeay, jadi cikgu .
Semenjak jadi cikgu ni bahasa baku sangat . Kadang kadang layan orang dewasa pun macam kanak-kanak . Seronoknya dengan kanak-kanak ni dunia penuh dengan gelak ketawa dan warna warni :)

Stress ? Alhamdulillah , selalu ketawa . 
Stress pun bila masa nak melayan karenan anak murid kacau bilau . Sungguh , seronok wei jadi cikgu tadika . Mula memang garang toleh belakang gelak kukikuki . Telatah mereka comel sangat ! Aku pulak jenis suka bersahaja , suka kenakan anak murid , menyanyi , melukis . Kalau boleh semua subjek aku nak melukis mewarna je buat aktiviti kraf , kan best ? haha

Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan blogger . Maaf jika terkasar bahasa, tercakap lelebih , tak jengah blog m tak blogwalking . Maaf sangat . InsyaAllah ada masa saya update lagi . Blog susah betul nak update sekrang . Update instagram rajin pulak .

Sesejak jadi cikgu , instagram pun rajin post pasal murid dan aktiviti . hehe amboi . Rerajin meh la singgah ig kita , Maizuramer .

okbye !

Nafas baru.


Well hello April !

Selamat Datang semua :D

Dah nak habis pun baru nak update blog . Mengenai domain, ummm dah tukar  . Rasanya tak perlu kot domain dotcom. Bukan fofular pun, blog jarang update , update pun pasal diri sendiri je.

  Sekarang ni dah tinggal sebulan lagi nak start mengajar . Teacher-to-be ketaq lutut weh !
Doakan dapat habiskan dengan baik dan cemerlangnya . weeehuuu~
InsyaAllah, nak aktif balik blogging , blogwalking . Rindu kengkawan blogger. Nak gathering tak pernah nya nak menyempat ! ahahahaha .

Btw, Selamat bekerja semua :D
jumpa lagi next entry !
Bye. 

Tukar Domain, Ya/Tidak ?


Hye March !


Email dari netkl.com dah bertubi masuk email mintak renew domain blog . Adalah dekat 3 tahun pakai domain ni . Mula tu ada abang blogger ni kasi . Masa tu tak fikir panjang terima je bebulat domain cikbolat.com ni . Kekadang nak update blog terfikir jadah aku buat domain ni , bukan blog SEO atau semata pekdah (faedah) pun .

kan~~

ingat tahun ni taknak bayar dan nak tukar ke blogspot . tapi gua sayang uols semua ! Dah la bersarang nak update dan blogwalking . Pasti kita bakal terpisah (mungkin) . nak bagitau ni kalau-kalaulah nanti kite ni dah tukar alamat blog mungkin akan pakai alamat (maizuramer.blogspot.com) nanti korang cari tau . kalau lah takjumpa ~~ ( tersangat dilemmmmmmmmma )

Ok, next entry gua update pasal event sukaneka 'Zero to Hero' di tadika bagi assignment subjek 'Penglibatan Ibu Bapa' yang bakal berlangsung 14hb Mac 2015 ini . Beramas mesra bersama kanak-kanak dan bapak bapak askar serta mak askar kat Port Dickson ni .

p/s : kenapa yang hensem suami orang nih (rujuk : Aaron Aziz,Beto Kushairi dan sekalian abam askar ) . kahkah ~ . k gurau je 

Album gambar dan gambar .


Hai .
Cuti tahun baru cina engkorang engkorang buat apa ?


Cecuti seminggu raya cina ni plus dengan cuti mid-sem . Selain dari tengok tv layan dan mengagumi suami orang yang retis retis kat Romantika tu adalah jugak terbelek belek dengan album kat tepi almari tv . kekonon throwback-lah-sangat kan.

Ini saya . Saya yang bernama Maizura . Anak perempuan En.Amer . k


 Kalau dah kata album ni kenangan yang bersertakan bukti ye dak ? Last aku pakai kamera kodak ni masa adik bongsu umur 6 tahun tu pun tahun 2006 rasanya . bongsu lah sangat adik beradik 2 orang je pun . Malu gila keluar flash time tu.

Zaman kian berubah dan semakin moden . Seperti juga kita semua kian beralih kepada peralatan yang lebih moden . Kamera kodak mana orang pakai dah setakat kamera comel hello kitty rm250 tu berapa kerat sangat lah manusia yang pakai . lahai ..

Jadi sekarang yang paling dekat dengan kita satu satunya, smartphone . Apa apa gambar pun pakai phone , sikit sikit selfie , sikit sikit tangkap itu ini . Sampai memori full , dah full masukkan dalam laptop .Masih adakah yang sudi nak cuci gambar setiap inci gambar yang kita ambil dan albumkan ? Even gambar lubang hidung kucing pun kau cuci . Ada ke ? Mostly kalau cuci pun gambar yang bermakna ja kan buat tampal tampal dinding. puff~~

ke tunggu kahwin baru nak buat album ? 

Katakanlah kalau gambar yang disave tu hilang , Dalam laptop hilang , dalam pendrive hilang, dalam hardisk pun hilang . Macam mana dengan memori tu ? Kalau dulu dulu cukup 36 keping , ayah kita kalut pi cuci pastu buat album . Simpan memori yang boleh kita boleh throwback-lah-sangat tu .

Gambar aku masa sekolah dulu pun dah hilang , sadisnya gambar aku masa form 1 kat tapak perhimpunan, tudung labuh ke pusat. Rare kot . Jeles pulak dengan abang abang depa boleh tengok gambar depa masa remaja , masa hidung beringuih rambut sikat tepi. Time aku sekolah gambar nak buat album ni dah kurang . Memori pun hilang , simpan dalam pendrive pun hilang . Harapkan majalah sekolah je la nak ingat kawan kawan -__-'

sekarang sebulan sekali clear memori phone . Berapa banyak folder pun aku taktau lah dalam laptop ni . tunggu meletup T__T .

Jadi buat kawan kawan sekalian , apakah pilihan yang lebih efektif dalam menangani masalah ini ? Kalau kata nak suruh tak payah tangkap gambar yang tak penting , ok takde hal . Yang punya hal itu masalah malas . Malas nak pergi cuci walaupun servis cuci gambar memang dimana mana .

kuncinya . adalah rajin , bukan ?

ok dah cukup la tu melalut .
lagi panjang banyak tanya , aku yang jawab .
engkorang balas pependek je . entah bace ke tidak -______-'

mmmmm-kay , bye ! 

BigBook dah siap !



Cuti cuti weekend gua dah dipenuhi dengan assignment . Weekdays pun kelas sampai petang . Dalam ketiadaan masa pun sempat lagi aku jengah pekan port dickson tu . kehkeh .

Mmm entry lepas ada janji nak update pasal Mobile BigBook . Yaaa dah siap pun .


Sampai ke meja orang sebelah punya sebelah penuh dengan kerja aku . Nampak tak betapa buat buat busy nya aku dengan berus cat pun pakai padahal lukisan tak 'tara' (hebat) mana pun . Bahagian aku melukis mewarna . Tatarias buku dan suku kata dibuat oleh amy sorang lagi . aku amy jugak . eloklah partner dua dua nama sama .



Tak lawa pun . Update pi la entry dari blog aku terus berhabuk . Jangan kritik banyak sangat , kang aku tak sedap hati dengan markah nanti . kahkah .

mmm-kay bye !

Stress ?

Gua dah semester 6 .
Stress menambah , jerawat menambah , berat bertambah tambah .


Malas sembang banyak . Diploma je pun . Macam biasalah dah masuk kolej masalah insomnia-lah-sangat duduk dgn kekawan tidur lewat entah pape terkojan . Padahal dapat sekali sehari suntuk kelas pagi petang mau tidoq ternganga mulut berbuih-buih sama jugak . Ceh

         Bukan apa , Nak cakap aku bakal jarang jarangan nak buka blog . mungkin . MUNGKIN . motif caps lock ? heff~heff~ . Yela nanti aku update aku buat buku cerita 'BigBook' ok . (taknak tahu pun *dalam hati korang)

Dah masuk last semester ni aku dah rasa havoc sangat dengan tugasan berdamping dengan kanak-kanak . Murid-murid pun taknak tengok muka aku rasanya .

Doakan aku tahan sabar dengan murid-murid masa praktikal nanti . Sekian .