Album gambar dan gambar .


Hai .
Cuti tahun baru cina engkorang engkorang buat apa ?


Cecuti seminggu raya cina ni plus dengan cuti mid-sem . Selain dari tengok tv layan dan mengagumi suami orang yang retis retis kat Romantika tu adalah jugak terbelek belek dengan album kat tepi almari tv . kekonon throwback-lah-sangat kan.

Ini saya . Saya yang bernama Maizura . Anak perempuan En.Amer . k


 Kalau dah kata album ni kenangan yang bersertakan bukti ye dak ? Last aku pakai kamera kodak ni masa adik bongsu umur 6 tahun tu pun tahun 2006 rasanya . bongsu lah sangat adik beradik 2 orang je pun . Malu gila keluar flash time tu.

Zaman kian berubah dan semakin moden . Seperti juga kita semua kian beralih kepada peralatan yang lebih moden . Kamera kodak mana orang pakai dah setakat kamera comel hello kitty rm250 tu berapa kerat sangat lah manusia yang pakai . lahai ..

Jadi sekarang yang paling dekat dengan kita satu satunya, smartphone . Apa apa gambar pun pakai phone , sikit sikit selfie , sikit sikit tangkap itu ini . Sampai memori full , dah full masukkan dalam laptop .Masih adakah yang sudi nak cuci gambar setiap inci gambar yang kita ambil dan albumkan ? Even gambar lubang hidung kucing pun kau cuci . Ada ke ? Mostly kalau cuci pun gambar yang bermakna ja kan buat tampal tampal dinding. puff~~

ke tunggu kahwin baru nak buat album ? 

Katakanlah kalau gambar yang disave tu hilang , Dalam laptop hilang , dalam pendrive hilang, dalam hardisk pun hilang . Macam mana dengan memori tu ? Kalau dulu dulu cukup 36 keping , ayah kita kalut pi cuci pastu buat album . Simpan memori yang boleh kita boleh throwback-lah-sangat tu .

Gambar aku masa sekolah dulu pun dah hilang , sadisnya gambar aku masa form 1 kat tapak perhimpunan, tudung labuh ke pusat. Rare kot . Jeles pulak dengan abang abang depa boleh tengok gambar depa masa remaja , masa hidung beringuih rambut sikat tepi. Time aku sekolah gambar nak buat album ni dah kurang . Memori pun hilang , simpan dalam pendrive pun hilang . Harapkan majalah sekolah je la nak ingat kawan kawan -__-'

sekarang sebulan sekali clear memori phone . Berapa banyak folder pun aku taktau lah dalam laptop ni . tunggu meletup T__T .

Jadi buat kawan kawan sekalian , apakah pilihan yang lebih efektif dalam menangani masalah ini ? Kalau kata nak suruh tak payah tangkap gambar yang tak penting , ok takde hal . Yang punya hal itu masalah malas . Malas nak pergi cuci walaupun servis cuci gambar memang dimana mana .

kuncinya . adalah rajin , bukan ?

ok dah cukup la tu melalut .
lagi panjang banyak tanya , aku yang jawab .
engkorang balas pependek je . entah bace ke tidak -______-'

mmmmm-kay , bye ! 

11 comments:

  1. simpan kat facebook... tapi jgn publickan... privatekan untuk diri sendiri je... confirm tak risau file corupt sebab facebook boleh bukak kat lap top/ pc/ smartphone yg lain.

    ReplyDelete
  2. Akk ada jugak simpan gambar2 lama lagi. Seingat akk masa akk kawin tahun 2006...guna Kodak lagi. Adalah 2,3 album. Gambar ms kecik2 pun ada...tapi yg tu bersilat nak carik balik...gambar cintan cintun pun akk ade ...sbb gambar tu En huby frame kannn...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Lamanyee xjengguk cik boolaatt..makin membolaatt ke? lols!

    ReplyDelete
  4. Cik bolat... buat album lagi best... sendiri simpan sendiri risau... kalau simpan kat komputer memang banyak risau... bapa saya pesan, kalau nak ambil gambar dia make sure cuci, dia nak tengok kat album lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  5. ouh sedapnya nama diaa..maizura... hai maizura ^_^

    haii *lambai2 tangan

    ReplyDelete
  6. Kamera Kodak? Lama dah tak guna..kali terakhir pun semasa konvo 2007. Sekarang ni pun dalam proses mencari dan mengumpul album2 lama. Hendak di digital kan.

    ReplyDelete
  7. abang stil ada simpan gambar time kecik2 ngan sekolah2 dulu. lepas sekolah takde simpan.. xde kenangan ngan kengkawan Uni. Hmm

    Tapi memang ketara.. dulu ngan sekarang abg stil maintain ensem

    ReplyDelete
  8. saya pun x tau la mana letak album zaman2 sekolah. rasanya dah hilang hanyut banjir. hahaha. x pun kena kerit di tikus.. T__T

    ReplyDelete
  9. Kah kah zaman still pakai kodak

    ReplyDelete
  10. saya lebih suka simpan dalam soft copy.. :)

    ReplyDelete

Sila komen ! Jangan malu malu tucenn :D